Bila anak tak sihat, selain dapatkan rawatan doktor, ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al-Quran juga antara yang boleh membantu.
Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. Jika masih belum baik mintalah bersungguh-sungguh dengannya.
Berikut perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai cara yang dilakukannya merawat batuk anak dengan doa dan ayat-ayat syifa penyembuhan. Moga dapat membantu semua ibu-ibu.
Awal bulan haritu, Fydh kena demam selesema & batuk lagi.. Batuk kali ni jenis yang kering tekak & gatal. Bila tekak terasa kering & gatal, mulalah terbatuk² non stop. Bila minum air masak, kuranglah sikit tapi tak lama lepas tu akan terbatuk² lagi.
Masa tu teruk sangat batuk dak Fydh ni, dalam 5 minit sekali mesti akan terbatuk². Bila kerap sangat batuk, tekak dia jadi luka. Sepanjang hari asyik menangis & meragam. Walaupun dah gi klinik, dah makan ubat, sapu balm & minyak bawang putih, layurkan daun sirih, buat urutan percussion & refleksologi, bagi minum air madu.. batuknya tetap non stop.. Sejak Fydh bayi, tak pernah sekali pun keadaan batuk dia tak kurang lepas gunakan daun sirih & buat urutan. Tapi hari tu, semua cara kurang berkesan.. Mati akal dibuatnya..
Kemudian barulah saya teringat.. Sejak dari awal urut, letak segala ubat sepanjang hari tu.. saya langsung tak baca basmallah..Langsung tak baca doa² & ayat² syifa’ yang saya selalu amalkan sebelum ni.. Sebabkan terlalu kalut, saya terlupa nak berdoa & minta pertolongan Allah! Seolah² saya lupa yang menyembuhkan tu adalah Allah.. Seolah² tak percaya ubat & urutan semua tu berkesan hanyalah dengan izin Allah!
Saya berdoa bersungguh² minta Allah permudahkan urusan & diberi kesembuhan, baca doa² syifa’ & tawakal.. Andainya tak kurang gak, memang nak bawak anak terus ke hospital je (memandangkan dah lewat malam & klinik pun dah tutup). Sebagai percubaan terakhir, saya layurkan daun sirih dalam pan berisi minyak bawang putih (campuran daun salam untuk bantu masalah berkaitan pernafasan). Kemudian urutkan bahagian dada, belakang serta tapak kaki anak sambil berdoa & baca ayat² syifa’ selama urut tu..
Ads
Tak lama lepas sapukan minyak & urut, alhamdulillah dengan izin Allah.. Batuk Fydh beransur kurang.. Malam tu dia boleh tidur lena & hanya sekali jer terbatuk ditengah malam. Syukur alhamdulillah, ya Allah..
?DOA?
Doa adalah kekuatan & senjata orang mukmin.. Dalam apapun yang kita lakukan, janganlah lupa berdoa & minta padaNya..
Peringatan ni lebih kepada diri saya sendiri sebenarnya, sebab kadang² kita terlupa & yakin bahawa ubat/kaedah tertentu berkesan menyembuhkan penyakit.. Walau apa pun ubat & kaedah rawatan yang dicuba, kita perlu sentiasa berdoa pada Allah & remind diri sendiri hanya Allah jualah yang berkuasa menyembuhkan setiap penyakit tu. Ubat² ni sekadar asbab jer untuk sembuh..
Ads
?USAHA?
Walaupun ubat hanyalah asbab kesembuhan, tu tak bermakna kita perlu tolak perubatan moden ye. Kalau tolak sepenuhnya perubatan moden atau main ambil je sembarangan ubat, bukan jadi asbab kesembuhan, tapi boleh jadi asbab kemudaratan.
Itulah sebabnya kena usaha. Usaha cari penawar. Usaha cari ubat yang tepat. Saya pernah tengok rancangan dimana Ustaz Hanafi sebagai tetamu jemputannya. Tahukah korang, setiap usaha mencari ubat/penawar penyakit ni dikira sebagai jihad.. Mak² kat luar sana, kalau ada yang terpaksa bersengkang mata, menahan penat jaga anak yang sakit agar anak kembali sihat.. ketahuilah korang sebenarnya sedang berjihad.. ?
?Istiqamah & Iktikad?
Andai kita diuji dengan masalah kesihatan, berdoalah & berusahalah cari penawarnya.. Doa & usaha perlu dilakukan secara istiqamah. Istiqamah – melakukan sesuatu dengan tekun, secara berterusan. Contohnya waktu ubat dijaga, makan ubat secara berterusan (habiskan). Bukannya bila teringat, baru nak makan ubat. Ubat pun makan kadang², doa pun jarang², lepas tu mengeluh Allah tak sembuhkan penyakit.. ?
Iktikad – yakin dalam hati kita hanya Allah Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.. Andai tak pernah berhenti berdoa & tak pernah berhenti ikhtiar cari penawar, tapi belum diberi kesembuhan.. Yakinlah mungkin belum masanya lagi.. & Allah nak kita berusaha lagi a.k.a nak bagi lebih banyak pahala berjihad..
Ads
?Tawakkal?
Lepas buat sehabis baik, bertawakkal & berserah dirilah kepada Allah..
P/s: Kat sini saya sertakan doa syifa’ & ayat² mudah yang boleh mak² amalkan, bukan setakat untuk anak tapi untuk diri sendiri & keluarga gak.. Ni antara doa & ayat² syifa’ yang selalu saya amalkan.
Zikir bismi/ayat penggerak tu misalnya, sangat elok diamalkan & dibaca sebelum makan/minum oleh mak² yang ada anak kecil & ibu menyusukan anak/mengandung untuk elak keracunan makanan. Masa mengandung 5 bulan dulu, saya pernah ditahan selama 2 hari dalam wad akibat keracunan makanan di kenduri. Lepas kejadian tu saya amalkan zikir bismi ni (boleh terus baca je lepas baca doa sebelum makan). Dalam waktu yang lain, saya & suami berkongsi makanan & air yang sama disebuah kedai makan. Lepas makan suami terus cirit-birit & muntah. Dengan izin Allah, saya tak pulak keracunan walaupun perut saya lebih sensitif dari suami..
Walaupun banyak lagi ayat² syifa’ yang lain, tak semestinya kena hafal banyak² doa terus.. Banyak pun tak guna kalau jarang baca.. Biarlah sikit pun asalkan jadikan amalan.. Tapi kalau dapat amalkan lebih banyak lagi, lagi la bagus?
Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Rata-rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas mencuci. Tambahan pula, penggunaan lampin pakai buang adalah lebih mudah dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa terutama ketika di luar rumah.
Walau bagaimanapun, bukan semua lampin pakai buang sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai memakai lampin jenama A, tidak semestinya bayi B juga sesuai dengan lampin jenama A. Perlu ada ‘try and error’ dalam memilih lampin pakai buang. Jadi, di sini, tidak semestinya sesuatu jenis lampin itu sesuai dengan setiap bayi.
Bagi membantu ibu bapa memilih lampin yang betul, anda disarankan untuk melakukan perbandingan antara jenama yang ingin dicuba dahulu. Salah satu caranya adalah dengan mencuba pek percubaan lampin atau membeli lampin dalam pek kecil. Pek percubaan lampin selalunya boleh didapati secara percuma jika ada pengeluaran suatu produk baru oleh sesetengah syarikat lampin pakai buang.
Apa yang perlu dicari dalam memilih lampin pakai buang?
Ciri-ciri yang perlu ada dalam memilih lampin pakai buang terbaik untuk bayi adalah:
Pilih saiz yang betul
Jangan memilih lampin yang terlalu ketat atau terlalu besar dengan tubuh bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz dan kebesaran bayi. Lampin pakai buang kini tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz newborn, saiz kecil hingga saiz besar. Terdapat dua jenis lampin pakai buang iaitu lampin yang berpelekat dan lampin seluar. Lazimnya, lampin seluar diberikan kepada bayi yang sedang aktif, supaya mudah untuknya bergerak dan meneroka persekitaran.
Kering
Kriteria utama dalam memilih lampin pakai buang. Penting bagi anda untuk mencari lampin yang mempunyai lapisan cepat kering dan mempunyai ciri-ciri perlindungan untuk mengelakkan kebocoran. Lazimnya, anak kecil yang aktif akan mengalami masalah kebocoran di celah paha jika lampin yang digunakan tidak sesuai. Justeru itu, ibu bapa perlu mencari lampin yang mempunyai lapisan dalaman yang dapat menyerap dan mengunci cecair supaya kulit bayi kekal kering. Cari juga lampin yang mempunyai lapisan luar beraliran udara bagi membolehkan kulit bayi bernafas. Lampin yang cepat basah boleh menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
Mudah dipakai
Ada ibu bapa yang mengambil masa yang lama bagi memakaikan anak mereka lampin. Justeru itu, pilihlah lampin yang senang dipakai mengikut keaktifan bayi anda. Jika si manja anda masih kecil, adalah lebih sesuai jika dipakaikan lampin berpelekat namun jika si manja sudah mula aktif, carilah lampin seluar yang mudah disarungkan. Namun, jangan cari yang mudah tertanggal.
Harga
Tidak semua lampin yang mahal sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, cubalah teknik ‘try and error’ bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan bayi anda. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum anda memilih lampin terbaik untuk si manja.
Baju sekolah anak yang semakin kusam dan kekuningan buat kita sakit mata memandangnya. Nak sental perlukan lebih tenaga yang bukan biasa-biasa.
Sebenarnya tidak perlulah menyental lebih, ada cara mudah yang dapat meringankan tugas menyental dan baju sekolah anak pun kembali putih.
Apa caranya? Perkongsian tip dari Pn Zakiah Hassan ini anda kena cuba.
Bahan-bahan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Letak sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Masukkan air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Sidailah baju putih macam biasa.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton. Selamat mencuba!
Bila dah ada anak sendiri ni kan, baru tahu baby ni sebenarnya ada satu bau dia yang tersendiri. Bau dia macam sedap-sedap dan kalau sekali cium tu, nak cium lagi dengan penuh kegeraman.
Di sebalik diri kita rasa susah, kehadiran anak ini dianggap pembawa rezeki dan kebahagiaan buat ibu bapa. Percayalah anak juga yang akan beri sinar saat ibu bapa hampir putus asa.
5 tip mendidik anak soleh:
▪1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
▪2. Lembutkan hati anak
Hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah AlFatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– zikir ya Latif
▪3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
▪4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
▪5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...