“Kalau rindu awak, anak la pengubatnya. Terima kasih tinggalkan kenangan paling mahal ini pada saya. Saya janji akan jaga sebaik mungkin.” Itu luahan Izrul Mat Taib di status terbaru Facebooknya selepas kehilangan isteri ketika sedang berpantang baru-baru ini.

Menurut Izrul, walaupun sudah dua minggu hilang insan tersayang rasa seperti lama sangat arwah pergi meninggalkannya sekeluarga.

“Doakan Ayesha Cepat Sihat. Inilah Kenangan & Ubat Rindu Saya Pada Arwah Isteri”

“Baru dua minggu awak meninggalkan kami, terasa lama sangat awak pergi tinggalkan saya dan Ayesha. Terima kasih sebab tinggalkan kenangan ini pada saya. Terima kasih juga sebab jaga saya selama setahun kita berkahwin. Saya akui sangat bahagia cuma Allah lebih lagi menyayangi awak.

“Sekarang sayalah ibu dan ayah pada Ayesha. Selagi ada kekuatan saya akan buat yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

“Doakan Ayesha Cepat Sihat. Inilah Kenangan & Ubat Rindu Saya Pada Arwah Isteri”

Cuti sebulan jaga anak 

Izrul juga menyatakan, walaupun kini terpaksa bercuti sebulan dan masanya banyak dihabiskan di hospital jaga Ayesha ujian ini tandanya Allah sayang.

“Memandangkan Ayesha masih lagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman selepas orang ramai datang ziarah jenazah ibunya, saya bersyukur dah nampak perubahan.

“Sebelum ini doktor dah ambil air tulang belakangnya untuk mengetahui kuman jenis apa dalam badannya, cuma keputusan belum diketahui. Mungkin dalam seminggu lagi kena on antibiotik untuk mematikan kuman dalam badannya.

“Jika keadaan makin stabil, bantuan oksigen akan dihentikan secara berperingkat jika Ayesha dah boleh bernafas sendiri,” jelasnya.

Ads

“Doakan Ayesha Cepat Sihat. Inilah Kenangan & Ubat Rindu Saya Pada Arwah Isteri”

Ayesha macam faham ibu dah tiada 

Berkongsi mengenai perkembangan Ayesha selepas kehilangan ibunya, Izrul menjelaskan Ayesha seolah-olah memahami ibunya dah tiada buat selamanya.

“Walaupun hanya sekejap merasai kasih sayang ibu, Ayesha sangat suka dengan kehadiran orang perempuan disekelilingnya tambah-tambah emak saudaranya.

ARTIKEL BERKAITAN [“Saya Tidur Ni Dah Tak Bangun. Tarikh Due Date Lahirkan Ayesha , Awak Pergi.”]

“Saya boleh nampak dia begitu gembira bila dapat dipeluk oleh emak saudaranya ketika menjaganya di hospital dan tak banyak ragam. Mungkin aura seorang ibu itu lain berbanding dengan bapa. Dari raut wajahnya pun cukup ceria bila nampak orang perempuan.

Ads

“Doakan Ayesha Cepat Sihat. Inilah Kenangan & Ubat Rindu Saya Pada Arwah Isteri”

“Tapi selagi saya ada kekuatan, saya berjanji akan jaga dan didik Ayesha jadi anak yang solehah dan dapat mengembirakan arwah isteri di sana nanti,” katanya.

Izrul menambah lepas ni dia akan lebih cerewet dan tidak akan mendedahkan Ayesha di tempat orang ramai bagi mengelakkan kejadian kali kedua berlaku lagi.

“Selepas ini saya cuba akan hadkan orang pegang dan peluk ciumnya. Apabila saya mula kerja semula nanti, mungkin Ayesha akan dijaga oleh mak dan sebelah malamnya saya akan ambil alih untuk menjaganya pula.

“Inilah pilihan yang ada buat masa sekarang untuk pastikan Ayesha betul-betul sihat,” ujarnya.

“Doakan Ayesha Cepat Sihat. Inilah Kenangan & Ubat Rindu Saya Pada Arwah Isteri”

Ads

Sebelum ini kisah Izrul viral apabila arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia selepas sehari demam dan doktor sahkan ada darah beku di jantungnya.

Pada hari arwah meninggal adalah tarikh sepatutnya dia melahirkan Ayesha namun perancangan Allah lebih dari segalanya kerana arwah telah selamat bersalin awal di usia kandungannya 34 minggu dengan selamat.

Sepanjang berpantang juga arwah seolah tahu dia akan pergi buat selamanya apabila banyak menyerahkan tugas menjaga dan mengurus bayi pada suami dan seperti tidak mahu terlalu rapat.

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI