Hati ibu mana yang tak sedih lihat anak yang dilahirkan sihat dan normal, tiba-tiba diuji dengan kesakitan yang langsung tak dijangka. Pendarahan yang keluar secara tiba-tiba melalui hidung dan mulut tanpa henti ketika hendak menyusu benar-benar mengubah hidup adik Nur Laila Faiha Bt Muhammad Hasrol Idham.
Masih belum tahu apa punca pendarahan
Menurut ibunya, Shariza Nadilah Bt Sahad, Laila dilahirkan sihat dan normal pada 2 September lalu. Namun takdir Allah Laila diuji dengan kesakitan yang tidak diketahui lagi hingga hari ini ketika usianya 7 hari.
Waktu pertama kali berlaku, apabila melihat darah keluar di hidung dan mulut Laila tak boleh nak bayangkan perasaan masa itu. Apa yang terlintas bawa Laila ke klinik kesihatan untuk dapat rawatan.
Ketika di klinik beberapa doktor telah usaha untuk hentikan darah yang keluar namun tak berjaya dan pada masa tu Laila pun dalam keadaan kritikal terus di hantar ke HUKM. Sepanjang menerima rawatan di HUKM, doktor telah melakukan operation untuk hentikan darah yang keluar.
Doktor ada tampal sesuatu di bahagian hidung Laila buat sementara waktu dan alhamdulillah Laila menunjukkan perkembangan positif walaupun keadaannya agak kritikal dan perlu memakai tiub pernafasan semasa di NICU.
Ads
Disebabkan hingga kini masih belum mengetahui penyakit yang dihadapi Laila, doktor telah bawa kes Laila ini ke Pakar Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya.
Setelah enam hari dalam NICU, doktor benarkan keluar dulu dan esok (Rabu) Laila akan dimasukkan semula ke HKL untuk buat scan dan MRI serta operation kali kedua.
Sekarang keadaan Laila nampak agak stabil. Cuma sebagai ibu saya masih risau sebab hingga sekarang masih belum tahu punca macam mana pendarahan itu boleh berlaku. Saya mengharapkan ada keajaiban untuk Laila sembuh dan pendarahan itu bukan berpunca dari apa-apa penyakit bahaya.
Doa orang ramai kekuatan untuk Laila
Ads
Dalam perkongsian di FB Shariza beberapa hari lalu, tiada kata yang dapat diluahkan apabila melihat Laila begitu kuat melawan sakitnya.
Berkat doa orang ramai yang tak putus untuk Laila, pendarahan itu dah berhenti namun belum lagi dalam fasa selesa kerana kemungkinan kejadian seperti sebelum ini boleh berulang.
AllahuAkbar. Sujud syukur mommy. Dengan berkat doa org ramai, Laila dah lepas fasa stabil setelah tiub penafasan dicabut semalam. Walau bagaimana pun dia masih perlu dirawat di Hos Pakar Kanak Kanak untuk rawatan selanjutnya memandangkan doc masih tak jumpa punca pendarahan. Buat masa skrg dia masih lagi di rawat di NICU sehingga dapat di transfer.
Terima kasih yg tak terhingga semua. Tak terluah perasaan waktu ni. Terlalu ramai yg syg Laila, yg bantu Laila. Laila hanya kene kuat utk beberapa hari jer lagi untuk dapatkan rawatan ye syg. Mommy tak boleh senyum lagi sehingga dapat tahu punca pendarahan. Mommy takut perkara yg sama berulang lagi.
Mommy syg Laila ❤ kakak Naila dgn abg Ahnaf tgh tunggu Laila balik syg nk main sama sama. Cepat sembuh ya.
Ads
Baru berhenti kerja untuk fokus anak
Kongsi Shariza, keputusannya berhenti kerja untuk fokus pada anak-anak yang usia 4, 2 dan terbaru Laila nampaknya seperti kebetulan. Walaupun agak sedih kerana hanya bergantung pada pendapatan suami sahaja, saya yakin rezeki kami sekeluarga tetap ada.
Buat masa ini saya cuba menceburi bisnes online dengan menjual tudung. Harapnya rezeki untuk anak tetap ada kerana kos perbelanjaan selepas ini tak tahu berapa banyak lagi. Jika nak harapkan suami saja mungkin agak berat.
Sebab risiko agak tinggi waktu saya dan suami berbincang dengan pakar-pakar di HKL sebelum ini. Memang sangat risau. Saya cuma berharap doktor dapatkan sahkan punca penyakit dia (harap tak seserius yang di jangka) dan dia sihat seperti kakak dan abang dia.
Jika ada yang ingin membantu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mempermudahkan urusan keluarga adik Laila, boleh salurkan pada akaun Maybank ibunya Shariza Nadilah Binti Sahad (164762035875)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tatkala melihat keadaan anak yang dilahirkan tak sama seperti kanak-kanak lain, hati ibu mana yang tak sedih. Lagi-lagi diuji dengan penyakit yang belum dapat dikenal pasti lagi. Tiada seorang ibu pun yang nak lihat anak sakit tapi jika dah ketentuan Allah, hati perlu reda menerima takdir ini.
Melalui perkongsian di FB Nor Siti, kisah adik Abdul Hanifah yang mengalami masalah abnirmal tongue ini mendapat perhatian orang ramai. Malah kisah si comel ini turut menarik perhatian bapa kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin.
Keadaan yang dilalui Abdul Hanifah ini seakan sama dengan apa yang dilalui oleh Ainul ketika bayi dan mungkin selepas pemeriksaan secara terperinci doktor boleh menjelaskan keadaan sebenar.
Lahir normal, seberat 3.01kg
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kenalan kami. Ini anak kami Abdul Hanifah bin Muhammad Afiq, baru berusia 11minggu. Alhamdulillah dia dilahirkan secara normal dengan berat 3.01kg tetapi menghadapi masalah abnormal tongue (penyakit belum dikenalpasti).
Perlu jalani pembedahan secepat mungkin
Dia mengalami penyukaran menyusu melalui mulut dan kini dia bergantung menggunakan ricetube sahaja. Dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur secepat mungkin dan masih menerima rawatan di HPSF dan HKL.
Terima kasih yang tak putus bagi kata semangat
Kami menyusun 10 jari meminta maaf kerana tidak memberitahu hal ini kepada adik beradik, saudara mara dan rakan handai. Kekangan dalam menguruskan hal-hal harian, keluar masuk hospital menyebabkan keadaan tidak mengizinkan untuk kami berkongsi hal ini. Diharapkan janganlah ada yang berkecil hati dan faham akan situasi kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi memberi dan mengumpulkan sumbangan kepada anak kami terutamanya staff-staff nurse KD Sungai Rambai dan guru- guru Sekolah Kebangsaan Sebatu.
Serta berterima kasih juga atas kunjungan dalam mengambil berat hal ini. Dalam musim covid yang melanda ini, kami perlu mengehadkan kedatangan kepada sesiapa yang ingin mengunjungi anak kami.
Sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan di atas kos keperluan dan rawatan dia, boleh menyalurkan sumbangan tersebut di akaun ibu Abu Hanifah 154053489623 -Maybank (Norliza Binti Jamain)
Terima kasih sekali lagi diatas pemberian sumbangan anda yang kami hargai. Akhir kata dari kami, doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami di hospital dan kami tabah dalam mengharungi dugaan /ujian ini.
** Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, lihat di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu-ibu memang suka shopping baju untuk anak kan? Tapi selama ini anda perasan tak pada label “Low Fire Danger” yang ada pada baju anak?
Tak semua baju bayi dan kanak-kanak ada label ini. Biasanya hanya pakaian yang diimport dari luar negara mempunyai label ini.
Mungkin juga kalau ternampak pun anda tak tahu apa fungsinya dan boleh jadi ada ibu yang terus menggunting label tersebut kerana beranggapan ia tidak penting.
Namun perkongsian daripada ibu ini sangat penting untuk diketahui oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Berdasarkan rasa ingin tahu yang sangat tinggi maka Norhani Mohd Nor melakukan penyelidikan sendiri melalui banyak pembacaan dan berkongsi info bermanfaat ini.
APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?
Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?
Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.
Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju.
Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.
Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah?
Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.
Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini.
Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!
“Safety starts from home.”
Tulisan: Mama safety concern Norhani Aida Mohd Nor
Puasa tidak menjejaskan kandungan air susu ibu (ASI). Kilang susu akan berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu dan ia menyesuaikan pengeluaran susu ibu mengikut keadaan badan ibu.
Bila ibu puasa, hormon prolaktin dan hormon oksitosin masih bekerja seperti biasa dan menyamaratakan kandungan susu ibu ketika ibu itu berpuasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang perlu anda tahu bagi meneruskan penyusuan sepanjang Ramadan. Baca artikel ini.
Tip puasa bagi ibu menyusu
Makan 3 kali sehari
Ibu menyusu sebaiknya makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan selepas tarawih dengan komposisi nutrisi terdiri daripada 20% lemak, 30% protein, dan 50% karbohidrat. Ibu menyusu memerlukan tambahan kalori kira-kira 700 kalori sehari yang mana 500 kalori daripada sumber makanan dan 200 kalori daripada lemak tubuh.
Sediakan buah-buahan dan sayuran ketika berbuka dan sahur bagi mendapatkan pemakanan yang seimbang iaitu mengandungi protein, vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi penting untuk tubuh.
Rehat yang mencukupi
Menyusu ketika puasa boleh menyebabkan keletihan. Ibu menyusu seharusnya membuat jadual rehat khusus supaya tubuh tidak berasa lemas dan lesu. Dapatkan tidur seketika. Ini kerana rehat yang mencukupi membantu pengeluaran ASI baik dan lancar.
Banyakkan minum air
Daripada berbuka sehingga sahur, selain meminum air kosong anda juga boleh meminum cecair lain seperti jus buah dan susu. Minum segelas susu semasa sahur boleh mengurangkan risiko anemia bagi ibu hamil dan menyusu.
Makan kurma dan madu
Kurma sangat sinonim pada bulan puasa. Bagi ibu menyusu pengambilan kurma dan madu membantu menjaga kuantiti dan kualiti ASI kerana ia adalah vitamin semula jadi yang lengkap. Jus kurma juga baik untuk ibu menyusu kerana ia pemanis semula jadi dan sangat mudah dicerna yang boleh mengembalikan tenaga pada tubuh.
Teruskan mengepam/ memerah ASI
Pengeluaran ASI pada waktu siang mungkin berkurang. Oleh itu, anda perlu memanfaatkan waktu malam untuk mengepam/memerah ASI semaksimum yang mungkin kerana ia boleh dijadikan stok pada waktu siang.
Bagaimanapun, sekiranya puasa boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu menyusu atau bayi, sebaiknya ibu tidak meneruskan puasa. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.