“Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita.. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan wife saya.” Ini antara perkongsian dari Datuk Fizz Fairuz dalam entri instagramnya selepas isteri, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.

Menurut Fizz, Almy Nadia disahkan mempunyai batu karang dalam hempedu selepas dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Setapak.

Batu karang dalam hempedu

Berkongsi perkembangan isterinya kepada Gempak, Fizz menyatakan Almy berada dalam keadaan stabil ketika ini.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Almy ada batu karang dalam hempedu. Dia baru selesai melakukan ultrabunyi. Keadaan dia tak kritikal tetapi banyak la batu halus.

Doakan Almy Sihat. Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu 

IKLAN

“Doktor syak ada batu karang jatuh ke dalam usus. Itu yang perlu kepastian sama ada betul atau tidak.

ARTIKEL MENARIK [“Lapan Tahun Kahwin, Ni Yang Saya Amalkan,” Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Untuk Para Suami!]

“Doktor cuba untuk mengesahkannya melalui pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Bila dah buat baru kita tau keadaan sebenar,” katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Doakan Almy Sihat. Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu 

IKLAN

Tambah Fizz, selepas keputusan dikeluarkan baru boleh memutuskan rawatan yang akan dilakukan.

“Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja,” katanya lagi.

Jangan makan jamu!

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin turut berpesan agar tidak mengambil jamu dalam kehidupan harian.

IKLAN

“Awas!! Jangan makan jamu. Bahaya,” kata Fizz mengakhiri perbualan.

Sebelum ini, Fizz berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Sumber: Gempak & ig Fizz Fairuz

**Nantikan Pa&Ma Journey Bersama Jovianina Musim ke-8 di saluran 104/124 setiap hari Rabu jam 9 malam dan ulangannya Ahad, 9.30 pagi.

Doakan Almy Sihat. Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI