TAHNIAH diucapkan buat Da’i Syed dan isteri tercinta, Hana Ismail atas berita kehamilan anak kedua mereka. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pendakwah berusia 30 tahun ini menerusi satu hantaran manis di laman sosial, lengkap dengan foto keluarga kecil mereka.
“Bismillahi masya-ALLAH. Doakan keluarga kecil kami,” tulis Da’i Syed ringkas, namun penuh makna buat para pengikutnya.
Meskipun tidak mendedahkan usia kandungan, baby bump Hana yang jelas kelihatan dalam gambar tersebut cukup membuatkan para peminat tersenyum gembira. Rata-rata warganet serta rakan selebriti tidak henti menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilan dan kelahiran anak kedua ini dipermudahkan Allah SWT.
Da’i Syed, atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, dan Hana Ismail, 39, telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang sangat comel, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, kini berusia 10 bulan.
Ads
Sejak bergelar ibu bapa, pasangan ini sering berkongsi momen indah bersama anak mereka dari hari pertama kelahiran hingga detik-detik membesarkan si kecil dengan penuh kasih sayang dan bimbingan Islamik.
Ads
Rezeki Anak, Hadiah dari Tuhan
Walaupun tidak dihebohkan secara besar-besaran, kehadiran anak kedua ini pastinya menjadi pelengkap kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Pa&Ma turut mendoakan agar kehamilan ini berjalan lancar dan dipenuhi keberkatan. Semoga Hana diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, dan bayi yang sedang membesar dalam rahim itu dilindungi serta dibesarkan dalam rahmat Allah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak ada rezekinya sendiri. Jangan pernah kita mempersoalkan mengapa Allah SWT berikan kita rezeki untuk terus mengandung walaupun baharu saja melahirkan anak. Tidak dinafikan, banyak kes ibu yang anaknya masih kecil kemudian hamil semula.
Sama seperti ibu beranak empat ini, Ayu Roses, yang berkongsi kisahnya hamil pada usia bayinya ketika itu 7 bulan. Pelbagai perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih, takut dan sebagainya memandangkan kelahiran sebelum itu adalah secara pembedahan.
Ikuti perkongsian Ayu ini.
Ramai yang mengandung jarak dekat.. Tapi takut nak teruskan kandungan, Anak tak sampai setahun dah pergnant lagi (poor spacing) lagi² yang bersalin secara czer, meh ayu nak share pengalaman..
Mase mengandungkan Daim, Qaseh baru masuk 7bulan, bersalin czer pulak tu.. mase dapat tau mengandung, rase happy, sedih, takut, down pun ada, happy sebab tak sangka tengah preg, sedih takut sebab scar baru lagi, macam² Ayu fikir takut tiba² luka terbuka, down sbb mulut² makcik bawang “baru je bersalin dah mengandung lagi”..
Ayu berkeras nak gugurkan atas alasan takut sebab scar baru lagi, sbb dengar cakap makcik bawang “bersalin czer tak sampai 2tahun tak boleh mengandung, Bahaya lah parut pun baru lagi” husband sedih sbb Ayu nak gugurkan, mase dapat tau Ayu preg dia yg paling happy.. Ayu kuatkan diri mintak nasihat dan sokongan dari family, mak nasihat “kenape nak gugurkan?
Ada sebab kenapa Allah nak bagi, macam org yg kawin bertahun² susah nak dapat anak, kau yang senang² dapat nak buang? Jangan buat dosa nak, kesian anak yg tak berdosa tu, teruskan jelah setiap anak ada rezekinya” dalam situasi ni jangan biarkan kita berfikir serabut sorang², family, kawan², husband kena support bagi nasihat yg positif, suami kena jadi tulang belakang..
Dari situ Ayu dapat kekuatan, Ayu teruskan kandungan, enjoy the moment.. Selang 2bulan mak Ayu meninggal.. Semuanya ada hikmah, Allah nak ambil 1, Dia ganti 1, lepas 13w baru ada kekuatan nak buka buku, takut dengan keputusan doc, takut kena bebel, Alhamdulillah rezeki Ayu doc n nurse tak bebel, doc suruh teruskan kandungan macam biasa..
Sepanjang mengandung Ayu xde alahan ape², nk kerja pun senang, seolah² anak dalam perut memahami.. Scar pun cantum elok, xsakit macam yg orang takut²kan, Cuma Ayu ada masalah Anemia, empat² pregnancy ada Anemia, 35w refer pakar O&G untuk scan scar, Alhamdulillah doc bg deliver normal, nak Elective czer pun boleh, tp Ayu tetap nak bersalin normal walaupun tau risiko rahim boleh pecah, melibatkan nyawa.. walaupun dah pernah rase czer, Ayu tetap berjuang nak bersalin normal.. Jangan pandang rendah pd ibu² bersalin secara czer.. Bukan saja² kita mintak untuk di czer.. Semua takdir Allah dan ada hikmahnya..
38w g checkup hb drop, dari 9.2 drop 8.3.. Esok tu doc refer pakar untuk drip ubat tambah darah,husband cakap “entah² esok tu awk bersalin” 😂 pagi² dah terpacak kt PAC untuk register naik ke EPAU.. nurse tegur “puan dah 38w dah boleh bersalin dah, kaunter xbuka lagi, kalau belum makan puan g makan dulu, sbb nak drip ubat xboleh perut kosong” Ayu beli roti dengan air milo untuk alas perut, g tandas tengok² dah turun tanda, sampai PAC bg tau nurse, tukar baju 2 org doc seluk 5kali dah bukak 2cm terus kena admit wad, bermalam lah kat dalam wad, masin mulut husband dengan nurse tu 😂😂
Esok pagi doc seluk buka 4cm, Ayu mandi siap² call husband, pukul 9pagi tolak lr pecahkan air ketumban, Daim dah popo kat dalam, drip induce, bermula contraction induce puas kena seluk, kena korek sebab air ketumban banyak, leaking non stop,jam menunjukkan pukul 3petang genap 6jam Ayu kt dalam lr, doc pakar dtg terangkan “puan masuk jam ni dah 6jam puan dlm lr, jalan baru bukak 5cm poor progress, contraction ada 3x je, baby pun dah berak kat dalam, nak tunggu lagi 2 jam macam xde peluang, risiko kalau contraction semakin kerap rahim boleh pecah, tapi baby puan tak besar, mase seluk saya dapat layang² kepala dia.. so puan nak tunggu lg 2jam atau nak czer ?
Tanpa berfikir panjang “takpe doc, czer jelah mane yg terbaik” Ayu sign borang dengan tenang, tukar katil sedia tolak ke bilik ot, masuk ot menggigil satu badan, sejuk yakamat.. Doc pakar bius “puan duduk luruskan kaki, peluk bantal, tahan nafas ye” bius separuh badan dah jalan terus czer, daim keluar² doc jerit “YaAllah debabnya dia” nurse sambut daim “eeeiii ade lesung pipit lahh, double chin, dagu belahh geramnye” berat daim 3.87kg terkejut doc sbb last scan berat dia 2.92kg je, kalau doc tau berat dia 3kg++ dah tentu² xbg try normal, tapi tu lah takdir, normal ke czer bukan pilihan.. Bukan saja² orang nak bersalin czer kudrat dia sama mcm org bersalin normal..
Bila tenung muka daim dalam² YaAllah.. Comelnya dia menyesal, rase bodoh sgt sebab nak gugurkan dia dulu.. Lepas bersalinkan daim macam² rezeki datang, bos naikkan gaji, suami dapat kerja yg baik..
Yang mana mengandung rapat tu kalau boleh jangan stress², kawal emosi, cepat² buka buku mintak nasihat doc, bukan dengar mulut² makcik bawang konon² czer xboleh mengandung rapat, nanti tu ini tu ini, memang risiko tu ada tapi makcik bawang bukan doc, kalau doc cakap boleh teruskan kandungan tak perlu risau, sentiasa follow up dengar nasihat doc..
Bodoh sangat bila ada yang masukkan isu family planning.. Sebab apa bodoh? Sebab isu anak ramai ni bab rezeki. Kalau kau dah planning cantik punya, install mycalender, pasang iud, makan pil, tetap Allah kata rezeki, rezekilah. Jangan letak rezeki anak tu kat tangan kita. Kita merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah tetap yang terbaik..
#mommymudaanak4
Niat asal mahu gugurkan kandungan, tapi tiada siapa yang menyangka rupanya anak itu murah rezekinya. Tidak dinafikan, ada risiko hamil semula tidak lama selepas melahirkan anak. Apatah lagi jika kelahiran sebelum itu melalui pembedahan caesarean, tetapi percayalah dengan ketentuan-Nya. Paling penting, dapatkan pandangan dari doktor dan ikut setiap nasihat yang mereka berikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengidam wanita mengandung tidak dirancang. Ada waktunya inginkan makanan masam, ada waktunya inginkan yang manis. Begitu juga dengan makanan-makanan yang begitu sukar untuk diperolehi. Tapai antara salah satu makanan yang begitu diinginkan setiap kali mengandung. Jarang dijumpai membuatkan ada waktunya kita berasa ingin sekali merasainya. Soalnya adakah wanita hamil boleh makan tapai?
Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan berkenaan hal ini.
Tapai terhasil dari sumber kanji – nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu. Sumber kanji yang telah dimasak akan dicampur dengan ragi. Setelah semalaman, tapai biasanya dah boleh dimakan.
Semua tahu, proses penapaian sebenarnya adalah proses yang menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida.
Berapa banyak alkohol dalam tapai tu sebenarnya bergantung. Lagi lama penapaian, lagi banyak tindak balas kimia, lagi banyak la kandungan alkohol terhasil. Tak kisah la kandungan alkohol dalam tapai tu berapa banyak, yang pastinya dalam tapai ada alkohol.
Paling baik dan selamat, elakkan sebarang bentuk pengambilan alkohol ketika mengandung. TIADA kajian lagi yang cakap pengambilan alkohol selamat ketika mengandung, walaupun kuantiti alkohol tu sedikit.
Kalau ibu amek alkohol, sebahagian alkohol akan dipindahkan ke baby melalui tali pusat. Lagi banyak si ibu ambil alkohol, lagi bahaya untuk baby.
Kesan pengambilan alkohol berlebihan :
Meningkatkan risiko keguguran
Mempengaruhi perkembangan bayi yg berkembang, lebih-lebih lagi pada otak baby
Perkembangan keseluruhan baby boleh terbantut, baby boleh jadi kecil (IUGR)
Baby boleh mati secara tetiba
Baby lahir secara pramatang / tak cukup bulan
Baby senang terkena penyakit selepas dilahirkan dan juga bila da dewasa
Boleh sebabkan Fetal alcohol spectrum disorder (FASD) atau fetal alcohol syndrome (FAS)
Lagi banyak ibu amek alkohol, lagi bermasalah baby itu dan lagi kurang sihat baby tu. Walau bagaimanapun, kalau ibu berhenti pengambilan alkohol, baby akan start membesar macam biasa. Sungguhpun begitu, ada kesan-kesan pengambilan alkohol yg berlebihan yang tak boleh di reverse.
Sama konsep. Ketika mengandung, plan untuk mengandung ataupun ketika menyusukan badan – JANGAN amek apa-apa alkohol, walaupun sedikit.
Saya hanya explain bahaya alkohol dari aspek perubatan sahaja. Pasal hukum hakam atau halal haram tapai ni, tanyalah pada mereka yang lebih arif.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA OGOS 2020
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya adik kepada Fasha Sandha, Elisya Sandha tampil mengesahkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia 31 minggu.
Menerusi Instagramnya, Elisya memuat naik video penuh makna dan beberapa kejutan yang dibuat untuk suami serta ahli keluarga bagi berkongsi kegembiraan itu.
Elisya yang kini sarat hamil lapan bulan teramat bersyukur akan rezeki yang diberikannya dan suami malah memohon doa semua agar kehamilan sulungnya itu dipermudahkan.
“Bismillahirahmanhirahim. Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku ❤️.
“This video means a lot to me, wonderful moments that i cannot get elsewhere. To whoever yang scroll and tengah baca my caption ni, can you please spare some time and doakan anak sulung saya ni,” tulisnya berkongsi.
Melalui video yang dikongsikan Elisya, baik dirinya dan suami, sama-sama berkongsi rasa gembira hingga mengalirkan airmata ketika mengetahui kehamilan itu.
Begitu juga dengan ibu serta ibu mentuanya, Sheila Rusli yang begitu gembira dengan perkhabaran itu.
Video pendek itu juga turut memuat naik beberapa gambar imbasan bayi ketika pemeriksaan bulanan diadakan. Malah Elisya juga turut berkongsi gambarnya dengan baby bump yang kelas kelihatan. Nampak seri ibu mengandung.
Dalam pada itu, bakal ibu ini juga turut mendoakan agar semua wanita yang masih belum dikurniakan cahaya mata dapat melalui detik indah yang dilaluinya kini.
“Saya juga mendoakan semua wanita dapat experience benda yang sama, Alhamdulillah salam jumaat #AllahIsTheBestPlanner #31weekspregnant,” tulisnya berkongsi.
Perkongsian Elisya di Instagram itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikutnya.
Semoga Elisya dipermudahkan sepanjang trimester terakhir ini malah dipermudahkan kelahiran kelak.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!