Ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan sihat dan aktif ditakdirkan terlantar dan mungkin tidak boleh membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya. Itu yang berlaku pada anak kecil ini, Adrian Harriz yang baru berusia setahun setelah jatuh dari babywalker.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu Adrian, Puan Haziren ini mungkin boleh dijadikan peringatan dan orang ramai boleh sama-sama mendoakan agar anak kecil ini terus kuat melalui kesakitan yang ditanggungnya.
Peristiwa hitam dalam hidup Adrian Harriz atau lebih mesra dengan panggilan ‘adik baby’ berlaku ketika dia berusia 7 bulan.
“Ketika kejadian adik baby baru 7 bulan. Waktu itu, papanya nak pergi ke tandas dan tak sedar adik baby ikut dari belakang. Sampai di dapur, tiba-tiba walker yang dinaikinya itu tersembam dan kepalanya dulu jatuh ke depan. Tetapi lepas terjatuh, dia okay sahaja, tak ada darah atau muntah.
“Keesokkan harinya baru dia demam dan saya membawanya ke klinik. Waktu itu, mereka hanya sahkan demam biasa sebab terkejut daripada jatuh. Namun selepas itu, dia demam ‘on-off’ beberapa hari sehingga nampak tidak aktif dan lemah.
“Disebabkan rasa tak sedap hati dan naluri sebagai seorang ibu, kami suami isteri ambil keputusan bawa Adrian ke hospital. Doktor terus scan dan mendapati berlaku bengkak di dalam kepala adik baby sebab ada lebihan air. Bila doktor buang air di dalam kepalanya baru tahu ada jangkitan kuman,” katanya.
Tambah Haziren, sehingga hari ini, setiap hari ke 10 perlu tukar tiub di kepala adik baby selagi ada kuman di kepalanya.
“Saya minta doakan adik baby pulih seperti sedia kala. Adik baby sangat kuat semangat. Alhamdulillah, perkembangan yang positif adik baby dapat gerakkan kaki dan tangan, itu pun sudah bersyukur,” tulisnya di Facebook.
Ads
Dah 5 bulan berada di hospital
Difahamkan, sejak dimasukkan ke wad bulan Oktober tahun lalu, sehingga kini dah 5 bulan adik baby berada di dalam wad. Terbaru sudah 13 kali menjalani pembedahan di kepala dan satu di lutut akibat jangkitan kuman.
“Sekarang ini pun, Adrian masih dalam ICU dan menggunakan tiub pernafasan kerana oksigennya masih belum stabil. Sejak dia menerima rawatan di hospital kami tak boleh melawat dan boleh tahu perkembangannya hanya melalui jururawat dan doktor saja.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh ibu ini, pada pukul 4 pagi, secara tiba-tiba adik baby tidak ada respon. Oksigen ketika itu turun hingga bacaan 42 peratus.
Ads
Ibu mana yang tak sedih melihatkan anak yang masih kecil diberi ujian sebesar ini. Namun, saya harus kuatkan semangat dan percaya ada keajaiban dari Allah selepas ini.
“Lepas masuk ICU, anak saya terpaksa pakai intubate sebab oksigen dia tak stabil…”
Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan melihat Adrian Harriz untuk pulih seperti anak-anak yang lain walaupun doktor tak meletakkan harapan tinggi untuknya kembali hidup normal.
Ads
Harapan saya juga, semoga doa kalian dapat beri kekuatan pada Adrian dan Allah angkat segala kesakitannya dengan memberikan kesihatan yang baik serta dapat kembali melihat senyumannya. Amin Ya Rabbal Alamin
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Risaunya, macam mana nanti dah stop bagi susu badan, tapi si kecil ni dah nak masuk 2 tahun” Ramai ibu-ibu yang tidak bersedia untuk menghentikan penyusuan badan malah tidak yakin dapat melakukanya.
Bagaimana caranya untuk menghentikan pemberian susu ibu? Ikuti perkongsian daripada Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose.
Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasihi dan dilindungi.
Oleh itu bila mahu berhenti menyusukan anak kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai para ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah dua tahun. Kemudian barulah kelam kabut untuk menghentikan anak menyusu.
Oleh kerana kita kurang faham apakah maksud menyusu itu kepada anak itu, maka kemungkinan besar kita para ibu mudah gagal dan stres bila cuba menghentikan anak menyusu badan atau botol.
Apa yang anda boleh lakukan?
1- RANCANG Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu.
2- PROGRAMKAN Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut birthday kedua contohnya, dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.
3- UBAH CARA MENYUSU Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar. Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.
4- SATU CARA BARU Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia…apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.
5- SELL Faham bahawa anak itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL and SELL tanpa marah!
6- YAKIN Anda sebagai ibu dan bapa yakin dia boleh berhenti menyusu badan dengan mudah!
7- DOA Berdoa kepada Allah, agar usaha anda ini dipermudahkanNya.
Mudahkan bila ada ilmu. Insyaallah, tiada yang sukar sebenarnya. Teruslah upgrade diri dengan ilmu. Ibu doakan semoga anda semua mampu menjadi ibu yang bijaksana dan tenang. Semoga Ibu hari ni memberi manfaatbuat anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru-baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance.
Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak-kanak yang dijangkiti difteria ketika penularan wabak itu pada tahun 2018. Dia yang bertugas di sebuah hospital di selatan tanah air ini menceritakan kesan buruk yang terjadi kepada kanak-kanak dan bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin.
ANGGAPLAH SAYA SEORANG SAKSI, BUKAN DOKTOR
….ATAU PUN KADAR ANTIVAKSIN LEBIH BANYAK, SAYA MAHU BERSANGKA BAIK
Susu yang semakin berkurangan menjadi mimpi ngeri buat ibu yang menyusukan anak. Istilah “pump today for tomorrow” sememangnya menakutkan ibu yang menyusukan anak.
Apabila ibu mula bekerja, secara tidak langsung, ibu sudah tidak lagi dapat mengekalkan “demand & supply”. Ini kerana ibu akan memerah susu setiap 3 jam sekali atau 2 jam sekali atau tergantung dengan seberapa kerap ibu mengatur jadual.
Apa yang pasti, kekerapan ibu memerah susu, tidak akan pernah dapat menandingi kekerapan demand/ permintaan dari bayi semasa ibu sedang bersama mereka. Akibat dari permintaan yang semakin kurang ini, di tambah pula dengan stress pada saat bekerja akan membuat susu ibu semakin berkurangan.
Praktik 3 Cara
1. Power pumping sekali seminggu
Apakah sebenarnya tujuan kita melakukan power pumping ini? Power pumping ni adalah “clustwr feeding”. Ia sebenarnya terjadi pada saat anak kita mengalami “growth spurt” atau aselerasi pertumbuhan.
Pada saat ini anak akan kerap meminta susu. Bukan kerana susu ibu tidak cukup, tetap mereka memerlukan kalori yang lebih tinggi dalam menampung tumbesaran mereka yang sedang pesat.
Namun ibu perlu elakkan membuat power pumping pada hari bekerja kerana badan yang letih akan hanya membuatkan susu drop dengan lebih teruk lagi. Ibu harus menjaga kesihatan dan masa rehat agar susu drop tidak mudah menjengah. Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik kuasa ganda. Cara-caranya adalah seperti berikut:
10 minit perahan kiri dan kanan serentak 10 minit istirahat 10 minit perahan kiri dan kanak serentak 10 minit istirahat 10 minit perahan kiri dan kanan 10 minit istirahat. Total masa: 1 jam.
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal, caranya adalah seperti berikut: 10 minit perahan kiri 10 minit perahan kanan 10 minit perahan kiri 10 minit perahan kanan 10 minit perahan kiri 10 minit perahan kanan Total masa: 1 jam.
Cukup hanya dengan sekali seminggu. Jangan terlalu stress dengan bekalan susu yang semakin menurun. Bila ibu bertambah risau, susu akan semakin berkurangan. Percayalah dengan pengurusan masa yang baik, semuanya tidak akan menjadi huru-hara.
2. Jaga pemakanan
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah terlewat makan, tidak sempat makan dek kerana kerana kesibukan kerja. Namun itu semua boleh di tangani sekiranya kira meletakkan diri kita lebih utama berbanding kerja.
Ibu bukannya tidak ada masa, tetapi tidak meletakkan ia pada posisi yang betul. Dan ia belum menjadi habit atau rutin. Ibu tidak berlu makan nasi yang banyak tetapi perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti yang disarankan oleh KKM, suku suku separuh.
Pada saat kita menyusu, nutrisi seperti kalsium, lemak, omega 3 , zat besi dan perlbagai lagi nutrisi penting turut tersalur keluar dalam pembentukan susu untuk si comel kita. Dan sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang cukup dalam kadar yang betul, nutrisi itu akan terus di ambil dari tulang dan sebagainya. Bukan kah itu sesuatu yang sangat merugikan kesihatan ibu? Pastikan ibu makan pada waktu yang tepat dan juga memilih makanan yang bernutrisi tinggi.
3. Teruslah mengepam dengan kerap
Tip paling efisyen dan dapat menjayakan kembalinya susu adalah teruslah mengepam dengan kerap seperti biasa. Jangan sesekali terlepas kitarannya kerana inilah yang membuatkan susu makin menurun.
Semakin kurang demand, maka semakin rendahlah supply. Elakkan stress di tempat kerja dan teruslah mengepam dalam keadaan gembira dan teruja bagi mengeluarkan hormon prolaktin yang bertanggungjawab merangsang penghasilan susu.
Selepas beberapa minit penyusuan berlangsung, hormon prolaktin akan di rembeskan ke dalam darah selama kira-kira 30 minit selepas setiap kali penyusuan. Rembesan hormon prolaktin ketika penyusuan ini akan menyebabkan payudara menghasilkan susu untuk penyusuan berikutnya.
Oleh kerana itu penyusuan yang kerap di katakan membantu dalam penghasilan susu bukan milkbooster semata-semata, “More demand more supply!”.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.