Doa Ringkas, Diamalkan Setiap Kali Basuh Beras Rezeki Tak Putus Untuk Keluarga

Share

Rumah tangga bahagia antara penyebab utama rezeki sentiasa murah untuk keluarga. Kita rasa tak cukup tapi sebenarnya Allah akan mencukupkannya dalam keadaan kita tak sedar.

Dalam mencapai tujuan ini, suami isteri dan anak-anak perlu saling menghormati satu sama lain. Rezeki Allah SWT amat luas untuk keluarga yang bahagia.

Sentiasalah amalkan beberapa amalan murah rezeki bersama keluarga tercinta mudah-mudahan kehidupan keluarga terus bahagia dan rezeki pun sentiasa dekat .

Berikut perkongsian dari Ustaz Mujahidin Al Banjari yang menyarankan untuk kita buat amalan yang sangat mudah. Ayat ni elok di amalkan ketika anda hendak membasuh beras dan ketika sedang membasuh beras.

Antaranya baca:

Al Fatihah 1x di sambung Ayat di bawah dan di sudahi dengan selawat 3x..

InshaAllah rezeki anda sekeluarga tidak akan putus. Pastikan jika nak beli beras baru, beras lama tinggalkan sedikit jangan bagi habis terus supaya rezeki kita tak putus.

Apa pun semua di atas izin Allah jua, jika tiada ibadah, doa dan usaha rezeki itu tidak akan datang sendiri. Semoga kita semua di murahkan rezeki oleh Allah.

Selain amalan tersebut, 10 petua murah rezeki ini juga elok diamalkan bersama dan sentiasa didik diri, pasangan dan anak-anak untuk sama-sama melakukannya.

1. Didik anak-anak untuk menyimpan dan juga bersedekah

2. Bawa anak-anak membantu orang tua-tua dan anak yatim piatu

3. Suami dan isteri bertanggungjawab dalam menggembirakan anak-anak

4. Makan bersama-sama jangan lupa solat berimam juga bersama sekeluarga

5. Didik anak solat, membaca Al Quran dan berpuasa

6. Ajar anak doa-doa yang mudah untuk diamalkan

7. Didik anak-anak untuk menghormati ibu bapa dan orang tua

8. Jangan biarkan anak-anak bergaduh berpanjangan, begitu juga suami isteri!

9. Gunakan perkataan dan pertuturan yang baik dan lemah lembut sesama keluarga

10. Tambahkan zuriat sekiranya mampu untuk lebih murah rezeki!

Rezeki sememangnya luas, lebih luas lagi apabila diusahakan bersama keluarga!

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin & irfankhairi.com

Published by
Wan Amy