“Doa Baik-Baik, Ada Saya Kongsi.” Setahun Kahwin Heliza Harap Ada Rezeki Cahaya Mata

Share

“Doakan semoga kami diberikan rezeki cahaya mata,” demikian jawapan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Nur Heliza Helmi apabila mengulas dakwaan sedang berbadan dua.

“Doakan yang baik-baik..”

Kata Heliza, 37, dia sudah terbiasa dengan perhatian dan soalan mengenai perkahwinan serta cahaya mata.

“Sebelum berkahwin orang tanya bila kahwin, jadi kami sudah biasa dengan perkara itu. Dan bila sudah berkahwin, kami pun sudah tahu apa yang akan berlaku.

“Jadi bila orang tanya, kami akan cakap doakan, tetapi kadang-kadang bila tak cakap pun, orang akan terus mendoakan.

“Dan ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai anak turut berkongsi, jadi saya tiada rasa tak selesa. Sebab bagi saya, Allah lebih mengetahui,” katanya.

“Jika ada rezeki, saya kongsi”

Heliza berkata, dia tidak menolak untuk berkongsi mengenai kehamilannya sekiranya dikurniakan rezeki.

“Kita tunggu sekiranya ada, sebab saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Tunggulah bila ada, baru saya fikir,” katanya.

Heliza mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari, tahun lalu.

Bertanya keterbukaan terhadap perhatian, Heliza berkata, dia selesa sekiranya perkongsian bersama suami memberi manfaat pada orang ramai.

“Kami tidak terlalu banyak berkongsi, saya pun kongsi sikit-sikit sahaja.

“Alhamdulillah, kalau orang suka, yang penting doakan. Sebab bila berkongsi, kita juga akan dapat doa berkenaan rumah tangga.

“Tetapi, saya rasa kehidupan selepas berkahwin biasa sahaja sebab sebelum berkahwin pun orang mengenali saya.

“Cuma lebih seronok sekarang pergi mana pun orang banyak menegur dan mendoakan. Alhamdulillah,” katanya.

Kredit: Berita Harian & IG Heliza Helmi

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy