harmoni guna

Perkahwinan yang harmoni adalah apabila ia dilimpahi keberkatan. Rumah tangga bahagia juga satu rezeki buat sesebuah pasangan itu. ‘Jemput’ rezeki untuk menghampiri perkahwinan anda dengan mengelak beberapa perkara ini.

Firdaus Mokhtar menerusi penulisannya berkongsi perkara yang perlu anda dan pasangan elakkan dalam perkahwinan.

Tempoh hari kita dah bercerita tentang cara untuk rezeki murah rezeki dalam rumahtangga. Kadang bila kita buat, tak jadi juga.

Rupanya dalam kita amalkan tips kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.

Artikel Lain: [Jangan Solat Sendiri, Ajaklah Pasangan Bersama. Ini Saat Romantik Untuk Suami Isteri]

1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa.

Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada 1 dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.

2. Kedekut.

Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.

Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita. Barulah Rumah Tangga Bahagia & Hidup Jadi Senang

Ads

3. Putus silaturrahim dengan adik-beradik.

Kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?

Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.

Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?

4. Pengotor.

Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.

Ads

Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita. Barulah Rumah Tangga Bahagia & Hidup Jadi Senang

Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.

5. Solat bersahaja atau ala kadar.

Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.

Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.

Ads

Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita. Barulah Rumah Tangga Bahagia & Hidup Jadi Senang

Artikel Lain: [Sebelum Tidur, Suami Isteri KEna 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Dalam Rumah Tangga]

Kawan-kawan yang baik;

Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.

Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.

Maka hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Memburu berkat.

Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kita terleka (kita manusia biasa). Maka dengan penulisan ini sedikit-sebanyak dapat menyedarkan kita. Banyak amalan yang boleh kita buat untuk ‘memanggil’ rezeki, buatlah seikhlas hati dan tanpa henti. Mudah-mudahan rumah tangga semakin bahagia, pintu rezeki diperluaskan dan hati kita pun sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI