“Kami anggap ni sebagai ujian untuk kami. Doakan anak kami sihat..” Itu doa yang diminta oleh seorang ibu dikenali sebaga Anis Nur Elyani selepas dia dan suami disahkan sebagai pembawa Talasemia.
Sebagai ibu, hanya doa yang tak putus dan memohon perlindungan Allah agar permata hati tercinta yang dilahirkan beberapa bulan lalu dapat membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.
Melalui perkongsian video di TikTok Anis Nur Elyani, tak sangka masalah Hemoglobin (HB) rendah yang dialami ketika mengandung menjadi pencetus kepada keputusan yang dia dan semua pembawa Talasemia.
@anselyni Kami anggap ni sebagai ujian untuk kami. Doakan anak kami sihat😊 #talassemia #cintatalassemia ♬ bunyi asal – MSH Edits – Boss Mario
Selepas ujian yang dilakukan, doktor telah mengesahkan bahawa dia dan suami merupakan pembawa Talasemia.
Menurut Anis, sebelum kahwin, kami langsung tak pernah tahu kami berdua pembawa Talasemia.
Sebagai seorang ibu yang sudah berkorban nyawa melahirkan anak, sudah pasti dia begitu risau memikirkan kesihatan anaknya dalam jangka masa panjang.
Doktor kata kena tunggu umur baby 6 bulan ke atas untuk tahu keadaan Talasemia.
Anis memaklumkan anaknya itu berada dalam keadaan baik. Namun, masih belum mengetahui tentang perkembangan sebenar mengenai risiko mewarisi Talasemia.
Tiada lain yang kami pinta, doakan anak kami Athia El Inara membesar dengan sihat dan bebas penyakit.
“Aunty uncle doakan Athia ya..”
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi kata-kata semangat dan respon positif, malah mendoakan bayi berusia 3 bulan itu terus diberikan kesihatan yang baik.
“Semoga baby sentiasa sihat. Semua ni hanya kuasa tuhan. Saya dan husband pun pembawa Thalasemia. Semoga anak-anak sihat sahaja” tulis seorang pengguna TikTok.
Kredit: Anis Nur Elyani & Kisah Dunia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)