Rezeki Allah! Itu antara perkongsian dari Abby Abadi setelah menerima seorang anak angkat lelaki, semalam.

Menerusi entri di instagramnya, Abby dan suami, Faizal Zakaria begitu bersyukur dengan pemberian dari Allah ini dan mengharapkan semua urusan dokumentasi dipermudahkan.

Walaupun Abby baru keluar dari hospital akibat batuk berdarah, demam dan darah tinggi, nampaknya Allah dah buat percaturan terbaik.

“Rezeki. Terima kasih Allah, dah ada bayi lelaki. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.

“Keluar hospital terus kita pergi ambil bayi ini. Nama pun tiada. Nanti saya kongsi gambar ye,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon yang pernah popular dengan drama Gerak Khas itu turut memberitahu kepada peminat bahawa dia dan suami, Faizal Zakaria sedang mencari seorang anak angkat.

IKLAN

“Doakan Bayi Ini Jadi Al Hafiz Macam Abang Danish”. Impian Abby Untuk Anak Angkatnya

“Saya hendak mencari bayi untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh kongsi info di mana saya boleh mengambil atau pergi tengok?

“Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas ingin menjaga anak itu sebaiknya,” tulis Abby lagi.

?? . Ambil Baby yg baru berusia 9hari ni terus gi shopping beli brg2 Baby.. Terserempak Oman, Memey & anak2 kat Wangsa Walk. Oman terus ambil video dulu. Walaupun rasa tak aci, takpelah.. kita pun tak nyempat nak ambil hihi ? . Repost from @normanhakim_786 @TopRankRepost #TopRankRepost ‘Baby baru’ abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n ‘family member’ baru kitaorang semua!❤️? . . Rezeki Allah..baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak ‘anak’ & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia.Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras ‘adik beradik’ dia yang lain . . Welcome onboard anak…awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak2 tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

IKLAN

Abby dan suami teruja

Bayi lelaki yang masih lagi belum diberi ini dah menjadi kesayangan ahli keluarga Abby.

Setakat ini Abby masih lagi mencari nama sesuai untuk bayinya itu sama ada akan meletakkan nama dengan Muhammad F_____ F_____ atau Muhammad D______ F_____.

IKLAN

Sementara itu, video yang dikongsikan Abby juga menunjukkan suaminya tak kekok memandikan bayi walaupun mereka tiada anak kecil sebelum ini.

“Doakan Bayi Ini Jadi Al Hafiz Macam Abang Danish”. Impian Abby Untuk Anak Angkatnya

Pujian juga harus diberikan kepada Abby dan Faizal kerana mereka turut mendoakan bayi ini membesar menjadi anak yang soleh dan bergelar Al Hafiz macam abang Danish serta menjadi hamba yang kuat membantu agama Allah.

Semoga Allah reda bayi ini menjadi bayi kami suami isteri. Amin!

Sumber: instagram Abby Abadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI