Di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita yang menyokong kuat di belakangnya. Begitulah pentingnya peranan seorang isteri dalam memberi kekuatan buat si suami mengharungi segala kepayahan dalam hidup. Ada wanita yang bersusah-payah dengan suaminya, sehingga hidup mereka menjadi senang. Dari makan nasi tidak berlauk sehingga mampu penuhkan makanan atas meja!
Doa seorang isteri itu memainkan peranan yang penting dan memberi kesan dalam kehidupan seorang suami. Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin, betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab.
Ikuti perkongsiannya ini.
Besar kesan doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…
Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yg baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yg diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak2 isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Ads
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jgn pernah putus asa utk berdoa…🤲
Berikut adalah kompilasi doa-doa yang boleh anda bacakan untuk suami tercinta seperti yang dikongsikan melalui laman web Bidadari.my:
Ads
# Doa Dikurniakan Suami Terbaik
“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
# Doa Untuk Suami Murah Rezeki
“Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.”
# Doa Untuk Suami Selalu Ingat Isteri
“Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-Mu wahai Zat Yang Maha Penyayang Di Antara Para Penyayang.”
Ads
# Doa Untuk Suami Memperolehi Rezeki Yang Berkat
“Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hamba-Mu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.”
# Doa Untuk Memohon Suami Berbuat Kebaikan (boleh juga diamalkan untuk diri sendiri)
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.”
# Doa Agar keluarga Dilindungi
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
Yakinlah doa seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai untuk suaminya. Biar apa pun yang terjadi, jangan putus berdoa dan serahkan segalanya kepada Allah SWT selepas anda sudah berusaha. Semoga perkahwinan kita semua dilindungi dan terus bahagia selamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak tahu apa yang terlintas di fikiran suami ini saat memukul dan bertindak kejam pada isterinya. Rakaman video yang tular semalam itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kejadian yang dirakam oleh seorang individu sebelum memuat naik di media sosial itu telah memudahkan pihak polis untuk buat siasatan lanjut setelah laporan polis dibuat.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan adalah bekas suami penyanyi dangdut popular yang bertindak kejam apabila membelasah wanita dipercayai isteri baharunya.
Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.
Mangsa mengalami trauma
Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.
“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.
“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.
“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya.
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Tahniah Farhatul Fairuzah, Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Anak sulung kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menarik perhatian ramai bila mana cukup berani ketika dicabut gigi bongsunya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hanis di Instagramnya itu, Yusof kelihatan tenang malah dipuji cukup berani ketika berdepan situasi sebegitu.
“Dah gigi susu yang ketiga cabut. Setiap kali cabut gigi means my boy is getting bigger.
“Dan setiap kali itulah Mommy sebak terkenang moment dia masih jalan kedek-kedek, perut kedepan, semua sayur makan, tidur nak bawah ketiak (yang ni masih going strong), dan rambut curly wurly.
“I love you so much son! Thanks Daddynya selamba patahkan gigi tu,” tulis Hanis berkongsi menerusi kapsyennya.
Tidak hanya keberanian Yusof yang dipuji, bahkan gaya Hairul dengan begitu bersahaja turut mendapat perhatian wargamaya.
Menurut perkongsian Hanis, momen penting sebegini menjadi memori terindah buatnya apabila anak semakin membesar kelak.
Rata-rata pengikut Hanis turut meninggalkan pelbagai komen tidak kurang yang memuji keberanian Yusof Iskandar.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.