Pelakon Saharul Ridzwan sememangnya dilihat sebagai suami yang cukup penyayang buat isteri dan dua anak-anaknya. Melewati instagramnya, Saharul dilihat sering berkongsi kisah kehidupannya bersama anak-anak tidak terkecuali berkongsi kisah hidupnya bersama permata hati kesayangan, isteri tercintanya, Qaabila Deena Emir.

Terbaru, bapa dua anak ini turut berkongsi beberapa tip dalam rumah tangga. Malah menerusi satu entri ringkas di instagram, Saharul turut berkongsi cara-cara berkasih sayang dalam rumah tangga yang diamalkan bersama isterinya. Inilah rasa bahagia yang dimilikinya.

“Doa Biar Kuat, Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan” -Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga!

“Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah”.

Begitu kongsinya di instagram. Menariknya tip yang dikongsikannya ternyata amat dekat dengan kita malah bersahaja.

1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!”

2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat-kuat dalam bahasa Melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan.

3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar.

IKLAN

4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu.

5. Mendengar dengan sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan.

6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut.

7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah.

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah ❤️ 1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!” 2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat2 dlm bahasa melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan 3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar 4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu 5. Mendengar dgn sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan 6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut 7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya CINTA ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Begitu perkongsian tujuh tipnya diinstagram. Kata Saharul lagi, dengan berkongsi tip semacam ini sedikit sebanyak dapat menerbitkan lagi rasa cinta buat pasangan.

“ Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya cinta,” kongsinya lagi.

“Doa Biar Kuat, Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan” -Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga!

IKLAN

Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan kini pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri kehidupan mereka, Muhammad Luth Ali, 2, Fateema Azzahra yang baru berusia 3 bulan.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

“Doa Biar Kuat, Baru Isteri Dengar Apa Kita Doakan” -Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga!

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI