DIY Tempat Letak Beg Sekolah Anak. Hanya Guna Rak Buku, Tersusun & Rumah Kemas!

Share

Bila lebih dari seorang anak bersekolah, semestinya keperluan sekolah anak pun makin bertambah. Sebagai contoh anak sekolah rendah ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Andai kata anak mama papa ada 3 orang yang bersekolah rendah pasti ada 6 buah beg. Penuh dalam bilik atau di ruang tamu. Itu belum lagi dikira dengan beg kerja mama papa dan buku-buku sekolah anak.

Kadang tu, sakit juga mata mama bila anak balik sekolah tak letak beg elok-elok. Bila diminta suruh letak dalam bilik, barulah bawa masuk. Bagi mama yang nak pastikan beg-beg sekolah anak diletakkan tersusun, cubalah buat idea ini.

DIY rak beg sekolah yang diilhamkan oleh Atam Ayu ini sangat menarik dan rumah pun lebih kemas. Tak perlulah mama nak berulang kali suruh letak beg elok-elok tiap kali balik sekolah. Dah ada rak ni, secara tak langsung boleh ajar anak letak semuanya di situ.

DIY RAK BEG SEKOLAH

Bahan-bahannya:

1) 3 rak buku 3 tingkat saiz besar – dipasang 2 tingkat — 40/ sebuah X 3

2) Box putih Aeon — 16.90/sebuah x 3

3) Kaki sofa — 2/pcs X 12

4) Hook A ecoshop 2.10/pack X 2 (penyangkut untuk letakkan beg sekolah anak terpulang nak buat atau tak)

5) Hook B ecoshop 2.10/pack X 2

Jumlah keseluruhan untuk siapkan rak beg sekolah ini adalah RM 203.10. Dianggarkan satu rak tu dalam RM 67.70.

Bagi yang nak tahu cara DIY ini disediakan langkah demi langkah. Mudah sangat!

(Nak dapatkan kaki rak ini boleh beli di kedai perabot atau secara online. Klik saja di sini)

(Inner rak ini boleh dapatkan di Aeon Mall)

(Pasangkan kaki rak itu di empat penjuru)

** Untuk rak itu, pasangkan satu lapis je pelapiknya untuk beri ruang meletakkan beg. Dalam inner box tu mama bolehlah simpan stok alat tulis, stokin, penutup muka anak-anak atau sebagainya. Jadi pagi-pagi nak ke sekolah tak perlulah dah nak kelam-kabut.

Kredit: Atam Ayu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN