Rezeki anak untuk setiap pasangan tak sama dan semua itu rahsia Allah. Begitu juga bagi pelawak terkenal, Achey dan isterinya, Nur Hasanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne yang sehingga kini masih tak berputus asa untuk mendapat zuriat sendiri.

Sempena ulang tahun kelahiran Achey yang ke-36, Anne telah menitipkan ucapan istimewa buat suaminya dan berkongsi perjalanan mereka dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Doakan Kami, 11 Tahun Menanti.” Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali IVF

Setelah menjangkau 11 tahun perkahwinan, Anne menerusi instagramnya berkongsi pengalaman pertama menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

 “Happy birthday sayang. Tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin

“Doakan Kami, 11 Tahun Menanti.” Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali IVF

“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan.

Ads

“Kami kongsikan perjalanan kami pertama kali buat IVF 06/08/2022,” tulisnya.

“Doakan Kami, 11 Tahun Menanti.” Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali IVF

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas positif daripada orang ramai dan masing-masing mendoakan yang terbaik buat Achey dan Anne.

“Dr ni sangat famous untuk IVF dan berjaya. Moga Allah mempermudahkan buat akak dan abang. 😍 Selamat Hari lahir abang Achey.”

“Semoga dipermudahkan urusan Anne dan suami…Aamiin Ya Mujib❤️”

Ads

“SubhanAllah, InsyaAllah semoga Allah kurniakan rezeki buat semua yang menanti cahaya mata.. Amin”

“Semoga dipermudahkan urusan kalian dan dikurniakan zuriat yang soleh/soleha ..❤️❤️❤️”

Sebelum ini Achey atau nama sebenarnyaa Mohd Nasir Hamzah mendirikan rumah tangga dengan Anne pada 2011.

“Doakan Kami, 11 Tahun Menanti.” Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali IVF

Ads

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah berusia empat tahun yang dijaganya semenjak bayi lagi.

Kredit: IG Anne Achey

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

“Doakan Kami, 11 Tahun Menanti.” Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali IVF

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI