Enggan terus mengelak pelbagai pertanyaan ramai, usahawan berjaya dan selebriti Neelofa akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.
Ibu kepada Muhammad Bilal itu akhirnya bersedia berkongsi perkhabaran gembira itu kepada orang ramai setelah perubahan fizikal yang kini semakin jelas kelihatan.
Malah isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendedahkan yang kandungannya kini berada di trimester kedua.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih bayi lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” katanya berkongsi.
Bahkan akui Neelofa lagi, kehamilan kali kedua ini nyata lebih mudah berbanding anak pertamanya yang merupakan kehamilan sulung.
Tak kisah jantina anak
Bahkan kata Neelofa, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak kedua dan sedang dalam persiapan menyambut kelahirannya tidak lama lagi.
“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.
“Syukur, setakat ini saya tida ada alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua, jadi sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semuanya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Neelofa melangsungkan pernikahan dengan Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 Januari tahun lalu, Muhammad Bilal bin Muhummad Harris.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma