Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah perkara biasa, namun ada juga bayi yang tidak mengalami masalah ini selepas dilahirkan.

Jika bacaan kuning anak terlalu tinggi, doktor akan buat keputusan untuk diwadkan bagi memantau bacaan kuning anak.

Tujuannya hanya satu untuk mengelakkan sebarang risiko pada bayi sehingga boleh menjejaskan perkembangan anak.

Bagaimanapun menurut Jururawat, Bel Nawhen apa yang membuatnya sedikit terkilan adalah sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesihatan anak.

Doktor Admit Bayi Demam Kuning Bersebab. Jangan Minta Discharge Sebab Kasihankan Bayi

Berikut antara penjelasannya:

1. Doktor suruh anak yang kena jaundis admit bersebab. Bukan nak dera si bayi atau kacau emosi si ibu.

2.Jika ibu insist untuk discharge, ibu perlu tandatangan discharge at own risk dimana, jika berlaku komplikasi terhadap bayi anda selepas balik ke rumah gara-gara kuning yang tinggi, ibu bapa tidak sesekali boleh menyalahkan pihak hospital dengan mengatakan tidak ada tindakan yang diambil terhadap si anak.

3.Bayi sebenarnya sudah terbiasa dengan bunyi bising sejak berada dialam rahim lagi. Bayi sudah berbiasa dengan bunyi degupan jantung si ibu, bunyi pergerakan usus, bunyi perut ibu kelaparan serta suara si ibu sewaktu berinteraksi dengan orang sekeliling atau dirinya. Jadi, tidak ada isu besar bunyi bising didalam wad menganggu lena bayi melainkan bunyi yang keterlaluan menganggu bukan sahaja bayi malahan penghuni wad tersebut.

4.Sinaran phototherapy sendiri mempunyai suhunya tertentu dan ia sama sekali menyingkirkan suhu sejuk penghawa dingin di dalam wad.

5.Doktor dan jururawat juga tahu bahawa kanak-kanak tidak boleh kesejukan kerana bimbang berlaku hipotermia kepada bayi.

Doktor Admit Bayi Demam Kuning Bersebab. Jangan Minta Discharge Sebab Kasihankan Bayi

6.Anak dengan jaundis kebiasaannya akan lebih kerap tidur dan ibu perlu mengejutkan anak sekurang-kurang 2 jam sekali untuk menyusukannya agar anak kerap membuang dan bilirubin berlebihan dapat disingkirkan melalui urin dan najis.

7.Ibu perlu tahu risiko kuning yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi kuning yang parah, jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi serius seperti Acute Bilirubin Encephalopathy. Bilirubin adalah racun bagi sel-sel otak. Jika bayi memiliki penyakit kuning yang parah, ada risiko bilirubin akan meresap ke otak (Acute Bilirubin Encephalopathy). Jika tidak dirawat, boleh sebabkan kernicterus.

8.Ibu perlu tahu, tahap kuning bayi bukan boleh dilihat melalui mata kasar walaupun warna kuning ketara boleh dimonitor dengan melihat keadaan kulit bayi, tetapi bacaan yang tepat adalah melalui ujian darah yang dilakukan.

Sumber: Bel Nawhen

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI