Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu, 33, memohon orang ramai supaya mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anak keduanya pada pertengahan bulan ini berjalan lancar.
Katanya, Adam Musa yang baru berusia setahun enam bulan menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
“Saya harap sepanjang dua minggu ini sama-sama mendoakan anak saya, Adam Musa Khairul Azhar yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung pertama.
“Semoga Adam Musa segera pulih selepas pembedahan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN) dan diberkati dengan kehidupan yang sihat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan IJN, doktor dan kakitangan di atas kelancaran urusan dan layanan sejak anaknya menerima rawatan di situ.
“Terima kasih kerana segala proses kemasukan Adam Musa ke wad berjalan lancar, malah semua kakitangan memberikan layanan yang baik.
“Dia asyik menangis sejak pagi, tetapi gembira selepas dapat menikmati buah beri biru dan tauhu dengan nasi.
Ads
“Saya sangat gementar, namun berharap anda semua dapat mendoakan Adam supaya cepat pulih,” tambahnya.
Ads
Terdahulu, bayi lelaki yang dilahirkan pada Disember 2017 itu pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.
Selain Adam, Hunny yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai seorang anak perempuan, Eva Medina, yang kini berusia tujuh tahun.
Percaya tak susu ibu ni rasanya berlainan setiap hari mengikut jenis makanan yang ibu makan. Sebab itulah bila kita menyusu bayi, sebolehnya bayi tak mahu lepas. Perasan tak?
Beruntung sangat bayi kita kerana apa yang kita makan, itulah yang dia dapat rasa. Jadi ramai pakar jelaskan bayi yang menyusu badan ni mereka akan membesar dengan sihat dan tidak menjadi seorang anak yang memilih makan.
Ini kerana dari awal-awal lagi anak dah dapat rasa pelbagai makanan melalui susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Penyusuan, Dr Nurhaya Yacob dari Dr Nurhaya Lactation Center inilah kebaikannya.
“Hmm sedapnya susu hari ni, tak pernah rasa pula sebelum ni. Nak lagi lah!” Suara hati bayi yang menyusui di hari raya. Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak.
Begitulah anak yang minum susu ibu. Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu, bukan saja memiliki nutrisi terbaik untuk bayi namun memberi kepelbagaian rasa terhadap susu ibu walaupun si bayi belum pun memulakan makanan pertamanya.
Sekiranya pemberian makanan tambahan kepada bayi di mulakan dengan baik dan betul, bayi yang menyusui tidak mudah menjadi “picky eater” kerana mereka sudah pun mendapat “rasa” makanan tebut melalui proses penyusuan pada tempoh 0-6 bulan tersebut.
Betul ke ibu makan macam-macam, anak mudah kembung perut?
Ramai yang kerap bertanya, makanan apa yang buat anak angin?
“Angin” yang dimaksudkan di sini adalah gas yang terbentuk di dalam usus bayi akibat dari mungkin pencernaan yang kurang baik.
Contohnya:
Ibu minum dan makanan dari produk tenusu seberti keju dan susu dalam kuantiti sedang atau banyak. Cheese cake 2 keping, strawberry milk shake ditambah pula dengan pengambilan susu kerana di momokkan dapat meningkatkan produksi susu.
Susu ibu mungkin akan naik secara tiba-tiba kerana pengaruh oksitosin dari rasa gembira dapat makan cheese cake 2 keping kegemaran sambil dapat “me time”.
Produk tenusu mungkin punca
Produk tenusu memilik kandungan laktose yang tinggi. Susu ibu juga ada laktose. Mungkin pada malam itu kandungan laktose lebih tinggi sedikit dari biasanya. Bayi menyusu dengan sangat rakus kerana sedapnya cheese cake tadi.
Apabila bayi sedang mencerna susu ibu tersebut, susu itu memiliki kandungan laktose yang lebih tinggi sehingga ia memerlukan masa yang lebih lama untuk di hadam.
Tempoh masa yang lebih lama di dalam usus bayi itu melalui proses fermentasi oleh mickororganisma di dalan usus terhadap laktosa di dalam usus dan menghasilkan lebih banyak gas. Gas hasil dari fermentasi. Yah,itulah anginnya yang buat anak kembung itu.
Bayi yang mengalami isu reflux dan lactose intolarance selalunya dinasihati ibunya untuk mengurangkan mengambilam makanan dari asas tenusu.
Cili boleh menyebabkan anak cirit
Begitu juga dengan cili. Cili mengandungi capsaisin yang boleh menyebabkan cirit sekiranya di ambil dalam kuantiti yang banyak.
Maka bersederhalah dalam memilih makanan dan makan. Sebaik apa pun makanan itu, sekiranya di ambil dalam kuantiti yang banyak, akan membawa kemudaratan.
Angin tidak di pindahkan dari dalam payudara ke dalam susu. Kalau ada angin betul-betul, ibu tersebut sudah mengalami “trombosis” (ketulan darah) di sana sini akibat dari angin yang berlegar-legar di dalam tubuh. Hahaha.
Selamat menikmati juadah dan besederhana lah ya. Bukan sahaja anak kembung nanti, kita pun boleh cirit kalau makan banyak sangat.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila anak sakit, ibu ayah mesti risau. Tapi jangan sekali-kali terlepas pandang 3 tanda-tanda ini, tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa.
Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan. Sememtelah antibodi yang masih belum kuat. Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga berkongsi mengenai pengalaman dan tip beliau setelah berhadapan dengan kes-kes kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh kelambatan menerima rawatan. Sekiranya rawatan diberikan dari awal, kemungkinan besar nyawa si kecil dapat diselamatkan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Sebagai Pakar Perubatan Keluarga, salah satu tugas saya ialah menghadiri Mesyuarat Kematian Kanak-kanak bawah 5 tahun.
Selalu kami akan meneliti apa kronologi yang membawa kepada kematian anak-anak ini dan memutuskan sama ada kematian itu sepatutnya boleh dicegah mahupun tidak.
IBU BAPA PERLU TAHU SIMPTOM BAHAYA PADA ANAK SAKIT
Ada beberapa kes yang saya dapati, di mana anak-anak ini dibawa lambat ke klinik/hospital. Bukan untuk menyalahkan ibubapa tapi tak ramai ibubapa yang tahu apa tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan bila anak-anak sakit.
Majoriti anak-anak bawah umur 5 tahun akan mengalami jangkitan kuman, secara puratanya 6 kali setahun. Selalunya dalam bentuk batuk, selsema.
Ini kerana sistem imun anak-anak masih dalam perkembangan dan anak-anak juga banyak terdedah dengan individu yang menjadi pembawa kuman, contohnya di taska atau sekolah harian.
KEBANYAKAN JANGKITAN BOLEH SEMBUH SENDIRI TANPA ANTIBIOTIK
Kebanyakan jangkitan ini disebabkan oleh virus dan mampu sembuh sendiri tanpa perlukan antibiotik. Disebabkan itu saya akan nasihatkan untuk beri panadol mengikut jam dalam dos yang diperlukan bagi kes-kes ringan sebegini. Biasanya demam virus biasa mengambil masa selama 4-5 hari untuk kebah dan tidak sepatutnya berlarutan melebihi seminggu.
HARI INI MUNGKIN STABIL ESOK MUNGKIN BOLEH JADI SEBALIKNYA
Tapi keadaan anak-anak ini mampu berubah. Hari ni mungkin masa dia dibawa jumpa Dr, keadaan dia masih stabil, tapi keadaan ini boleh bertukar. Dan jangan pula sangka Dr yang bagus akn beri banyak jenis ubat. Yang penting, Dr bertanggungjawab memeriksa dan menilai samada keadaan anak ini masih stabil atau perlu rujukan/kemasukan ke hospital. Itu lebih penting.
3 TANDA PADA ANAK YANG IBU AYAH PERLU SEGERA BAWA KE HOSPITAL
Apa tanda-tanda bahaya yang memerlukan anak ini dibawa berjumpa doktor secepat mungkin?
#1. GERAKAN SEPERTI SAWAN
Ada gerakan seperti sawan iaitu tangan/kaki tersentak, mata pandang atas, mulut berbuih.
#2. TIDAK AKTIF & KURANG RESPONS
Anak tidak aktif, tidak mahu bermain dan tidak respond pada penjaga.
#3. TIDAK MAKAN & MINUM. BILA PERIKSA TIADA KENCING & LAMPIN KERING
Anak tidak boleh minum atau makan apa-apa pun, hingga pampers pun kering tak basah dengan kencing. Anak-anak normal biasanya perlu tukar pampers 2-3 kali sehari, sekurang-kurangnya.
TERUSKAN PANTAU ANAK WALAU PUN SUDAH DIRAWAT/ DIBERIKAN UBAT
Jangan fikir sebab anak sudah dibawa berjumpa Dr minggu lepas, anda merasakan anak sudah OK dengan ubat yang diberi.
JANGAN AMBIL MUDAH & BERLENGAH
Bila ada tanda bahaya jangan ambil mudah dan berlengah. Dan jangan bawa kepada bomoh dengan anggapan kena sampuk, tu saya rasa macam mak bapak yang saya nak hempuk!
Biasa ibu yang bakal bersalin, bila bab mengemas beg pakaian untuk dibawa ke hospital mereka masih lagi keliru barang apa yang penting perlu untuk ibu dan bayi. Sebolehnya semua nak bawa kan?
Bagi ibu yang sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi, sebenarnya tak perlu pun bawa beg besar ke hospital. Hanya bawa barang penting sahaja. Nak tahu apa yang perlu ada ketika dalam wad, berikut perkongsian jururawat, Shazwani Wahab.
Aku ni misi. So aku ni suka tau perhati kalau ibu-ibu mengandung bawak barang untuk admit ward. Ada yang bawak 1 beg je. Ada tu bawak beg macam nak pergi holiday. Kalau boleh 1 rumah tu dia nak bawa.
Sini Wani ada share apa benda penting dan yang perlu bawa. Tak perlulah dah nak bawa selugagge barang. Bawa 1 beg baby dan 1 beg kecil barang mak pun dah cukup.
Baju mak pun tak payah bawa 1 almari. Bawa baju masa nak balik je. Duduk wad pakai baju hospital. Cantik apa baju hospital.
Baju baby bawa je dalam 3 pasang. Lagipun sesetengah hospital ada sediakan baju untuk baby. Tak payah bawak sampai 10 pasang.
Benda sangat penting kena bawa masa daftar buku mengandung, IC dan sijil nikah atau kad nikah. Asingkan dalam 1 fail. Masuk terus dalam kereta. Senang citer.
Start 28 minggu pregnancy boleh dah packaging barang. Bawa je pergi mana-mana. Pergi kerja ke, gi holiday ke atau balik kampung.
Wani harap apa yang Wani share ni dapat manfaat untuk semua ibu. Tak payah dah nak pening tak tau nak bawa apa.
Selamat melahirkan insan tersayang dan dipermudahkan urusan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.