“Doakan Anaqi Kuat, Cepat Sedar..Sekarang Ummi Fobia Nampak Kucing Sakit.”

Share

Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak yang sihat dan aktif kini terbaring dan bergantung dengan menggunakan alat bantuan pernafasan selepas mulanya demam dan mengalami sawan.

Menurut ibu adik Muhammad Sayyid Anaqi, Puan Nurli binti Isnin Nuli di Facebooknya, keadaan Anaqi masih belum stabil sepenuhnya sebab doktor belum tahu jenis jangkitan kuman di otaknya.

Keputusan makmal dan doktor pakar sahkan Anaqi negatif virus Influenza. Ada virus lain yang serang Anaqi. Perlu ambil air tulang belakang untuk kenal pasti virus yang menyerangnya.

Doktor juga dah standby untuk supply darah sekiranya bacaan darah Anaqi drop. Kemungkinan mengambil masa beberapa minggu atau sebulan untuk sembuh bergantung pada recovery pesakit dan semangat pesakit.

Keadaan Anaqi 13/7 dan 14/7

Saya dan suami tawakkal sepenuhnya pada Allah, berserah sepenuh hati. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan. Hari Rabu doktor dah ambik air tulang belakang.

Keputusan air tulang belakang perlu tunggu 10 hari waktu bekerja, doktor bagitahu sample air tulang belakang akan di hantar ke makmal Hospital Kuala Lumpur, untuk tahu virus apa yang menyerang otaknya.

Doktor masih tidurkan dia.. dan masih on antibiotik. Bacaan darah merah dah mula stabil..Bacaan tekanan darah juga dah menunjukkan stabil tapi ada ubat support jantung lagi cuma dosnya di rendahkan..

“Ada pegang dan main anak kucing sakit..”

Ramai yang bertanya macam mana boleh jadi macam nie..Anaqi mula demam selepas main tanah di depan rumah. Dia guna peralatan ceduk dan masukkan tanah di botol dan saya perasan ada najis kucing di situ. Saya melarangnya terus dia masuk ke rumah..

Deman on off dalam beberapa hari, dia sihat lepas makan ubat demam. Aktif dan ceria. Selepas baik demam dia ada pegang anak kucing yang sakit, yang berair mata, yang berlendir mulut dan kucing kurus tue tidak bermaya. Dia pegang dan main kucing tue di belakang rumah, saya melarangnya.. dan dia masuk rumah semula.

Start dari itu dia demam lagi dalam beberapa hari. Bagi ubat demam ok, dan kembali demam semula, sampailah muntah, tak lalu makan. Balik ke kampung dia nampak ok..panas badan pun dah kurang.

Badan makin lemah, reaksi badan tak normal

Start jumaat pagi badan dia dah mula lemah, tidur sahaja, jalan tak betul, tak nak makan tak nak minum, bercakap pun tidak. Hantar ke klinik swasta 2 tempat. Doktor tak dapat detect sakit apa..doktor bagitahu suhu badan tak panas sangat dan ada tonsil serta kurang minum air. Dan doktor klinik swasta suruh terus ke Hospital Baling..

Sepanjang di situ, Anaqi menunjukkan reaksi badan yang pelik, muka terherot, kaki dia terangkat, tangan terherot-herot.. air liur meleleh, kancing gigi, check suhu tak demam tinggi sangat.

Nurse yang melawat bagitahu yang Anaqi kena sawan.. terus doktor bergegas masukkan ubat sawan.. tapi kejadian sawan tue berulang lagi.. dan bacaan oksigen dah mula tak stabil dan semakin menurun.

Terpaksa ditidurkan

Doktor decide untuk tidurkan dia, sebab ada 2 risiko akan berlaku jika dia tidak di tidurkan..

Bila oksigen tak sampai ke otak dia boleh lumpuh seumur hidup..Bila oksigen tak sampai ke jantung dia boleh pergi buat selama-lamanya..

Allah Maha Baik, Allah mudahkan semuanya.. alhamdulilah urusan Anaqi di mudahkan, doktor berjaya pasang tiup pernafasan dan tidurkan dia dan transfer Anaqi dari Hospital Baling ke Hospital Alor Star.

Anaqi seorang anak yang ceria dan aktif. 25 November depan genap usianya 5 tahun

Sebab di Hospital Alor Star ramai pakar dan mesin …ummi teman Anaqi..Sampai Alor Star dalam jam 8 lebih terus masuk ke PiCU. Doktor pakar berkumpul untuk bantu selamatkan Anaqi..

Ummi menunggu setia di luar dengan bertemankan air mata, sambil mendengar alunan takbir hari Raya. Ummi jadi fobia bila nampak kucing sakit sekarang ini.

Alhamdulilah Allah datangkan kekuatan luar biasa, walaupun hati ummi umpama tisu.. ummi yakin Anaqi ummi akan sihat seperti dulu. Berserah sepenuhnya kepadaMu Ya Allah.

Kredit: Nurli Binti Isnin Nuli

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
Wan Amy