“Ramai yang doakan bidadari kecil mama nie. Terima kasih aunty, terima kasih uncle. Semoga Allah angkat salah satu doa-doa uncle dan aunty untuk Maryam Nur Jannah”.
Itu harapan yang diharapkan oleh Shiera Adam untuk anaknya yang belum pun mencecah usia dua bulan tetapi telah diuji dengan ujian cukup besar sekali.
Bagi pasangan suami isteri, Shiera Adam dan suaminya Muhammad Jazmi kedua-duanya mengharapkan ada keajaiban dari Allah menghilangkan segala sakit buat Maryam yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi dan anak kecil.
Kanser neuroblastoma ketika usia 37 hari
Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir. Kebahagiaan dan kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata sulung ini bertukar berita menyedihkan setelah Maryam didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya 37 hari dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya yang kini dah bengkak 9cm.
Ads
Menurut Shiera anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan susulan walaupun baru beberapa hari pulang ke rumah kerana perutnya mula kembung.
“Biarpun Maryam belum mengerti apa-apa lagi, namun semangat yang ditunjukkan Maryam begitu kuat sekali.
Ads
“Bila mama tengok ramai yang sakit sama macam awak tewas, makin mama yakin anak mama ni 1 dalam 1000. Yang kuat semangatnya. Yang hebat seperti namanya. Yang akan sembuh dan membesar dengan sihat macam baby baby lain.
“Mama redha dan mama tawakal. Mama yakin Maryam akan sihat dan akan panggil mama “mama”. Fight sayang!”, kongsinya.
Berikutan itu, dalam perkongsian Shiera di Facebook dan Twitter ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan Maryam kuat dan sembuh serta membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarganya.
Ads
Biarpun dugaan ini sungguh besar buat pasangan suami isteri ini, mereka sentiasa positif Allah yang mengetahui segala-galanya.
Dikala usianya 45 tahun kini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak lagi fokus untuk menambah bilangan anak.
Malah kata Siti menerusi satu perkongsian video di Tik Tok, untuk hamil lagi bukan menjadi pilihannya kini memandangkan dia sudah punya dua cahaya mata.
“Sekarang ni saya lebih fokus jaga kesihatan, kalau diikutlah boleh lagi nak hamil kalau kuat.
“Cuma bila dah 45 tahun ni risiko lagi tinggilah,” kongsinya.
Bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia pernah berdepan dengan dua masalah kesihatan ketika mengandungkan Aafiyah dan Afwa.
“Sebab masa Aafiyah dulu saya bleeding teruk, saya ada masalah uri melekat.
“So masa mengandungkan Afwa pula alhamdulillah tapi selepas bersalin saya ada problem sebab saya ada tail bone problem yang sakit sangat.
“Maknanya bila ada dua anak ni, dia punya sakit lain-lain. Ibu ni kan bila anak dah besar dia lupa sakit sebab tu, nak bertambah-tambah tu cumanya faktor usialah.
“Sekarang ni saya fokus untuk jaga kesihatan diri saja,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perkongsian hidup Siti dan Datuk K dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Baru sahaja berharap kelahiran anak keduanya sama seperti anak sulungnya, Eidrees, pelakon Anzalna Nasir bersyukur bila mana selamat bersalin pada 20 Mei yang lalu.
Bersalin 11 hari lebih awal dari tarikh due, Anzalna bagaimana pun amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan malah di hari Jumaat penuh berkah, anak kedua kesayangannya kini selamat dilahirkan dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita malah pada mulanya, dia juga tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.
“Ingatkan Raya Aidil Fitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut,” tulisnya berkongsi.
Kata Anzalna lagi, tarikh sebenar dia bakal bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun dipermudahkan segalanya pada hari akhir pemeriksaan bulanannya.
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba…hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Anzalna turut memuat naik video pendek kakaknya, Diana Nasir yang turut memangku anak kecilnya sambil diperhatikan suami.
Tanpa berkongsi jantina bayi keduanya itu, Anzalna kini masih berada di hospital dan meneruskan rutin berpantangnya.
Malah menerusi Insta Storynya, ibu cantik jelita ini juga memuat naik rutin menyusunya dan amat bersyukur kerana sekali lagi dapat menyusu buat bayi keduanya itu.
Kita kerap mendengar istilah Sindrom Aspirasi Mekonium atau ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
Sindrom Aspirasi Mekonium (Meconium Aspiration Syndrome) merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia sama ada disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru.
Pa&Ma mendapatkan info lanjut mengenai keadaan ini daripada Dr Siti Aishah Daud, Pakar Obstetrik & Ginekologi Subang Jaya Medical Centre. Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
APAKAH MEKONIUM?
“Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar.
Pada kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
FETAL DISTRESS
Tetapi dalam kes tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen.
Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab seperti kes di mana bayinya tidak stres atau tertekan tetapi sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.
KIRA-KIRA 5 % SAHAJA BAYI YANG MEMBUANG NAJIS DALAM KANDUNGAN AKAN MENGALAMI SINDROM ASPIRASI MEKONIUM. BAYI YANG AWALNYA MENGALAMI PERNAFASAN LAJU AKAN MULA BERNAFAS SECARA SEMULA JADI SELEPAS EMPAT HARI. SINDROM INI JARANG MENYEBABKAN KEROSAKAN KEPADA PARU-PARU.
BAYI TERTELAN MEKONIUM
Apabila mekonium dikeluarkan dan terbebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang merawat akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium.
Mereka kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pneumothorax atau PPHN.
7 KATEGORI IBU BERISIKO
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan ialah seperti berikut;
KESAN TERTELAN NAJIS KEPADA BAYI
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah;
PEKA LELEHAN AIR KETUBAN DARI MINGGU KE-34
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak terhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
TERIMA CADANGAN DOKTOR DI WAKTU KECEMASAN
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!