Racun serangga di pasaran kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya. Jadi, ia bukan sahaja bahaya keapda kesihatan kita, malah bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil dan sedang merangkak. Haiwan peliharaan yang anda bela juga terdedah dengan bahaya jika anda kerap menggunakan racun serangga.

Selalunya serangga yang sering dihadapi di rumah ialah semuat. Berikut cara-cara membuat homemade racun serangga untuk semut, lipas dan segala jenis serangga. Ianya murah, jimat dan mujarab tapi tidak bahaya pada kesihatan.

Kalau kebiasaannya di luar rumah kita menggunakan semburan racun serangga. Manakala di dalam rumah pula kita boleh gunakan semburan pembasmi serangga homemade ini. Yang pasti semburan ini selamat digunakan kalau anda ada anak kecil.

Spray Serbaguna (homemade)

Bahan-bahan:

¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

 

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

Ads

 

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

*Bancuhan ini sebenarnya  tidak ada sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun, licin sangat bila sudah kering.

*Cara yang dikongsikan ini menggunakan 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

*Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Ads

KEGUNAAN LAIN: 

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat dan  semut tapi cuka juga boleh hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

 

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

Ads

 

DIY Semburan Penghalau Serangga, Selamat Untuk Kanak-kanak

2. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, boleh gunakan spray ini sahaja. Memudahkan tugas.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak. Sudah tidak perlu lagi beli yang mahal-mahal selepas ini.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray dan lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah lima bahagian air lagi. Boleh tambah pencuci lantai kalau mahu lebih wangi.

Sumber: Yatie Eimra 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI