Apabila terjadinya pendarahan (bleeding), tentu ia menimbulkan kerisauan kepada ibu. Abby Abadi bimbangkan keselamatan kandungannya.
Dalam kemaskini Instagram, pelakon Abby Abadi berkongsi tentang keadaan terkini kandungannya. Abby mengkhabarkan dirinya sedang mengalami tekanan sehingga terjadinya pendarahan.
Ekoran pendarahan yang terjadi dia pada mulanya menganggap sudah tiada rezeki. Bagaimana pun, hasil ujian imbasan mendapati bayi dalam keadaan sihat.
“Hari ni hari Khamis, Abah free nak melayan Mama.
“Banyak benda na diuruskan hari ni. Harap ALLAH mudahkan jalan kami ?
“2/3hari ni Mama tensen, sampai bleeding.. ingatkan takde rezeki dah, gi scan kat Klinik Anda, syukur.
“Doktor kata baby meloncat-loncat lagi dalam perut ni.”
Selain itu, Abby turut memaklumkan kemungkinan ubat yang baru diambil tidak serasi dengan dirinya. Bahagian rahim dirasakan mengeras selama 2 hari dan menyebabkan rasa sakit.
“Bagitau Dr, saya makan ubat baru dan saya rasa tak serasi ubat tu dgn saya sebab 2 hari perut jadi sakit keras semacam.”
Doktor yang merawat memberikan ubat dan menyarankan Abby untuk berehat untuk menurunkan tekanan darah. Sekiranya tekanan tidak turun, Abby kemungkinan akan dimasukkan ke hospital.
“Doktor bagi ubat kurangkan tekanan & sekarang suruh rehat jap.. kalau tak turun juga tekanan darah ni, kena masuk hospital.”
Abby memohon para followernya mendoakan agar keadaannya bertambah baik dan berharap rezekinya menjadi kenyataan. Katanya ini adalah yang terakhir.
“Doakan saya ye. Doakanlah rezeki ini jadi kenyataan.. lassttt ni hihi”
Para follower meminta Abby untuk berehat dan mengelakkan stres. Selain itu ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Abby serta kandungannya.
“Jgn stress n kuat kerja sgt kak abby. Semoga rezeki anak kalini menjdi kenytaan..”@maksu.syima
“Aamiinnn.. Semoga baby sentiasa sihat dan selamat lahir ke dunia.. Kena banyakkan rehat juga kak @abby_abadi112 keep strong ya.. ??”
@winkycheezie
“Jaga diri sis. Jangan tensen2. Bykkan berehat.” @watachiwa_azinsa
“Amin amin Ya Allah… Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini… Semoga kak Abby sihat selalu.. Byk2 berehat..“@deezjengka
Sumber: abby_abadi112 & jaiezzany
Artikel berkaitan: Abby Buka Buku Pink Di KK Sebab Darah Tinggi, Bakal Lahir Baby 2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI