Itulah namanya rezeki. Anak sulung masih belum cukup setahun, penyanyi Ippo Hafiz mengumumkan perkhabaran gembira kehamilan kedua isterinya yang kini sudah pun tiga bulan.
Perkhabaran gembira itu disampai Ippo menerusi Instagramnya. Katanya lagi, keadaan isterinya yang melalui fasa pertama kehamilan itu kini baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah, segala pujian milik ALLAH, kandungan baby dalam perut dah masuk 3 Bulan, doakan ya buat kami.
“Moga dapat zuriat yang soleh atau solehah, ALLAH berkati & ALLAH lindung hingga proses kelahiran kelak,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, Ippo turut berharap agar peminatnya turut sama mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi dalam kandungan hingga detik melahirkan kelak.
“Doakan bidadari saya juga ya, yang lain kami serahkan pada ALLAH mengatur semuanya,” katanya menerusi Instagram.
Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata peminat turut sama mengucapkan tahniah dan turut mendoakan penyanyi dan komposer yang berbakat besar ini.
Terdahulu, Ippo mendirikan rumah tangga bersama Norfarahin Mohd Roslan pada 24 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Yusof Zarin Nur yang dilahirkan pada 6 Ogos tahun lalu. Ippo turut mempunyai seorang anak angkat, Cinta Rizky Amanda yang kini berusia 4 tahun.
Menarik:Kakak Gelak Kemain Comel, Adik Afwa Dah Pandai Meniarap, Aafiyah Yang Teruja
Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ippohafiz