“Doakan semoga anak-anak saya cepat sihat dan terus kuat. Kini tiga daripada empat anak saya disahkan Covid-19 selepas ada ahli keluarga terdekat yang turut positif virus ini.” Kongsi Nesra Ayob, 25, ibu kepada empat orang anak yang menetap di Lahad Datu Sabah.
Terpaksa berpisah dengan 3 anak lelaki
Menurut Nesra, setakat ini hanya dia dan anak sulungnya berusia 6 tahun sahaja yang negatif ujian Covid-19. Tiga lagi anak berusia 4, 2 dan 14 hari dalam pantang disahkan positif dan terpaksa dikuarantin untuk menerima rawatan lanjut.
“Sekarang tiga anak lelaki diletakkan di pusat kuarantin manakala saya dan bayi perempuan yang masih dalam pantang ini berada di hospital untuk rawatan susulan.
“Lagi sedih, suami juga tak boleh bersama kerana dia bekerja luar dari kawasan dan hanya mendoakan dari jauh untuk kami anak beranak,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut, Nesra berkata, ketika 20 November lalu, Kementerian Kesihatan ada buat saringan di kawasan tempat tinggal saya bersama ahli keluarga.
Pada 25 November, dapat keputusan ada ahli keluarga saya di dapati positif. Pada hari yang sama kami sekeluarga telah dibawa oleh pihak KKM untuk menjalankan kuarantin sekaligus buat ujian swab. Kemudian selepas 5 hari, dapat keputusan tiga anak saya disahkan positif.
“Waktu tu rasa terkejut dan paling sedih saya terpaksa berpisah dengan 3 anak lelaki hingga hari ini,” kongsinya.
Bayi terima rawatan di hospital
Tambah Nesra, sekarang ni dia mengharapkan kesihatan bayinya berada dalam keadaan baik sebelum dapat ke pusat kuarantin semula bersama dengan tiga abangnya. Doktor akan pantau dulu dalam tempoh 4 hari ni selepas dimasukkan ke hospital semalam (2 Disember).
Walaupun terpaksa berpisah sementara, syukurlah tiga anak-anak semuanya ok berada di sana. Mereka tetap aktif bermain dan sentiasa ada selera untuk makan.
Sumber: Nesra Ayob
**Teringin nak dapatkan keperluan anak, boleh tengok di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)