Anak kita ni waktu kecil, senang je menurut kata. Tapi bila dah masuk remaja, lain pula ceritanya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’

Siapa yang tidak hiba apabila anak yang dulunya mudah ikut kata kini bertukar kepada peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu.

Doa Untuk Anak Dengar Kata & Kurang Nakal. Moga Tiap Masa Hati Anak Allah Jaga

Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 iaitu :

رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud : ‘Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami’.
Dalam doa ini, kata kuncinya terletak pada kalimah ‘Qurrata A’yun’. Kita perlu fahaminya agar doa yang diucapkan lebih mudah datang dari hati.

Istilah ‘Qurrata A’yun’ bermaksud ‘penyejuk hati’. Kefahaman mudahnya : apabila kita teringatkan anak, hati dipenuhi bahagia & bahagia. Anak yang membuatkan hidup kita terasa bermakna & dipenuhi ‘happiness’. Itulah maksud terma ‘Qurrata A’yun.

Doa Untuk Anak Dengar Kata & Kurang Nakal. Moga Tiap Masa Hati Anak Allah Jaga

Bagaimana sikap anak sebegini?

IKLAN

Saya punya contoh kecil untuk memperihalkannya. Anak kedua kami namanya Aqif Furqan. Saya masih teringat lagi moment ‘Qurrata A’yun’ darinya yang waktu itu berusia 5 tahun. Ketika itu, saya baru pulang ke rumah setelah penat seharian dengan tugasan kerja, mesyuarat, traffic jam & sebagainya.

Dalam keadaan penat & badan hampir ‘zero’ tenaga, tiba-tiba ada semangat luar biasa datang. Dan ia berpunca dari si comel ini.

Aqif bila nampak kereta ayahnya parking depan rumah, ia terus meluru keluar. Mukanya tersengih ceria meneriak, ‘Yay, babah dah balik’ dengan kedua tangannya menghulurkan cawan plastik biru kepada saya.

‘Babah cuba minum air ni. Sedaaap….’

Allahu. Anda dapat bayangkan betapa bahagianya hati saya. Anak yang innocent & ikhlas ini hanya tahu satu perkara sahaja : ayahnya yang dikasihi telah pulang. Ini waktu untuk ia tunjukkan ‘appreciation’.

IKLAN

Saya terus memangkunya & minum air dari cawan plastik biru itu. ‘Adik, air apa ni?’ Saya tanya. ‘Air kosonglah babah’, dia menjawab dengan muka bersahaja.

‘Tapi kenapa air ni rasa lain’?’ Saya meneguk dengan dahi berkerut.

‘Oooo, tadi adik makan biskut, tapi rasa dia tak best. Adik keluarkanlah kat air ni….’. Dia menjawab dengan jawapan penuh ‘ikhlas’.

Air kosong bercampur luahan biskut. Itulah air yang dihulurkannya. Tapi saya teguk juga, bukan sebab rasanya sedap sangat (huhu..) tetapi air ini berperisa istimewa.

Ia berperisa ‘Qurrata A’yun’. Happiness.

IKLAN

Anda tentu tersenyum ketika membaca kisah ini. Harapnya semua anak kita menjadi zuriat ‘qurrata A’yun’ : anak yang baik, kasihi & hormati ibu-bapa serta menjadi anak penyejuk jiwa.

Doa Untuk Anak Dengar Kata & Kurang Nakal. Moga Tiap Masa Hati Anak Allah Jaga

Anak yang bukan setakat pandai menurut kata tetapi prihatin terhadap keadaan kita. Anak yang ketika ia belikan makanan makanan untuk kita, ia tahu memilih juadah yang kita gemari. Jika ia belikan baju, itulah warna kesukaan kita.

Jika kita bermuram durja kerana suatu, ia bersungguh ambil tahu. Ketika kita sakit, ia sanggup ketepikan urusan kerja hanya untuk menemani kita di hospital.

Inilah anak ‘Qurrata A’yun’ yang didambakan. Amin, amin, amin. Dalam pada tu ulama pesan, jika kita inginkan hidup anak lebih berkah, kita boleh jemput keberkatan tersebut dengan berkongsi berkah kepada anak orang lain dengan amalan sedekah.

Kredit: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI