Lan Solo dan isteri, Nur Sheila memohon orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.
Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.
Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) turut berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa.
“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di status instagram Lan pula, dia turut menyatakan semoga pembedahan yang dilakukan ke atas anaknya hari ini berjalan lancar dan sangat berterima kasih atas doa dari semua.
Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.
Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Masuk 5 Bulan, Ayra Dah Buat Perkara Yang Baby 6 Bulan Buat. Dr.Izzar Kongsi Ibubapa Kena Pastikan Tiada Development Delay
Dr. Izzar Anwari, suami kepada suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera berkongsi tentang perkembangan anaknya Ayra yang akan masuk 5 bulan esok. Perkembangan positif tersebut dikongsi beliau di laman instagramnya.
ABY DEVELOPMENT MILESTONE – 5 BULAN
Umur Ayra akan masuk 5 bulan dah esok, Alhamdulillah. Untuk baby 5 bulan, Development Milestones dia adalah, otot leher mula kuat, baby dah mula nak capai objek dan dah mula letak tangan atau benda dalam mulut (mouthing).
Tapi bagi Ayra, dia dah sekarang dah start buat benda2 yang baby 6 bulan patut buat. Ayra dah boleh baring meniarap(prone) sambil support badan dia guna tangan.Dia bergolek untuk meniarap sendiri tu.Hobby baru dia. Mata n kepala pun dah pusing merata nak explore dunia ni.Alhamdulillah.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan tiada Development Delay. Kenala selalu layan celoteh anak tu.Tapi memang ada kes yang Development Delay tak dapat dielakkan. Ayra ni baby premature, sebab tu kami rajin lebih sikit sebab nak dia membesar dengan baik. InsyaAllah
Netizen turut berkongsi pengalaman anak mereka dan ada juga yang turut memuji perkembangan baby Ayra yang sangat positif.
Sama macam baby saya, 4 bulan lebih dah meniarap
Sumber: Dr. Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tummy Time Bagus, Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang
Masih ramai ibubapa dan penjaga bayi yang keliru dan salah faham dengan kebaikan meniarap. Meniarapkan bayi untuk bermain atau berlatih menguatkan otot SEMASA BAYI BERJAGA di sebut ‘TUMMY TIME’.
Tummy time sangat disaran dan banyak manfaatnya. Antaranya:
👶 Latihan menguasai perkembangan penting seperti meniarap dengan sendiri, duduk dan merangkak.
👶 Meningkatkan kemahiran motor kasar bayi.
👶 Merangsang kumpulan otot kurang guna yang lain.
👶 Mengelakkan Plagiocephaly ( flat head syndrome atau sindrom kepala leper)
👶 Bantu bayi menguasai kawalan kepala
👶 Membantu penyingkiran gas/angin(sendawa atau buang angin)
👶 Mendedahkan bayi kepada suasana sekeliling yang berbeza.
Jelas,ianya di lakukan SEMASA BERJAGA, DIBAWAH PEMERHATIAN IBUBAPA /PENJAGA dan BAGI TUJUAN latihan, senaman dan penerokaan (explore) rangsangan deria bayi.
Namun, MENIARAP UNTUK TIDUR pula MERBAHAYA DAN TIDAK DI BENARKAN buat bayi yang BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI (tanpa bantuan penjaga).
Sudah berdekad-dekad pakar pediatrik seluruh dunia berjuang menyelamatkan nyawa bayi dari kes kematian mengejut (SIDS) yang mana penyumbang terbesarnya ialah menidurkan bayi kecil secara meniarap!
Kempen pertama oleh Akademi Pediatrik USA (AAP) pada 1992 ialah menyarankan bayi kecil tidur secara terlentang sahaja. Selepas kejayaan penurunan kes sehingga hampir 70%, kempen kebangsaannya di mulakan pula pada 1996 yang terus menyaksikan penurunan kes sebanyak 24% lagi. Kempen ini sejarah yang besar.
Mana-mana individu yang mengajar bab tidur bayi namun tidak tahu atau tak menekankan sejarah ini ,maka ia sesuatu yg tak kena kerana sejarah ini terlalu di kenali ibarat ABC bab tidur bayi.
Pada 2010, SIDS masih menbunuh 2000 bayi dan masih pembunuh utama bayi sihat berusia 0-12 bulan (AAP News&Journal, January 2016, volume 137. National
Institute of Children Health and Dev. USA).
Maka, UNTUK BAYI KECIL YANG BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI HANYA BOLEH TIDUR SECARA TERLENTANG.
Bagi bayi yang TELAH MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI iaitu sekitar usia 4 -7 bulan, YA, TIADA MASALAH bayi di tiarapkan untuk tidur kerana faktanya kadar SIDS menurun 80% di kalangan bayi yang telah mahir tiarap. Kenapa? Kerana bayi-bayi ini telah dengan sendiri mempunyai kekuatan koordinasi kawalan otot bagi ‘menyelamatkan’ diri seperti mengangkat kepala cukup lama dan cukup tinggi (melepasi tulang dadanya) jika tersembam di gumuh sendiri atau merasa lemas (akibat tekanan permukaan).
Malah, tak logik jika ibubapa perlu membalikkan badan bayi untuk terlentang setiap kali anak tertiarap dalam tidur. Adakah ibu perlu berjaga sepanjang waktu anak tidur bagi tujuan ini? Itu tak ada kerja namanya 😄.
⚠ TAPI…….tidur terlentang buat bayi saya tak lena? 😏😏😏. Kerana itu ⏩⏩ bedunglah! Supaya bayi boleh kekal lena walau dalam posisi terlentang. Ini fakta kebaikan dan keperluan amalan bedung:
🤰 Bayi manusia telah 9 bulan duduk di dalam keadaan ‘fetal positioning’ iaitu kepala tunduk, belakang melengkung dan kaki /lutut rapat ke dada serta di balut pula dengan dinding rahim. Hakikat ini membuat bayi selama hayat di kandung rahim telah merasa BAGAI DI PELUK DAN DI DAKAP. Apabila bayi lahir, mereka tak lagi duduk secara fetal position dan tiada lagi dinding rahim. Sekeliling terasa begitu luas dan asing maka ia membuat ramai bayi panik (kerap menangis) akibat perubahan drastik.
Pengganti terbaik rasa bagai di dakap dan di peluk ini ialah bila bayi di peluk/dakap/gendong oleh ibu kerana ‘closeness sensation’ yang didapatkan. Isunya, tidak ada ibu bayi yang mampu gendong dan dakap anak 24 jam seperti mana ibu rahim manusia telah beri. Maka ,bila-bila masa ibu perlu berlepas diri dan perlu meletakkan bayi terutama sekali untuk tidur, maka ibu gantikan dengan bedung untuk bayi terus rasa selamat bagai di dakap.
Bedung ini HANYA DI GUNAKAN PADA 2 KEADAAN: UNTUK TENANGKAN BAYI YANG MENGAMUK DAN UNTUK BANTU LENA SAHAJA. Kerana hanya bila bayi rasa ‘selamat’ dan ‘familiar’ dengan bantuan mententeramkan yang dia dapat, baru lah dia boleh benar-benar tenang (berhenti nangis) dan lena.
SELAIN DARI 2 KEADAAN INI, TIADA KEPERLUAN untuk bayi di bedung.
Tambahan pula, 2 gangguan tidur bayi kecil yang utama ialah: menggeliat dan reflek tersentak-sentak (moro reflex) membuat bayi kerap terjaga /terganggu kualiti tidurnya. Menggeliat dan moro reflex ini keduanya bagus untuk perkembangan bayi dan ia aktif sepanjang masa :berjaga atau tidur.Tiada ragu dan tiada bantahan dalam hal ini.
NAMUN, bila tidur, bagi bayi dari kategori high demand dan infantile colic di mana kedua mereka miliki state control atau kawalan pusat yang lemah (beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat/tidur), mereka sangat bermasalah untuk kembali lena sendiri bila tiap kali terjaga akibat menggeliat dan moro reflex ini lalu mula menangis minta bantuan ibu. Ini sebabnya mengapa ramai ibu kata ‘ anak saya tak lena bila di letak. Pasti sekejap saja dah berjaga. Tapi kalau di dukung atau dakap, lama pula tidurnya’.
Tiada masalah jika ibu mahu dakap lama-lama, namun jika ia mula meletihkan dan ibu buntu, maka ibu perlu tahu ANAK TETAP BOLEH SAMA LENA bila di letak ,’ helah’ nya ialah bedung lah.
Maka, TIDAK BENAR jika bedung di katakan menyekat pergerakan bayi dan bayi tak boleh meneroka (explore). Soalan saya:
APAKAH YANG BOLEH DI EXPLORE OLEH BAYI YANG SEDANG MARAH DAN TIDUR?
⚠ Paling penting, garis panduan bedung yang betul dan selamat ialah: kaki bayi WAJIB tetap boleh di gerakkan (move around) dan kekal bengkok (jangan paksa luruskan). Yang ‘dikunci’ seketika ketika tidur hanyalah tangan bayi. Kenapa? Kerana tangan bayilah yang paling memberi kesan tersentak/tergapai (trashing) setiap kali reflek moro aktif lalu bayi terkejut dan mula nangis semasa tidur. Jadi bagaimana pula ia menyekat pergerakkan bayi terutama ketika bayi bukan dalam fasa explore? Bila berjaga, explore lah semahunya. Bila tidur, tidurlah dengan berkualiti kerana tidur yang berkualiti ini besar kesannya kepada perkembangan dan pembesaran anak.
⚠Tapi…….anak saya tak suka di bedung!
Baik, perjelaskan maksud ‘tak suka’ itu. Jika:
1. ‘Tak suka’ itu kerana anak BUKAN SEDANG MENANGIS DAN BUKAN SEDANG TIDUR, ini tentulah dapat di faham. Kenapa pula mahu di bedung anak yang bukan sedang nangis dan bukan nak tidur? Tentulah anak itu marah kerana dia sedang dalam ‘mode’ meneroka dan mahu bermain, jadi kenapa di ‘perangkap’ nya dengan bedung? . Ini telah saya terang dalam hujah di atas iaitu waktu perlu bedung anak.
2. ‘ Tak suka’ itu kerana anak menangis makin kuat, meronta-ronta dan bagai mahu keluarkan tangannya, maka saya ingin tanya:
Jika anak tuan puan menangis sekuat hati, namun kaki dan tangannya lembik terkulai di tepi, adakah ini kelihatan normal buat tuan puan?
Tentulah TIDAK!. Saya telah sebut di atas bahawa anak yang menangis,pasti ‘trashing'( mencampak/hentak-hentak) tangannya. Pada masa inilah moro reflex (reflex tersentak-sentak) di aktifkan dan anak jadi makin panik lalu menjerit makin kuat SELAGI BEDUNG BELUM DISEMPURNAKAN. Kerana, bedung menghentikan ‘trashing’. Atau, peluk dan dakap anak anda. Ingat, saya telah sebut di atas, dakap, peluk dan bedung ini adik beradik.
⚠ Tapi……..anak saya tetap tak diam juga walau dah di bedung dan di dakap
⏩⏩ belajarlah teknik menenteramkan bayi. Jika dengan bedung saja semua bayi terus diam dan lena tidur..aduhai…mudahnya hidup ini. Semua ibubapa belajar bedung saja lah.Selesai masalah! INGATLAH, dalam rahim dahulu anak bukan rasa bagai di peluk saja. Dia juga berdodoi sepanjang masa, di dengarkan dengan bunyi rahim tak henti, tak kenal erti lapar (kerana plasenta salur makanan 24 jam) dan dapat menghisap (jari) dengan mudah tanpa masalah kerana keadaan sempit memudahkan jarinya terletak di depan muka. Jadi, kenapa pula sekarang selepas lahir ibubapa ‘expect’ anak boleh diam dan lena HANYA DENGAN BEDUNG?.
Tak patut…tak patut…
Sumber:
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
THB ASSC . USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
AHLI DOKTORBUDAK.COM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Pakaikan Bayi Sarung Tangan Lama Sangat. Tak Bagus Untuk Perkembangannya!
Jarang nampak bayi baru lahir sampai umur tiga bulan dibiarkan tanpa bersarung tangan. Sarung tangan bayi menjadi barang wajib pakai dan mesti ada bagi yang baru bersalin. Kalau tak pakai macam tak lengkap dan bukan bayi baru lahir pula.
Alasannya sebab ibu bimbang bayi akan mencederakan mukanya sendiri dengan kuku yang panjang. Penjagaan tradisional sejak turun temurun ini memang tak ada siapa yang berani membantah.
Tetapi zaman sekarang yang serba moden dan pelbagai kajian dilakukan oleh pakar mendapati sarung tangan sebenarnya tak perlu dipakaikan terlalu lama kepada bayi baru lahir.
Pemakaian sarung tangan sebenarnya boleh mempengaruhi perkembangan si anak. Ini antara sebabnya.
1. Tangan bayi sentiasa menggenggam
Perasan tak bila sesekali anda membuka sarung tangan bayi mesti keadaan tangannya sentiasa menggenggam sahaja kan? Jika kita menanggalkan sarung tangan seawal yang boleh, tangan anak akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
2. Bayi tak akan meneroka dunia sekelilingnya
Kalau tangan bayi sentiasa berada dalam sarung tangan dan terus menggenggam tangannya, dia tidak akan dapat meneroka apa yang ada di sekelilingnya dan otaknya juga tidak akan terangsang.
Kita yang bergelar ibu sudah diajar oleh orang tua-tua supaya sentiasa memakaikan bayi sarung tangan supaya tidak tercakar mukanya sendiri, tangan anak tidak sejuk atau terkena sawan daki di celah-celah jari bayi.
Sebenarnya dengan tidak memakaikan bayi anda sarung tangan, ia menjadi pelajaran pertama baginya.
Memang awalnya anak akan berisiko tercakar mukanya sendiri dan akan menyebabkan luka sedikit, tetapi selepas itu dia belajar kalau terkena kuku, akan rasa sakit. Jadi si kecil akan berhenti mencakar muka dan mula menggosok muka menggunakan belakang tapak tangan.
Untuk mengelakkan bayi daripada mencakar mukanya sendiri, ibu mestilah rajin memotong kuku bayi supaya ia sentiasa pendek. Kebanyakan ibu tak pernah memotong kuku bayi mereka dengan alasan takut kerana kuku anak terlalu halus dan nipis.
Bahkan alasan sawan daki di celah jari bayi juga dapat dielakkan daripada berlaku apabila tidak dipakaikan sarung tangan.
Sebaiknya ibu boleh mula menanggalkan dan menghentikan pemakaian sarung tangan seawal bayi berusia sebulan supaya dia dapat mula belajar banyak perkara menggunakan tangannya.
Misalnya, bayi yang minum susu menggunakan botol, boleh mula diajar memegang botol sendiri (dengan pantauan ibu) sementara yang menyusu susu ibu, boleh diajar menyentuh kulit ibu dan proses ini dinamakan bonding.
Banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh bayi anda bila dia mula meneroka dunia sekeliling menggunakan jari tangannya termasuk perkembangan skil motor, kinestetik dan segala kemahiran menggunakan tangan.
Jadi, kenapa perlu halang jari jemari anak kita dan tangannya daripada meneroka segala yang ada di sekelilingnya jika ia baik untuk perkembangan mereka?
Tak perlu membazir duit membeli banyak sarung tangan bayi anda. Biarkan jari mereka meneroka dunia ini.
Sumber: Nor Farahdilah Furmon
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI