Umum mengetahui pelakon dan juga DJ Radio, Siti Elizad tidak pernah putus asa dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon ini dilihat kembali memulakan proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata setelah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta.

”Doakan Kami Ya,” Elizad Mula Rawatan IVF, Doktor Nasihatkan Tak Buat Aktiviti Lasak

Dia yang gemarkan membuat aktiviti lasak seperti menunggang motorsikal berkuasa besar dan banyak lagi dinasihatkan oleh doktor untuk tidak melakukan ia selepas dan sepanjang rawatan dijalankan.

Baca: “Perjuangan Mendapatkan Garis Dua Ga Sia-sia,” Tahniah Zaskia & Irwansyah! Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 10 Tahun Menanti

“Kembali untuk jalani rawatan IVF saya, ini baru sesi yang pertama. Selepas dua minggu tidak ada lagi aktiviti lasak doktor cakap.

“Doakan kami ya. (Jadi dua minggu dari sekarang boleh jalan-jalan, vroom-vroomcuti sana sini lagi, lepas tu kena simpan vroom- vroom buat perhiasan,” tulisnya.

IKLAN

Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

”Doakan Kami Ya,” Elizad Mula Rawatan IVF, Doktor Nasihatkan Tak Buat Aktiviti Lasak

IKLAN

Sama-sama kita doakan semoga usaha Elizad ini akan membuahkan hasil, InsyaAllah!

Sumber: Gempak & IG Elizad

Baca: Tak Segan Mengaku Susah Dapat Anak, Tapi Syukur Diberi Rezeki Jadi Ibu Dengan IVF, Orang Sekeliling Tolonglah Faham. Bukan Semua Rezeki Sama!

IKLAN

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

”Doakan Kami Ya,” Elizad Mula Rawatan IVF, Doktor Nasihatkan Tak Buat Aktiviti Lasak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI