Si comel Ardy Wira, anak kesayangan Betty Rahmad sememangnya dikenali kepetahannya bercakap. Bukan hanya petah bercakap bahkan Wira rupanya cukup pandai mengaji walaupun baru berusia dua tahun lebih.
Menerusi perkongsian Betty di Instagramnya, walaupun baru berusia dua tahun 10 bulan, si cilik Wira sudah pun habis Iqra 1. Satu kejayaan besar bagi kanak-kanak diusianya.
Memuat naik video bacaan Wira di Instagramnya, ternyata Wira mampu mengenal huruf malah begitu lancar menyebut bacaannya. Hebat!
“Alhamdulillah MasyaAllah Tabarakallah. Harini anak soleh mummy dah habis Iqra 1.
“Doakan Wira terus terang hati ❤️ Aamin. Thank you tolong Mummy nak improve diri day by day.#ardywira #2years10monthsold,” tulisnya di Instagramnya.
View this post on Instagram
Melalui entrinya yang terdahulu, Betty berkongsi teknik bacaannya yang meminta Wira menyebut bunyinya agar menarik minat Wira. Teknik yang boleh diaplikasikan oleh ibu-ibu lain bagi menambah fokus anak-anak kecil kita.
“Konsep teknik baru belajar mengaji. Kena pretend kita taktau and suruh dia ajar pulak.
“Dengan kakak dia memang buat perangai dah taknak mengaji. So mummy lah kena take over dengan ugutan kalau tak mengaji tak boleh sleep with mummy.
“Alhamdulillah few more pages nak habis Iqra 1. MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Mummy, Daddy & Kakak so proud of u. Doakan Wira 🤲 ❤️ @ardywira_ #ardywira #2years10months,” kongsi Betty.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikut Wira dan Betty memuji kecerdikan Wira malah memuji usaha Betty dan suami dalam mendidik anak mereka.
Semoga Wira terus ‘terang hati’, sihat tubuh badan untuk terus mengenal ilmu Allah. Syabas Ardy Wira!
Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @bettyrahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI