Besarnya ujian adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ads
Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
Ads
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
Ads
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Faktor usia bukan halangan. Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam.
Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya, Awie menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh peminatnya.
“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.
Tidak mendedahkan jantina, namun melalui perkongsian dan komen di kapsyen, peminat mendedahkan Awie menimang seorang bayi lelaki pelengkap bahagianya bersama isteri tercinta.
Terdahulu melalui beberapa perkongsian video yang sering dimuat naik Awie menerusi instagramnya, Awie turut mengemas kini mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya melalui pemeriksaan bulanan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Perkongsian status Awie itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalannya. Tidak kurang juga para peminat yang mengikutinya di Facebook.
Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Malah menerusi satu entri di instagramnya, Awie turut memaklumkan masanya untuk bertemu bayi keenamnya itu hampir tiba.
“Alhamdulillah, 35 minggu berlalu. Masa dah hampir bertemu.
“Ampang Puteri pilihan ku , berpuluh tahun kami di situ , dr anak ku yg nombor satu,”kongsi Awie lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, pada Oktober 2016 lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia. Awie turut mempunyai lima orang cahaya matanya bersama bekas-bekas isterinya yang lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kehadiran cecair atau lendir daripada hidung, tekak dan mulut si kecil biasanya disebut sebagai kahak (mucus) atau hingus merupakan perkara biasa. Tetapi, bayi akan berasa tidak selesa dengan kehadiran lender ini kerana mengganggu pernafasan mereka.
Lendir ini umumnya memainkan peranan dalam memastikan bayi sihat dengan membantu mengekalkan kelembapan pada hidung, mulut dan tekak bayi. Ia juga melindungi bayi dengan menghalang kuman daripada masuk ke dalam tubuh si kecil.
Akan tetapi jika lendir tersebut berlebihan, lendir ini perlu dikeluarkan kerana ia boleh menyebabkan hidung dan tekak bayi tersumbat. Lendiran ini juga boleh menandakan bahawa terdapatnya penyakit atau jangkitan pada badan anak.
Sebagai ibu bapa, tidak perlu khawatir kerana terdapat cara untuk membuang lendir ini daripada tekak atau hidung anak. Ibu bapa juga haruslah tahu juga punca mengapa terdapat lendir di tekak dan hidung anak.
Menurut Dr Nurul Husna, ibu bapa tidak boleh boleh biarkan bayi sesak nafas. Ibu bapa harus pantau dan rawat anak yang sesak nafas. Jom lihat cara hilangkan kahak bayi yang dikongsikan oleh Dr Nurul Husna melalui video di akaun TikToknya.
Rahim adalah organ yang banyak salur darah bila wanita sedang hamil. Sebarang kecederaan di situ semasa proses kelahiran bayi boleh mengundang pendarahan teruk sama macam air paip mengalir.
Ia bukan cakap tanpa fakta dan bukti tetapi pernah disaksikan sendiri oleh seorang jururawat perbidanan, Nor Azniza yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang perbidanan. Beliau berkongis ilmu serta mengingatkan risiko yang mungkin ada kepada ibu-ibu muda masa kini yang terfikir untuk memilih proses kelahiran bayi di rumah sendiri.
supaya org tak salah faham
peroses bersalin memang fitrah. tapi ia juga berisiko. kalau tak manakan dtg ayat “ibu yg mati bersalin tu ,mati syahid”.. maksudnya? tak semua org selamat.
tak boleh samakan mariam a.s dgn kita. mariam a.s dia adalah rahmatan lil alamin. wanita yg melahirkan seorg nabi. itu Pun Allah hantarkan jibrail utk membantu. suruh Mariam a.s goncang pokok kurma. supaya ada tenaga, utk mariam a.s melahirkan, menjaga bayinya nanti.
kenapa kurma glamour?
mak2 nak veranak biasanya tak lalu makan. jadi kita encourage ibu utk makan sikit tapi kalori dapat byk utk menjana tenaga. dulu2 kalau nak bagi tenaga pada ibu bersalin kita suruh ambil coklat. tapi coklat bukan makanan sebenar. ia prosesing food yg tinggi gula. sedangkan kurma real food. nabi muhammad s.a.w ambil 2 ulas aje dah cukup…jadi itu pasal kurma menjadi pilihan.
dulu ada ibu minta nasihat, utk boleh tak dia bersalin kat rumah with 2 prev czer utk kandungan ke3 nak cuba normal. saya kata timbangkan balik. memang rahim pecah tu percent kecil. tapi kalau ia berlaku tak de sapa boleh stop proses tu. tak ada tanda. kalau dah pecah baru ada tanda.
rahim pecah bukan mitos… dan saya tak boleh jamin anda dlm group yg percent kecil tu. dah 15 tahun dlm bidang midwifery ni. saya dah pernah tgk. bila jadi dan salah seorg tak selamat. atau dua2 tak selamat. masa tu semua org akan blame each other. semua org akan depression baik dari side medical team dan side keluarga timbangkan dan fikirkan baik2. kalau puan berkeras juga saya nasihat buat di hospital. cari doktor yg support. tapi bukan dirumah.
rahim adalah diantara organ yg banyak salur darah bila kita hamil…sebarang kecederaan di situ mengundang pendarahan yg menggila. mungkin anda semua tak pernah lihat pendarahan bagaikan air paip yg mengalir.
pendarahan yg tdk dpt dikawal hingga mengganggu enzim pembekuan darah . menyebabkan semua rongga di tubuh ibu tersebut berdarah. hidung, telinga,mata, mulut…yg ini kita panggil DIVC (DISSMINATED INTRAVASCULAR COAGULATION).. KES BEGINI TERJADI BILA IBU MENGALAMI PENDARAHAN LAMBAT MENERIMA BANTUAN PERUBATAN. jika berlaku dirumah , tiada bantuan yg cepat boleh diberikan jika berlaku rahim pecah.
kenali tubuh anda…jika anda ibu berisiko tinggi. jangan sesekali nak samakan dgn ibu berisiko rendah… apa jua jenis kelahiran yg anda lalui tdk mengurangkan perasaan keibuan anda
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.