Bila lebih dari seorang anak bersekolah, semestinya keperluan sekolah anak pun makin bertambah. Sebagai contoh anak sekolah rendah ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Andai kata anak mama papa ada 3 orang yang bersekolah rendah pasti ada 6 buah beg. Penuh dalam bilik atau di ruang tamu. Itu belum lagi dikira dengan beg kerja mama papa dan buku-buku sekolah anak.
Kadang tu, sakit juga mata mama bila anak balik sekolah tak letak beg elok-elok. Bila diminta suruh letak dalam bilik, barulah bawa masuk. Bagi mama yang nak pastikan beg-beg sekolah anak diletakkan tersusun, cubalah buat idea ini.
DIY rak beg sekolah yang diilhamkan oleh Atam Ayu ini sangat menarik dan rumah pun lebih kemas. Tak perlulah mama nak berulang kali suruh letak beg elok-elok tiap kali balik sekolah. Dah ada rak ni, secara tak langsung boleh ajar anak letak semuanya di situ.
DIY RAK BEG SEKOLAH
Bahan-bahannya:
1) 3 rak buku 3 tingkat saiz besar – dipasang 2 tingkat — 40/ sebuah X 3
Ads
2) Box putih Aeon — 16.90/sebuah x 3
3) Kaki sofa — 2/pcs X 12
4) Hook A ecoshop 2.10/pack X 2 (penyangkut untuk letakkan beg sekolah anak terpulang nak buat atau tak)
5) Hook B ecoshop 2.10/pack X 2
Ads
Jumlah keseluruhan untuk siapkan rak beg sekolah ini adalah RM 203.10. Dianggarkan satu rak tu dalam RM 67.70.
Bagi yang nak tahu cara DIY ini disediakan langkah demi langkah. Mudah sangat!
(Nak dapatkan kaki rak ini boleh beli di kedai perabot atau secara online. Klik saja di sini)
Ads
(Inner rak ini boleh dapatkan di Aeon Mall)
(Pasangkan kaki rak itu di empat penjuru)
** Untuk rak itu, pasangkan satu lapis je pelapiknya untuk beri ruang meletakkan beg. Dalam inner box tu mama bolehlah simpan stok alat tulis, stokin, penutup muka anak-anak atau sebagainya. Jadi pagi-pagi nak ke sekolah tak perlulah dah nak kelam-kabut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular tweet seorang wanita yang memberi amaran kepada bakal suaminya yang dia hanya mahu bersalin di hospital swasta sahaja jika mengandung nanti.
Tweet tersebut mendapat reaksi daripada ramai pihak termasuk seorang lelaki yang berpengalaman bertugas di bahagian pendaftaran kemasukan ke wad di sebuah hospital swasta terkemuka.
Perkongsian dari Mohd Hilmi Ahmad Adnan ini amat bermakna untuk dijadikan panduan oleh pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu ayah.
Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS.
Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yg awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”. Aku pun tanya lah apa maksud suami dia cakap macam tu.
Dia kata mereka ada lalu kat depan Gleneagles masa Gleneagles belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nk anak, suami dia kena bawa dia beranak kat Gleneagles.
Lepas aku dah pulangkan IC, isteri dia terus duduk kat sofa tempat menunggu sementara aku nak settlekan pasal bed & deposit dgn suami dia.
Aku pun cakap kat suami dia yang aku kena collect deposit RM8,000 sbb ikut hospital policy, mmg kena bayar deposit atleast 80% from the total estimated procedure cost (policy masa tahun 2016).
Dia memang book single ward masa tu. Suami dia jawab “Ada encik, saya mmg ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni”.Sambil dia ketawa bangga. Kesian juga lah aku dengar sbb suami dia kerja biasa2 je.
Lepastu suami dia tanya lagi, “Kenapa tadi encik kata estimated cost? Bukan ke mmg RM10,000 untuk beranak operate kat sini?”.
Aku pun cakaplah berdasarkan pengalaman aku kerja situ, tak pernah lagi ada LSCS case yang bil dia RM 10,000 sebab bergantung pd keadaan isteri dia & baby dia.
RM10,000 tu cuma anggaran kes LSCS paling simple je. Selalunya LSCS case dlm RM 11K-13K bergantung pd case. Kalau ada complication, lg mahal lah..
Aku bukan nak takutkan suami dia tapi aku tak nak bagi harapan palsu. Muka suami dia terus berubah.
Kesiannya duit ngam-ngam je
Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dlm akaun sy tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.
Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nk ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul2 duit dia cuma ngam2 sbb due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction.
Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sbb estimated cost utk double bedded LSCScuma RM8,000 lebih je masa tu.
Lepastu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Mmg dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward 2 org, sy tak boleh teman dia tidur kan?”.
Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pd isteri dia tu, muka isteri dia mmg nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe.
Selang dua hari lepas tu aku tgk dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih takdapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah.
So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yg gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu.
Ni baru2 tengok Siti beranak kat Gleneagles, jgn plak terus teringin beranak kat Gleneagles.
Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yg lebih penting lagi lepas baby tu dh keluar.
Jangan lupa pengorbanan suami juga
Kalau yg betul-betul mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Alangkan staf hospital yg dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat hospital tu.
Selalu org sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak. Ye, mmg tak ada sesiapa dpt nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yg sebut pengorbanan suami yg macam ni.
Ada penambahan sikit. Aku bukan anti hospital swasta lah. In fact, akak & adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tgk lah pd bajet anda.
Yg aku cerita dlm posting sebelum ni, suami dia tak berapa mampu tapi dia nak duduk hospital 5 star. Dan aku advice suami dia utk pergi GH tu sebab kami ni staf hospital, DILARANG promote hospital swasta lain. Sebab tu aku suggest suami dia pergi GH.
Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat hospital yg kosnya cecah RM12,000 utk LSCS sedangkan anda boleh bersalin dgn kos cuma RM5,000 kat hospital swasta lain.
Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin. Bagi yang berkemampuan atau yg nak 1st class service & treatment, dialu-alukan ke hospital mewah (Gleneagles, Prince Court etc).
Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pd anda nk bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda. Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing
Kalau anak susah tidur malam. Terutama selepas pukul 10 malam masih berjaga. Ini petua mudah untuk atasinya.
Cuba ajak anak untuk berkaki ayam dan pijak tanah atau rumput pada waktu petang. Bila kaki atau anggota badan menyentuh tanah atau rumput.
Ini dinamakan teknik grounding. Grounding sekurang-kurangnya 30 minit dapat turunkan kortisol iaitu hormon stres. Kalau dapat pijak pasir pantai lagi padu kesan dia.
Bukan ini jer, grounding bantu redakan inflamasi. Cepatkan penyembuhan luka. Elak darah memekat. Cubalah. Yang dewasa pun boleh try.
Berapa lamakah tidur diperlukan?
Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:
0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam
Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.
1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.
4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
Ketika ini, anda harus cuba membentuk tabiat tidur yang sihat bagi anak anda. Biasanya dia akan tidur sekejap 3 kali pada waktu siang, dan berkurangan menjadi dua kali apabila berumur 6 bulan. Masa tidur siang hendaklah selama satu atau dua jam dan bayi anda boleh tidur pada sebelah pagi (sekitar 9.00 pagi), tengah hari (sekitar 2.00 petang), dan petang (di antara 3-5 petang). Menjelang umur 6 bulan, bayi anda harus tidur terus menerus pada sebelah malam.
1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam
Masa tidur tengah hari boleh dikurangkan menjadi 1-3½ jam. Bayi anda hendaklah tidur pada pukul 9 malam dan bangun pagi di antara pukul 6-8 pagi.
3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam
Bergantung kepada anak anda, tidur siang mungkin tidak diperlukan. Sekiranya dia masih mahu/perlu tidur siang, biarkan dia tidur sekejap sahaja. Kekalkan waktu tidur malam/bangun pagi yang sama.
7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam
Pada peringkat ini, pastikan anak anda tidur pada 9 malam, agar dia mendapat tidur secukupnya.
12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam
Seperti kanak-kanak kecil, tidur juga adalah penting bagi remaja. Pastikan anak remaja anda tidur sekurangkurangnya 8-9 jam sehari untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraannya tidak terganggu.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Pernah tak terfikir kenapa ruangan dalam rumah atau bilik seakan-akan ada bau yang tidak menyenangkan? Seperti bau busuk dan hapak. Sedangkan rumah selalu kemas dan dibersihkan habuk. Ibarat kata yang mudah rumah masih tiada harum aroma yang best.
Sebenarnya, walaupun kita mengemas rumah setiap hari kita hanyalah membuang habuk dan kotorannya saja. Sedangkan bau hapak itu tetap ada.
Bagaimana nak pastikan keadaan dalam rumah sentiasa segar dengan haruman yang wangi, boleh cuba cara ini. Selamat untuk yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang alah dengan bau pewangi terlalu kuat.
Hanya menggunakan daun pandan yang dihiris halus, rumah anda pasti bau wangi semerbak. Ini cara yang dikongsikan oleh Puan Wani Rashid.
Pewangi semulajadi. Natural Fragrance.
Racik racik daun pandan, masukkan dalam kain berjaring dan bunjutkan dia macam rempah sup bunjut. Pastu letak la kat mana-mana tempat yang sesuai.
Bau bilik hapak pun boleh hilang. Masuk bilik semerbak bau pandan. Lagi lagi yang pasang aircond. Sedap baunyaaaa. Dah macam bilik pengantin.
Explain sesiap kat suami tu daun pandan. Bukan bunjut sihir. Jangan suami ingat korang nak sihir dia sudah. 😆
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.