Kanak-kanak penghidap hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak) dan spina bifida (kecacatan tulang belakang), Mardhiyah Hanum Mas Hezrin, akan menjalani pembedahan mengeluarkan implan besi di belakang tubuhnya dijangka pada 25 November ini.
Bapanya, Mas Hezrin Md Salmi, 37, berkata pembedahan itu akan dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
“Apa yang diharapkan pembedahan kali ini berjalan lancar dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya yang berusia tiga tahun itu.
“Rasa gementar tetapi kalau boleh, biarlah cepat (pembedahan) kerana kasihan melihat Hanum (nama singkatan) yang sebelum ini tidak begitu selesa dengan besi di belakang badannya.
“Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan buat masa ini, Hanum ditempatkan di wad untuk pemantauan sebelum menjalani pembedahan.
Terdahulu, pada 30 Oktober lalu, kisah adik Hanum ini yang lumpuh separuh badan pernah dikongsikan kerana mengalami kecacatan tulang belakang.
Keadaan itu menyebabkan belakang badannya dimasukkan besi bagi menyokong serta meluruskan tulang yang bengkok.
Bagaimanapun, pergerakan Hanum perlu dipantau selepas implan besi di belakang badannya terkeluar.
Diharapkan urusan adik Hanum dipermudahkan dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Metro & FB Mardhiyah Hanum Official