Ada waktu-waktu tertentu kita akan rasa serabut dengan pelbagai masalah. Hati pun tak boleh tenang dan asyik memikirkan pelbagai perkara yang seperti tiada kesudahannya. Tak kisahlah masalah peribadi, keluarga atau kerjaya jika semuanya difikirkan serentak semuanya akan stres.

Ditambah pula cabaran hidup masa kini dan membesarkan anak bukannya mudah. Jika tak ditangani dengan baik, pasangan atau anak-anak akan menerima tempiasnya. Jadi pastikan setiap kali solat atau ketika waktu terluang, bacalah doa ringkas ini untuk menenagkan hati yang gelisah.

Dengan izin Allah semuanya akan dipermudahkan dan kita pun rasa tenang sepanjang masa.

Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.

Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih & Hati Gelisah. Elok Diamalkan Buat Suami Isteri  

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

– Sahih Bukhari

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan

– Hadis Riwayat Tirmidzi

DOA 3

IKLAN

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

IKLAN

Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih & Hati Gelisah. Elok Diamalkan Buat Suami Isteri  

DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

IKLAN

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

– Surah Taha Ayat 25-28

DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

– Surah Al-Imran Ayat 173

MOGA KITA LEBIH POSITIF MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau kecewa terhadap apa jua yang ditakdirkan kepada diri mereka. Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Oleh itu, sama-samalh kita mengamalkan doa penenang hati ini untuk meredakan perasaan sedih, marah, gelisah, stres, dan mengusir semua perkara negatif dari fikiran kita. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah.
Insya-Allah amalan yang konsisten dengan rahmatnya Allah akan limpah kurnia-Nya dan segala masalah kita akan selesai.. Amin

Rujukan: Mediamaya

Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih & Hati Gelisah. Elok Diamalkan Buat Suami Isteri  

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI