“Doakan Bilal, Sakitnya Dah Makin Kronik.” Derita Kepala Membesar Sehingga 28kg

Share

Besarnya ujian adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.

“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.

“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.

“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.

“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.

“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.

“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.

“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.

Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.

“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.

“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.

Kredit: Metro

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy