Kehamilan

“Doa Anak-Anak Nak Baby Boy Tercapai.” Syura & Suami Bakal Timang Bayi Lelaki

Share

Setelah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, baru-baru ini penyanyi Syura Badron telah mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.

Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang kedua tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN [Setiap Kali Dr Halina Hamil, Saya Akan Tambah Berat Badan.” – Dr Sheikh Muszaphar]

[“Selagi Muda Kita Kumpul Anak Ramai.” Ayu Raudhah Akui Dirinya Hamil 5 Bulan]

Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan penuh kegembiraan daripada tiga anak Syura yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.

Video yang dimuat naik di instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.

Terdahulu Syura mengumumkan dia sedang hamil lima bulan selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhd Farizat.

Untuk rekod, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga berakhir dengan perceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Ifran Aryan, 11 tahun.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy