Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Apakah doa agar dikurniakan anak yang soleh?
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Ads
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
Ads
Doa semoga diberikan anak yang soleh & baik
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
Doa semoga diberikan anak yang menyenangkan Hati
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
Ads
Doa semoga anak tetap mengerjakan Solat
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
Doa semoga anak patuh kepada Allah SWT
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.
Selepas kehadiran cahaya mata pertama, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui rutin hariannya kini berubah 360 darjah.
Menurut Dazrin, tanggungjawab menjaga dan menguruskan anaknya, Dasuki Dazrin tidak dilepaskan kepada isteri sahaja, sebaliknya dia turut mengambil peranan tersebut bagi meringankan tugas isteri.
“Sejak dah jadi bapa ni lebih sebulan lalu, memang semua rutin saya berubah. Tidur malam pun dah tak macam dulu kerana setiap dua jam saya kena bangun buatkan susu dan menukar lampin anak.
“Isteri tidak pernah menyuruh saya berbuat demikian, tetapi saya sendiri sebagai bapa mahu mengambil tanggungjawab tersebut kerana mahu meringankan beban isteri.
“Sebelum ini saya tidak dapat bantu sangat kerana terikat dengan jadual penggambaran. Jadi bila dah selesai semua, barulah saya dapat cuti untuk bersama isteri dan anak.
Dalam pada itu, Dazrin turut memberitahu tentang keterbukaannya mendedahkan anak kepada umum. Malah dia juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang luar mendekatinya putera sulungnya itu.
“Saya tak kisah dan tak letakkan sebarang syarat kepada orang luar untuk mendekati anak saya. Bagi saya memang fitrah orang sukakan baby, tak kiralah dia baby artis atau orang biasa sekalipun.
“Jadi bila kita bawa baby keluar, memang akan ada orang yang datang tegur atau nak sentuh baby sebab memang baby akan mudah menarik perhatian.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa tak suka anak mereka disentuh orang luar, tetapi saya tak kisah kerana saya percaya mereka tidaklah keterlaluan sehingga boleh memudaratkan baby. Bagi saya mudah saja, kalau tak nak orang pegang-pegang anak kita, baik duduk rumah saja dan tak perlu bawa keluar,” kata Dazrin.
Sumber: Sinar Harian dan ig Dasuki Dazrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakalanya dalam berumah tangga kita selalu rasa seperti tidak mencukupi dalam serba serba. Hidup rasa tak tenang dan gelisah. Balik ke rumah pula adakalanya rasa rimas dengan anak-anak yang masih kecil. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata.
Bukan salah anak tetapi sebagai suami dan isteri, ada baiknya kita sama-sama periksa di mana salah kita dalam hubungan rumah tangga kita. Suami terutamanya harus periksa senarai yang diberikan ini sebagai panduan.
Jadikan panduan daripada Firdaus Syakirin ini sebagai panduan untuk menjadi ayah dan ketua keluarga yang hebat dan harmoni. Sesungguhnya kita tak perlukan hidup yang mewah tetapi hidup tenang dan aman bersama isteri dan anak-anak.
Kita sebagai suami, jika kita selalu rasa…
1. Duit sentiasa tak cukup. 2. Kereta atau motor selalu buat hal. 3. Setiap hari ada ja perkara yang tak kena terjadi. 4. Kerja berlambak tak pernah habis. 5. Gaji tak naik. 6. Jiwa tak tenang, hati tak tenteram. 7. Baran tak bertempat. 8. Asyik marah anak bini. 9. Apa yg dihajati tak dapat. 10. Selalu tak sihat.
Maka check balik,
1. Hubungan kita dengan Allah s.w.t. Kita solat ke tidak, kita jaga solat ke tidak, kita solat ontime ke tidak, kita solat cukup rukun ke tidak.
2. Kewajipan dan tanggungjawab kita terhadap orang di sekeliling kita. Ada tak kita “berhutang” nafkah pada isteri dan anak-anak. Ada tak kita abaikan orang tua kita. Tanggungjawab kita terhadap mereka tu, kita tunaikan atau tidak.
3. Menzalimi atau menganiayai sesiapa. Kita ada pinjam duit sapa-sapa tak bayar ke. Kita ada menzalimi atau menganiayai orang lain ke atau kita ada tak buat salah kat orang, dan kita tak minta maaf.
4. Maksiat atau benda haram. Ada tak kita buat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang oleh agama, main judi, nombor ekor, berzina, minum arak. Sumber pendapatan kita tu halal atau tidak. Apa yang kita bagi isteri dan anak-anak makan tu, sumbernya haram atau tidak.
Apa yang ditimpakan kepada kita tu dipanggil ujian atau musibah yang tujuannya untuk menyedarkan kita, pasti ada sesuatu yang kita dah buat atau kita tak tunaikan lagi sebagai seorang suami, ayah atau anak yg menyebabkan rezeki kita sempit, urusan kita sukar, hati kita tak tenang dan sebagainya.
Check dan perbaiki semula point no 1 sehingga 4. InsyaAllah selepas itu hidup kita akan baik-baik sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bergelar ibu dan isteri, semua perlu dilaksanakan dengan baik. Ada sahaja tugas yang perlu diselesaikan. Setiap hari setiap minggu hal anak-anak dan rumahtangga tak pernah habis.
Kadang-kadang golongan ibu terlupa untuk ambil masa berehat dan tenangkan fikiran tanpa memikirkan urusan rumahtangga. Jadi sebagai suami, support system yang utama bagi isteri perlulah memainkan peranan utama dalam menjaga kesihatan mental dan emosi isteri. Ikuti perkongsian Dr Taufiq bagaimana cara dia rehatkan isteri sebentar dari tugasan menjadi ibu.
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela.
Saya tetap kena ingatkan dia bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
Jadi memang nak taknak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.
Jadi tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri saya daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insyaAllah nak jadi ibu ke nak jadi isteri ke nak jadi pekerja ke nak jadi bos ke boleh belaka dan yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.