Semalam selepas mendedahkan perkembangan terkini anaknya yang semakin baik selepas mengalami masalah lambat bercakap atau speech delay, penyanyi Shila Amzah turut berkongsi mengenai kisah anaknya di waktu kecil dahulu.
Menurut kata Shila lagi, anaknya Seth Uwais pernah disyaki mengalami autisme oleh doktor yang merawatnya namun kini menampakkan perkembangan yang semakin baik.
Malah kata Shila, apa yang ditunjukkan oleh Seth sama seperti kanak-kanak autism lain. Namun kini dia bersyukur.
“Masa Sha pergi check kat HUKM, doctor kata Seth ada suspicion of autism, and that was 6 months ago. Honestly, environment sangat memainkan peranan yang penting.
“Bila tiada lagi anasir yang mengganggu tumbesaran dia, in sha Allah kita just kena sabar,”tulisnya berkongsi.
Malah menurut kata Shila lagi, anak kecil kesayangannya itu hanya berada di dalam dunianya sendiri malah tidak suka sebarang sentuhan fizikal, juga tiada sebarang eye contact. Namun kini dialah anak paling manja.
“Seth went from no eye contact, kita cakap pun dia tak nak layan, always in his own world. Tak suka physical touch. Now clingyyy cuddly, Alhamdulillah.
“Kalau screen time Sha suka bagi dia tengok Ms rachel kat YouTube❤️ and Sha dah beli trampoline semalam. Hopefully it will be able to help seth further juga,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, perkongsian Shila di Instagram itu turut mendapat pelbagai reaksi dari peminatnya malah ada yang turut sama berkongsi tip dan mencadangkan pusat terapi terbaik untuknya.
Shila juga turut memuat naik, video Seth yang kini bukan hanya mengeluarkan beberapa patah perkataan bermakna bahkan juga kini sudah pandai menyanyi.
“Cuba teka ni lagu apa ? Haha. Ramai orang tanya pasal seth punya speech delay. He will be 3 years old in 31st of August.
“I was told that he has sensory issues sebab tu nak reach all the milestones macam budak-budak lain Seth agak lambat dalam setahun lebih.
“Siapa-siapa yang tanya untuk pergi therapy tu, therapist takkan terus suruh buat speech therapy dulu. Akan start the occupational therapy dulu then Baru speech therapy.
“Siapa-siapa yang ada therapy centre dekat-dekat dengan rumah masing-masing boleh suggest kat bawah ni k ❤️. So we can share information sama2 dengan all mommies,” kongsi Shila lagi.
Semoga Seth semakin menampakkan perkembangan yang baik dari hari ke hari. Good job Seth!
Terdahulu, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun lebih dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!