Rezeki Allah! Itu antara perkongsian dari Abby Abadi setelah menerima seorang anak angkat lelaki, semalam.
Menerusi entri di instagramnya, Abby dan suami, Faizal Zakaria begitu bersyukur dengan pemberian dari Allah ini dan mengharapkan semua urusan dokumentasi dipermudahkan.
Walaupun Abby baru keluar dari hospital akibat batuk berdarah, demam dan darah tinggi, nampaknya Allah dah buat percaturan terbaik.
“Rezeki. Terima kasih Allah, dah ada bayi lelaki. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.
“Keluar hospital terus kita pergi ambil bayi ini. Nama pun tiada. Nanti saya kongsi gambar ye,” tulisnya.
Sebelum ini, pelakon yang pernah popular dengan drama Gerak Khas itu turut memberitahu kepada peminat bahawa dia dan suami, Faizal Zakaria sedang mencari seorang anak angkat.
“Saya hendak mencari bayi untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh kongsi info di mana saya boleh mengambil atau pergi tengok?
“Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas ingin menjaga anak itu sebaiknya,” tulis Abby lagi.
Abby dan suami teruja
Bayi lelaki yang masih lagi belum diberi ini dah menjadi kesayangan ahli keluarga Abby.
Setakat ini Abby masih lagi mencari nama sesuai untuk bayinya itu sama ada akan meletakkan nama dengan Muhammad F_____ F_____ atau Muhammad D______ F_____.
Sementara itu, video yang dikongsikan Abby juga menunjukkan suaminya tak kekok memandikan bayi walaupun mereka tiada anak kecil sebelum ini.
Pujian juga harus diberikan kepada Abby dan Faizal kerana mereka turut mendoakan bayi ini membesar menjadi anak yang soleh dan bergelar Al Hafiz macam abang Danish serta menjadi hamba yang kuat membantu agama Allah.
Semoga Allah reda bayi ini menjadi bayi kami suami isteri. Amin!
Sumber: instagram Abby Abadi