Kehamilan

“Doakan Kandungan Sihat” Hamil 5 Bulan, Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Kedua!

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Menerusi Instagramnya, Ayda mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia lima bulan itu kepada pengikutnya di Instagram.

Menerusi entri itu juga, Ayda memuat naik video ketika membuat kejutan untuk suaminya, ketika hari raya yang baru berlalu.

“Muka @nabilmahir macam ‘eh bila pulak ni?!’

“Alhamdulillah dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, we’re almost 5 months pregnant,” tulisnya berkongsi.

Menerusi video yang dikongsikan olehnya, Ayda membuat kejutan awal ketika sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga.

Namun ketika sesi foto itu, Ayda kemudiannya menyerahkan kotak berisi ujian kit kehamilan kepada Nabil.

Nabil dilihat seperti amat terkejut dan tidak menyangka dengan rezeki anak kedua yang sememangnya dinantikan olehnya dan Ayda.

Penyanyi yang cukup lincah dan bertenaga di pentas ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya kali ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.

“Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih & sayang semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia hampir dua tahun.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM