
Pelakon Ayda Jebat meluah rasa kebimbangan anak sulungnya, Ana Nayla mengalami masalah kulit seperti membengkak sehingga kemerah-merahan semalam.
Berkongsi kebimbangan itu di akaun Instagram (IG) Story milik anaknya, Ananaylaofficial, Ayda memberitahu sedih melihat keadaan anaknya.
Mohon pengikut instagram mendoakan kesihatan anaknya.

“Doakan Nayla Cepat Baik yang uncle & unties…”
Katanya keputusan pemeriksaan terhadap anaknya masih belum diketahui.
Sementara itu dalam posting yang berasingan. Menunjukan tangan anaknya telah telah berbalut membayangkan telah mendapatkan rawatan lanjut. Namun tidak menjelaskan masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya.

Ayda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang medoakan kesihatan anaknya.
Tidak membuang masa, Ayda dan Nabil kemudian membawa Ana Nayla ke hospital bagi merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan puterinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Punca Air Mesin Basuh ‘Perlahan’, Baru Tahu! Terbantut Niat Nak Cuci Baju

Geram betul bila kita dah semangat nak basuh baju tapi air kecil. Paip kita dah buka habis, tapi air keluar bagaikan hidup segan mati tak mahu. Elok ada mood nak mendobi, terus ‘down‘.
Selain mesin basuh yang kotor dan kepingan daki hitam melekat pada baju, satu lagi masalah yang buat mama geram waktu nak basuh baju adalah aliran air yang perlahan.

Kalau air kecil mengalir, bila mesin basuh nak mula berpusing kan? Elok kena tunggu 20-30 minit untuk pakaian siap dicuci, jadi kerja berjam-jam pula. Memang jadi lambat lah kerja kita!
Baca Juga:
Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Sabar mama, kalau ada masalah macam ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh abahyie ini. Bila tengok video ni, terus dalam hati terdetik, “Patutlah air kecil. Selama beli mesin basuh, tak pernah sekali pun check bahagian ni.”

Dapat dilihat dalam video ini, bahagian yang menyambung paip pada mesin basu mempunyai satu penapis di dalamnya. Apabila kita menggunakan mesin basuh dalam tempoh terlalu lama tanpa bahagian ini dibersihkan, ia menyekat aliran air. Sebab itulah air perlahan, tapi bila dah dicuci terus jadi laju. Hebat!

Jom tengok macam mana nak atasi masalah aliran air paip kecil ni dan cuba pada mesin basuh di rumah!
@abahyietips ni tgk kt tiktok jgk .. mmg byk karat lekat kat filter weh♬ suara asli – XI™7 Prince Ugik 🕋 – 𝐔𝐆𝐈𝐊🇸🇦
Bila dah tahu tentang hal ni, barulah faham kenapa aliran air selalu kecil dan mesin pun selalu keluarkan habuk-habuk hitam yang melekat pada baju. Bolehlah periksa mesin basuh nanti, selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akui Kelam Kabut Urus Anak, Adira Anggap Penat Masa Anak Kecil Hanya Sekejap

Dikurniakan empat orang cahaya mata, penyanyi Adira Suhaimi menganggap kehidupannya kini sudah lengkap dan sempurna selain bersyukur dengan rezeki yang diterima dari segi kerjaya dan anak-anak.
Berkongsi mengenai kehidupannya sekarang selepas kehadiran bayi keempat, Ayub pada 29 September lalu, Adira berkata dia seronok walaupun hidupnya agak kelam kabut menguruskan anak-anak.
“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih lengkap dan sempurna. Jujurnya saya seronok dan saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dari segi kerja mahupun anak-anak, semuanya adalah rezeki dari Allah.

“Saya percaya apa yang saya ada sekarang semuanya saya tumpang anak-anak saja sebenarnya. Dan kalau bertanya mengenai situasi, saya juga sudah biasa dengan situasi kelam kabut.
“Jadi saya boleh mengendalikan semua. Memang pada awalnya saya pun pening kepala tapi lama-lama alhamdulillah saya boleh uruskan,” katanya.

Adira yang juga pemenang tempat kedua di Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu berkata, dia kini juga kembali aktif dengan kerjayanya tapi pada masa memberi keutamaan pada anak-anaknya.
“Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang ini. Sebelum saya pergi bekerja di luar, saya akan fikir anak-anak dulu macam mana. Terus terang saya bukanlah memilih tapi kalau pekerjaan itu terlalu jauh dan terlalu lama, memang saya akan fikir dulu.

Setakat ini syukur tiada halangan dan semuanya berjalan dengan lancar. Sebab saya sudah biasa dan saya juga mempunyai pembantu untuk menjaga anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Adira berkahwin bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, Asan, Anggun dan Ayub.
Kredit: Gempak ; IG Adira Suhaimi

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banjir Hatyai: Kisah Cemas Pelancong Malaysia & Pengajaran Penting Untuk Keselamatan Keluarga

Banjir Hatyai Tinggalkan Trauma Pelancong Malaysia
Krisis banjir besar yang melanda Hatyai, Thailand sejak minggu lalu bukan sahaja melumpuhkan seluruh kota itu, tetapi turut meninggalkan trauma mendalam kepada ratusan pelancong Malaysia termasuk keluarga yang terputus bekalan makanan, elektrik dan air bersih selama berhari-hari.
Dalam keadaan panik, gelap dan seolah-olah pekan zombie, ada ibu bapa yang terpaksa mengambil tindakan luar kebiasaan demi memastikan anak-anak terus selamat.

Bertahan Tanpa Elektrik, Makanan & Air Bersih
Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, @akakkofei, mereka terkandas lebih tujuh hari di tengah bandar yang lumpuh total.
Bayangkan:
- Tiada elektrik selama dua hari
- Tiada air bersih untuk kegunaan asas
- Makanan hanya diberi sedikit-sedikit oleh pihak hotel
- Suasana gelap, sunyi dan penuh ketakutan
Ramai pelancong Malaysia ketika itu terputus bekalan makanan kerana bantuan yang dinanti tidak muncul. Mereka hanya bergantung pada harapan bahawa akan ada pihak datang menyelamatkan.
Namun, akhirnya mereka terpaksa survive sendiri, ibarat pelarian di negara orang.
View on Threads
Tilam Terapung Jadi Penyelamat Tiga Anak Kecil
Keadaan semakin mendesak apabila keluarga itu perlu mencari lokasi bantuan yang terletak sejauh 10 kilometer dari hotel.
Dalam banjir setinggi paras dada, mereka menemui sebuah tilam terapung. Dengan keberanian seorang ibu dan ahli keluarga dewasa:
- Dua anak saudara dan seorang bayi dua tahun diletakkan di atas tilam
- Barang-barang penting turut diletakkan bersama
- Dewasa menolak tilam itu sambil meredah banjir hampir dua jam
Situasi itu bukan sahaja mencabar fizikal, tetapi mental—arus deras, air keruh, serpihan hanyut dan bayi kecil yang perlu dipastikan selamat setiap masa.
Inilah gambaran sebenar kasih seorang ibu: takut, letih, lapar, tetapi tetap kuat demi nyawa anak.
Suasana Cemas Semasa Banjir Hatyai
Sepanjang perjalanan 10 kilometer itu, keadaan di Hatyai sangat tegang. Menurutnya:
- Kedai serbaneka dipecah masuk kerana orang terlalu lapar
- Apa sahaja makanan yang terapung diambil untuk bertahan
- Banyak premis musnah dan diceroboh
- Penduduk dan pelancong sama-sama berebut bekalan
Semua ini membuatkan bandar itu kelihatan seperti bandar zombie—gelap, sunyi, panik dan tidak terurus.
Namun, mereka terus berjalan sehingga bertemu kawasan yang airnya mulai surut.
Proses Menyelamat Rakyat Malaysia Sedang Dijalankan
Menurut laporan terkini daripada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan:
- Bilangan rakyat Malaysia yang masih terkandas berkurang kepada bawah 300 orang
- Dari 1,500 orang yang terperangkap, 1,459 telah berjaya dibawa keluar
Misi dilakukan melalui 7 kumpulan diselaraskan oleh:
- Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
- Konsulat Malaysia di Songkhla
- Tentera Diraja Thailand (RTA)
- NGO Malaysia
Kesemua mereka dipindahkan secara berperingkat ke Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Pengajaran Untuk Mama Papa
Musibah ini mengingatkan kita betapa pentingnya:
- Sentiasa peka dengan ramalan cuaca
- Simpan beg kecemasan keluarga
- Letak dokumen penting dan ubat-ubatan di lokasi mudah capai
- Ada pelan tindakan kecemasan bersama anak-anak
- Jangan tunggu saat akhir untuk berpindah jika diarahkan
Kerana ketika bencana melanda, masa bergerak terlalu cepat—dan hanya tindakan pantas dapat melindungi nyawa anak-anak.
Semoga semua keluarga yang terlibat terus dipermudahkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


