Kehamilan

“Doakan Yang Baik-Baik.” Comel Baby Bump, Datin Rebecca Hamil Anak Kelima

Share

Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam berkongsi berita baik apabila dia kini sedang hamil anak kelimanya.

Berita gembira itu dikongsikan Rebecca , 36, menerusi laman instagramnya.

Melalui perkongsian tersebut, Rebecca memuat naik gambarnya baby bump beserta hashtag #BismillahiMasyaAllah dan kapsyen ringkas di foto tersebut.

“Assalammualaikum From MummyBecca & Baby BamBam 🤰😇.

“Doa Yang Baik Baik, Cakap Yang Baik-Baik, InsyaAllah,” tulisnya.

Setakat ini Rebecca belum memaklumkan secara terperinci usia kandungannya itu.

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat Rebecca yang teruja dan tak sangka diam-diam mommy Becca rupanya ada ‘isi’.

Pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkahwin dengan peguam, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Hasil perkahwinan Rebecca, pasangan ini mempunyai empat cahaya Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmad Al-Reaggan, 4, selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel, 14 dan Nor Aurora Riana, 4 tahun.

Sebelum itu, Datuk Nor Azam juga telah mempunyai dua anak sendiri hasil perkahwinannya terdahulu.

Kredit: IG Datin Rebecca 

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy