Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan syurga. Isteri juga mahukan segala urusan suaminya dipermudahkan di ‘sana’ nanti.
Begitu juga si ibu mendoakan anak-anak dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rumah tangga yang kekal harmoni dan sentiasa diberkati Allah SWT?
Hubungan baik dengan Allah SWT sangat perlu supaya kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Apabila kita sentiasa ingat pada-Nya, maka rumah tangga juga akan sentiasa harmoni. Melalui artikel di portal Ilmu Alam, ada banyak doa yang boleh diamalkan bagi menjaga kebahagiaan perkahwinan dan keluarga.
Baca Juga:
“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah
Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!
“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!
Ayuh, semak bersama dan amalkan dengan pasangan!
1. Doa Bahagia Suami Isteri
Digalakkan untuk dibuat setiap kali selepas solat, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat pasangan. Selain itu, boleh amalkan doa ini;
Maksudnya : “Katakanlah ya Muhammad! “Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.”
2. Doa Keluarga Sentiasa Bahagia
Sebagai ikhtiar untuk membuatkan keluarga sentiasa harmoni dan bahagia, doa ini boleh dijadikan amalan;
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”
Niatkan keikhlasan dalam hati ketika berdoa, yakinlah dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berdoalah dengan yakin dan pastikan kita menjaga adab. Semoga dengan amalan yang baik ini dapat melindungi hubungan suami isteri serta keluarga kita sentiasa di dalam perlindungan-Nya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI