Kanak-kanak penghidap hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak) dan spina bifida (kecacatan tulang belakang), Mardhiyah Hanum Mas Hezrin, akan menjalani pembedahan mengeluarkan implan besi di belakang tubuhnya dijangka pada 25 November ini.
Bapanya, Mas Hezrin Md Salmi, 37, berkata pembedahan itu akan dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
“Apa yang diharapkan pembedahan kali ini berjalan lancar dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya yang berusia tiga tahun itu.
“Rasa gementar tetapi kalau boleh, biarlah cepat (pembedahan) kerana kasihan melihat Hanum (nama singkatan) yang sebelum ini tidak begitu selesa dengan besi di belakang badannya.
“Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan buat masa ini, Hanum ditempatkan di wad untuk pemantauan sebelum menjalani pembedahan.
“Saya tidak pasti berapa lama Hanum akan ditahan di wad selepas pembedahan tetapi jangkaannya adalah dalam tempoh satu hingga dua minggu,” katanya.
Terdahulu, pada 30 Oktober lalu, kisah adik Hanum ini yang lumpuh separuh badan pernah dikongsikan kerana mengalami kecacatan tulang belakang.
Keadaan itu menyebabkan belakang badannya dimasukkan besi bagi menyokong serta meluruskan tulang yang bengkok.
Bagaimanapun, pergerakan Hanum perlu dipantau selepas implan besi di belakang badannya terkeluar.
Diharapkan urusan adik Hanum dipermudahkan dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Metro & FB Mardhiyah Hanum Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pandailah Dia Jaga Badan Dia” Video Isteri Fizo Minum Ais Selepas 30 Hari Bersalin Raih Perhatian Ramai
Isteri pelakon popular, Fizo Omar iaitu Fezyra Nesry yang kini memasuki hari ke 30 selepas kelahiran anak kedua mereka dilihat sedang berjalan-jalan di sekitar Melaka.
Fezyra atau mesra di sapa Faz bersama-sama ibu dan anak sulungnya melawat ke Zoo Melaka pada waktu malam.
Video mereka di kongsi di laman Instagram Faz sendiri sebagai kenang-kenangan.
https://www.instagram.com/reel/CtndEukMKl1/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
“It was an exciting experience at Zoo Melaka Night Safari! It’s my first time visiting zoo at night and everything was different! It’s more fun and thrilling.”
Namun dalam video tersebut, Faz turut berkongsi dia makan bersama keluarga. Tapi yang menarik perhatian ramai ketika Faz minum air berais.
Rata-rata warga maya memberikan komen positif dan meminta agar ramai terbuka dengan cara berpantang masing-masing.
Pandai la dia jaga bdn dia.. Kita xpayah masuk campur.. 😊
mia_damisa’s profile picture
Ramai ibu ibu sekarang condemn orang berpantang/tak, bf/susu tepunh, and so on. Sometimes benda² macam ni blh triggered orang dan blh jd punca gaduh/keyboard warrior. Yg ikut pantang dan suka healthy food, teruskan. Jangan kacau org. Yang mana xpantang, biarkan. Bg I, kalau org sharing bnda yg tak berkaitan pantang tu biar jela, xpyh la kita sibukkan diri. Pandai la dia jaga diri dia sendiri, kita jaga diri kita sendiri. I pun suka pantang tradisional dan ikut pantang cara lama, tp xsuka terjah wall org nasihat itu ini hihihi. Melainkan org mnta nasihat. Just my 2cent ♥️. Btw night safari malacca mmg best, pernah pergi. Soon nk g lagi♥️
easy.store.murah’s profile picture
ais xsalah..sy pn berpntang ikot cara moden
Kredit: Fezyra
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://wasap.my/60195440235 atau klik link di bawah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagaimana Cara Berkhitan Bagi Bayi Perempuan? Sebelum Berkhitan Ibu Bapa Wajib Tahu Prosedur
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan (bersunat) pada bayi saya, beberapa hari selepas bersalin. Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor, tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan. Bagaimana cara ia dilakukan? Saya juga serba salah kerana ibu mertua saya kini sudah bertanya adakah saya ingin mengkhitankan bayi dengan cara tradisional yang saya juga tidak pasti bagaimana caranya. Harap doktor boleh berikan saya informasi tentang khitan kepada bayi perempuan.
Berbeza dengan amalan berkhatan bagi lelaki, berkhitan bagi bayi perempuan tidak dijelaskan mahupun disarankan daripada aspek perubatan. Secara klinikal, berkhatan bagi lelaki disyorkan bagi kes-kes jangkitan air kencing (urinary tract infection) yang berulang, phimosis/paraphimosis di mana kulit depan bahagian penis terlalu kecil atau ketat sehingga proses pembuangan air kecil terganggu atau mengalami masalah.
Oleh itu prosedur berkhatan daripada segi perubatan dipraktikkan secara tetap atau standard, di mana bahagian prepuce akan dipotong dan dibuang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada konvensional, klip ataupun laser bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang doktor, serta peralatan surgeri yang terdapat di fasiliti terbabit.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat apa-apa indikasi/keperluan untuk berkhitan bagi bayi perempuan daripada segi perubatan. Amalan berkhitan bagi bayi perempuan adalah sesuatu yang dilakukan atas sebab suruhan/hukum agama atau amalan tradisi sesuatu masyarakat.
Oleh yang demikian, tiada cara/prosedur yang tetap atau standard bagi berkhitan untuk bayi perempuan. Malahan amalan ini dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kebiasaan masyarakat setempat contohnya di timur tengah, Afrika dan di Asia.
Di Malaysia, kebanyakan orang Melayu mengkhitankan bayi perempuan di klinik doktor perubatan ataupun oleh bidan kampung. Selepas dibersihkan, clitoris sama ada dipotong sedikit atau hanya dilukakan dengan menggunakan jarum. Luka yang sedemikian hanyalah minima, tanpa pendarahan yang ketara dan sembuh dengan segera tanpa memerlukan apa-apa cara penjagaan khas.
Saya mengesyorkan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu daripada pengamal perubatan atau bidan yang mahu melakukan prosedur khitan tersebut. Secara amnya, prosedur berkhitan bagi bayi perempuan haruslah tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan dan kecacatan kepada alat kelamin/kemaluan bayi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada
Dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa , keutamaan kita adalah untuk memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada mereka. Selain makan, minum, pakaian serta tempat tinggal, salah satu perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan adalah soal kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, mulalah kita rasa risau kan?
Selain daripada demam, batuk dan selesema, terdapat pelbagai lagi penyakit berkaitan kanak-kanak yang merisaukan, termasuk risiko penyakit yang melibatkan jangkitan otak seperti Meningitis dan Ensefalitis. Walaupun kes ini jarang berlaku, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang tanda dan gejala penyakit ini serta langkah pencegahannya.
Fahami Apa Itu Meningitis dan Ensefalitis
Penyakit merbahaya berkaitan dengan jangkitan kuman dalam otak, boleh membawa maut dan ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Meningitis dan Ensefalitis. Meningitis ialah keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Manakala Ensefalitis pula melibatkan keradangan akut di bahagian tisu otak.
Kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan serius pada kesihatan kanak-kanak. Selain berpotensi menyebabkan kelemahan secara am, ia juga boleh menyebabkan gangguan neurologi seperti kekejangan, masalah pembelajaran, serta komplikasi pendengaran atau penglihatan. Kesan dan tahap serius jangkitan kuman juga turut berbeza mengikut pesakit, kerana ia bergantung kepada sejauh mana sistem saraf pusat seseorang itu terjejas.
Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang atau kecacatan. Meskipun keadaan ini menakutkan, namun penyakit-penyakit ini dapat diuruskan dengan berkesan melalui kesedaran awal dan rawatan segera yang tepat.
Penyakit Tak Kenal Usia, Cegahlah Dari Awal
Penyakit berkaitan jangkitan otak ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan mudah tersebar melalui titisan cecair saluran pernafasan. Sangat mudah kan untuk ia tersebar dan menjangkiti orang lain?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti, kesedaran yang tinggi tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang baik perlu ditekankan. Misalnya dengan mengelakkan kontak rapat atau menghindari aktiviti pertukaran air liur seperti berkongsi peralatan makan dan bercium.
Sensitif Terhadap Bunyi & Cahaya Antara Gejala Jangkitan Otak
Pengesanan awal gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, kekakuan otot, sering mengantuk, lesu serta sensitiviti terhadap bunyi dan cahaya (fotofobia) yang dialami oleh anak anda adalah penting. Apabila gejala ini dapat dikenalpasti segera, ia boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil rawatan yang akan dijalani.
Mengenal pasti punca jangkitan juga penting untuk menentukan rawatan yang berkesan dan sesuai. Antara punca jangkitan yang menyebabkan penyakit Meningitis dan Ensefalitis termasuklah penyebaran bakteria dan virus yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, kulat, masalah autoimun dan dadah.
Langkah-Langkah Diagnostik dan Rawatan
Prosedur diagnostik seperti ujian darah, CT (Computed Tomography), atau MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah kritikal untuk menentukan langkah seterusnya dengan tepat. Penyakit ini mempunyai beberapa kaedah rawatan yang berbeza, termasuklah menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria, antiviral untuk kes tertentu, dan ubat anti-kejang untuk individu yang mengalami keadaan kejang.
Lumbar Puncture atau Tebukan Spinal, juga merupakan salah satu kaedah diagnostik, yang melibatkan pengumpulan cecair serebrospinal (Cerebrospinal Fluid) untuk mendapatkan analisis. Walaupun pada umumnya selamat, kaedah ini mungkin memerlukan pembiusan bagi kanak-kanak dan ia merupakan prosedur yang dapat menyumbang dalam menentukan diagnosis yang tepat dan perancangan pengurusan yang berkesan.
Vaksinasi: Kunci Pencegahan
Vaksinasi adalah antara langkah pencegahan yang amat penting. Sebagai contoh, vaksin Meningokokus (Meningococcal vaccine) boleh membantu mencegah bakteria meningitis yang disebabkan oleh Neisseria meningitidis.
Tahukah ibu bapa, vaksin untuk demam campak, beguk, rubella (MMR), cacar air, dan ensefalitis Jepun (Japanese encephalitis) pula dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit otak ini yang bukan sahaja mampu melindungi individu malah pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penularan jangkitan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Dapatkan Nasihat & Bantuan Dari Pakar Terbaik Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk melindungi anak kita daripada terkena jangkitan otak. Di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), mereka komited untuk melindungi anak-anak anda.
Di bawah pengawasan Dr. Shalini Shanmugam, perunding pediatrik berpengalaman, hospital ini menjanjikan konsultasi serta rawatan terbaik untuk pesakit kanak-kanak. Beliau bukan sahaja merupakan pakar dalam pengkhususan pediatrik am, malah turut cemerlang dalam pengurusan neonatal, pemakanan, dan pertumbuhan kanak-kanak. Kepakaran dan pengalaman beliau telah banyak menyumbang kepada penyediaan penjagaan kesihatan yang terbaik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, DSH2 merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare Berhad yang menawarkan rawatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang klinikal utama. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang dipacu oleh Artificial Intelligence (AI) serta sistem digital berintegrasi, DSH2 menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa untuk si kecil anda.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah temujanji dengan pakar pediatrik DSH2, Dr. Shalini Shanmugam, hantarkan email ke drshalinis@kpjdamansara2.com, hubungi +603 7717 3000 atau layari www.kpjhealth.com.my/damansara2/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI