Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Sumber: Nadia Zahari
ARTIKEL MENARIK [Anak Buat Salah Tegur! Sikit-Sikit ‘Back Up’ Itu Yang Jadi Anakku Sazali]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak-Anak ‘RAJA COPY, CCTV’ Paling Power! Apa Ibu Ayah Buat Semua Dia Tiru]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Layu Jangan Terus Buang, Ikut Langkah Ni Segarkan Daun Kesum, Segarnya Lain Macam!
Daun kesum antara daun-daunan herba yang paling cepat layu berbanding daun herba lain dalam masakan.
Bila disimpan di dalam peti ais, daun yang cukup popular dalam pembuatan Asam Pedas dan Laksa ini lebih tidak tahan lama.
Bagaimana hendak mengembalikan semula kesegarannya? Jangan terus dibuang sebaliknya ikuti tip ini seperti yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok, @muaketom.
“Lemahhhh kan bila tengok sayur layu tak segar.”
Tak perlu membazir kita segarkan daun ini dengan mineral salt & aloe vera.
Nampak tak sayur ni mula-mula nampak layu kan.
Kita rendam je dulu dengan air sekali dengan Sunlight.
Biarkan rendam seketika dalam lima minit.
Lepas dah rendam nampak tak? Sayur nampak macam segar sangat. Macam baru petik, kembang-kembang semuanya.
Lepas rendam kita bilas dan asingkan daun yang buruk dan tangkainya. Kemudian cuci sekali lagi bagi bersih.
Siap!
@muaketomlemahhhh kan bila tengok sayur layu x segar
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Anak Buat Hal, Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar
Anak pada fasa individuating sememangnya sangat mencabar kesabaran ibu bapa, terutamanya buat ibu bapa muda. Umur anak fasa individuating adalah sekitar 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan.
Antara situasi yang mencabar ibu bapa adalah apabila anak tantrum. Ada banyak sebab kenapa anak ini tantrum, antaranya bila apa yang dia mahu tak dapat, bila dia cuba lakukan sesuatu tapi tak berjaya dilakukan dengan baik dan sebagainya.
Ramai, ibu bapa yang mudah hilang sabar bila anak tantrum. Jadi, sebenarnya apa yang sepatutnya ibu bapa lakukan?.
Berikut perkongsian dari Yasmin Sari (Team Ibu Rose) apakah yang seharusnya ibu bapa lakukan:
Tarik nafas 3 kali
InsyaAllah, proses tarik dan hembus nafas yang panjang akan meningkatkan tahap ketenangn kita. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali. Sebab nak berurusan dengan anak yang sedang tantrum ini sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang agak tinggi.
Tukar Frekuensi
Pada kebiasaannya, anak akan menjerit, menangis dengan kuat bila dia mula tantrum. Itu bermakna frekuensinya sedang tinggi. Maka, ibubapa yang bijak seharusnya menurunkan tone suaranya. Anak menjerit, “ Saya nak mainan tu!!”.
Kita jawab dengan suara yang rendah dan tenang. Suara kita biarlah jelas dan tenang. Kondisi kita sangat penting ketika itu. Sekiranya parents juga tantrum sama, maka agar sukarlah isu itu diselesaikan. Api lawan dengan air, InsyaAllah akan lebih mudah ia diselesaikan.
Melutut, eye level dan eye contact
Bila berbicara dengan anak boleh melutut supaya aras ketinggian kita sama dengan anak, rasionalnya adalah supaya tahap ego ibubapa dapat diturunkan. Eye level dan eye contact juga penting, supaya anak dapat merasai betapa sayangnya ibubapa anak ini padanya.
Raikan suara anak
Setelah kita berjaya kawal tone suara, seterusnya kita meraikan suaranya pula.
“Oh, mainan tu ye. Mainan yang satu?. Mesti best kan mainan tu kan.” Kita benarkan anak meluahkan apa yang dia mahu dan perasaannya. Kita pula berperanan mendengar dan meraikan suaranya.
Anak akan lebih cepat release stressnya bila kita bantu anak mengeluarkan apa yang dirasanya dan bila kita berusaha untuk memahami anak itu. Dengan cara ini, anak akan lebih mudah untuk menurunkan energy marahnya atau frustnya.
Peluk anak
Pelukan adalah kuasa yang besar. Anak biasanya bila dipeluk ia akan mudah untuk menurunkan rasa tantrum itu. Tapi, peluklah dari belakang. Kenapa peluk dari belakang, supaya bila anak meronta-ronta, kita yang memeluk ni tak rasa sakit di pukul.
Bacakan doa atau ucapkan kata-kata positif
Ketika memeluk anak tu, bolehlah dibacakan apa-apa surah yang sesuai, atau doa-doa yang InsyaAllah boleh menenangkan anak. Boleh juga ucapkan kata-kata yang positif seperti “Adik orang yang baik, Ibu sayang sangat adik. Adik selalu dengar kata Ibu sebab adik sayangkan Allah. Allah sayang sangat adik. Adik sangat penting dan berharga dalam hidup ibu.”
Bagi anak-anak yang tak suka dipeluk
Ada juga jenis anak yang sangat tak mahu dipeluk. Maka apa yang perlu ibubapa lakukan adalah, katakan padanya, “Adik, ibu tau adik sangat marah. Ibu ada je dekat tepi ni. Kalau adik dah okay dan nak ibu peluk adik, adik cakap je kat ibu ye.”
Biarkan saja dia lepaskan rasa marah dan geram disatu sudut.
Pastikan kedudukan kita dari dirinya tak jauh, maka kita boleh memantau keadaannya lebih baik. Dalam masa yang sama, walaupun kita tak dapat memeluknya, kita hantarkan energy kasih sayang padanya. InsyaAllah, lambat laun anak akan tenang akhirnya.
Betulkan kesalahan ketika sama-sama sudah bersedia.
Kebiasannya, ibubapa cenderung untuk memberi pesan atau menasihati anak apabila atau ketika anak buat salah.
Sebenarnya ini bukanlah waktu yang tepat untuk menyampaikan nasihat, kerana ketika itu emosi keduanya tidak stabil. Mungkin ketika itu anak sedang marah dan begitu juga ibubapanya. Maka perkataan yang keluar dari mulut ibubapa cenderung kepada bebelan, ugutan dan yang seumpamanya.
Sebagai contoh :
“Ha, tulah kan mama dah kata, jangan main kat tangga tu. Kan dah jatuh. Ha, mainlah lagi.”
“Adik kalau main lagi kat tangga ni, jatuh lagi sekali, ubatlah sendiri. Mama tak nak tolong dah.”
“Siapa suruh main kat tangga, kan dah jatuh. Ingat badan tu kuat sangat ke?.”
Kata-kata seumpama ini perlu dielakkan kerana ia tak membantu pun sebenarnya, malahan menambahkan kecederaan emosi pula. Sangat dianjurkan untuk memilih perkataan dan kata-kata yang lebih baik dan pilih juga pada waktu lain yang lebih tenang.
Alhamdulillah, ini adalah beberapa perkara yang ibubapa boleh lakukan bila anak-anak di fasa individuating tantrum.
Semoga ini dapat membantu ibubapa yang berhadapan dengan situasi begini.
Ingat Loving & Firm Parenting bukan dengan cara marah-marah atau ugut-ugut. Namun, parents adalah leader pada anak-anak. Besarkan kasih sayang dan terus tambahkan ilmu ya.
Semoga perkongsian ini membantu anda yang membacanya.
Sumber: Olahan ilmu Ibu Rose
Yasmin Sari – Team Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulu Diuji Hidup Tak Sempurna. Tak Terduga Balasannya, Ameena Sofia Anugerah Terindah
Setiap orang ada masa silam mereka yang tersendiri, yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik jadikan pengajaran. Menjadi seorang ibu dan juga ayah membuka mata untuk mensyukuri sebuah nikmat teragung untuk diri kita.
Setiap apa yang kita peroleh dari Dia adalah rezeki untuk kita. Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Shakilla Khoriri, baginya anak adalah anugerah yang tidak pernah terjangka untuknya.
Meskipun Tuhan menarik rezeki yang lain darinya, namun Dia telah menggantikan rezeki yang lebih baik, iaitu suami dan anak kesayangannya Ameena Sofia. Tambahnya, meskipun dia mengambil masa lama berehat dari lakonan, namun rezekinya sentiasa ada dan tidak putus.
Dalam perkongsiannya juga, dia bercerita kerana rasa sayang yang mendalam terhadap anaknya sehingga takut untuk melihat anaknya membesar kerana perasaan takut tidak mampu membesarkannya dengan baik. Namun baginya, cukuplah hanya percaya Allah ada untuk melindung dan membantu kita mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
BETUL KATA ORANG,ANAK ITU NYAWA ☘️
.
.
Gift yang aku tak pernah jangka.
Sebab perjalanan hidup aku tak berapa baik sebelum ni.
Dugaan demi dugaan.
Jadi impian ada anak tu paling aku tak fikir.
Tak pernah terlintas bagaimana rasanya.
.
Mungkin Allah tarik satu rezeki pada aku tapi dia ganti dengan rezeki sekarang.
Ada suami dan anak.
Dan ada rezeki yang entah mana datangnya walaupun aku break shooting agak lama.
Sampai ada yang kata aku dah stop berlakon apa semua.
Hmmm..No…and NEVER !
.
Setiap hari bila aku tengok muka budak ni aku rasa takut,sedih, kadang rasa tidur tu tak nak bangun sebab tak nak anak ni membesar. Takut sebab terlalu fikir macam mana aku nak besarkan ‘gift’ ni sebaiknya.
Macam mana aku nak didik anak ni dengan pendidikan yang bagus sedangkan aku bodoh. Tapi , aku percaya Allah sentiasa ada untuk lindung dan bantu aku.
Semoga Kita semua kuat mendidik dan membesarkan anak2 dengan sebaiknya.
Anak, anugerah dan hadiah yang paling istimewa untuk AKU , si pendosa ?
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Menjadi tugas ibu ayah untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Di sini ada beberapa tip yang boleh diaplikasikan:-
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
SESUNGGUHNYA ANAK-ANAK YANG NAKAL ADALAH ANAK YANG KURANG DIBERI PERHATIAN DARIPADA IBU BAPANYA.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak. Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
SUMBER:- Shakilla Khoriri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI