Menurut penyannyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, dia bakal berangkat ke Mekah pada minggu depan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan keluarga. Beliau sudah lama menyimpan niat tersebut sejak sebelum hamil lagi.

“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.

DOA DIJAWAB ALLAH 

Betapa cepatnya doa dijawab Allah, ibu ini memanjatkan kesyukuran. Sudah rezeki, anaknya Siti Aafiyah dibawa ke tanah suci di usia masih kecil.

“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,“ kongsi Siti ketika ditemui pada sesi fotografi.

Sumber: Kosmo

Foto: @ctdk

Artikel berkaitan: “Nanti Ibu Habis Konsert Ibu Bagi Susu.” DS Siti Sibuk Konsert, Tetap Pentingkan Penyusuan Aafiyah