Bila anak tak sihat, ibu bapa terus dalam dilema. Bukan apa apabila sebut je kena makan ubat, reaksi pertama anak ada yang terus menangis seperti kena pukul, tutup mulut rapat dan macam-macam drama lagi.
Kalau tak di bagi, bimbang sakit makin melarat dan ibu ayah juga susah hati. Nak tak nak terpaksa juga paksa anak. Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.
Itu pun dikira selamat lagi. Bagi yang muntahkan balik, perasaan ibu ayah macam mana?
Ok bagi ibu ayah yang nak tahu macam mana nak bagi anak makan ubat dengan mudah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Aishah Al Sagoff.
Pertamanya, tak perlu makan ubat jika hanya sakit ringan. Selsema sikit, batuk sikit-sikit, takpelah insyaAllah boleh sembuh sendiri.
Dalam keadaan yang perlu beri ubat,
1) Beri dalam keadaan duduk, bukan berbaring. Ini dapat elakkan risiko tersedak dan supaya anak mudah telan. Kita pun susah telan air sambil baring kan.
Ads
2) Pakai picagari yang sesuai. Plastik, dan tidak besar sangat. Kalau ade muncung lebih baik (oral syringe).
3) Buat dalam suasana yang anak selesa. Jangan takut-takutkan anak dengan ubat. Ini macam satu rumah nak berperang waktu nak bagi ubat ehehe. Kesian anak pun takut.
4) Kalau boleh beri dia pegang sendiri picagari. Biar dia rasa sendiri ubat tu. ‘Ohh sedap je rupanya’. Ha nanti ibu tolong tekan kan je senang.
5) Buka mulut anak dengan menarik dagu ke bawah. Elakkan picit kedua-dua pipi, sakit!
Ads
6) Masukkan picagari diantara gigi, atau di tepi bahagian mulut. Elakkan masukkan picagari terlalu dalam nanti tersedak dan muntah pula.
7) Pastikan mulut anak tutup sehingga dia telan ubat. Dalam keadaan duduk, mudah untuk dia telan. Tapi pastikan kepala jangan terlalu mendongak.
8) Reward anak bila dia dapat makan ubat. Tepuk tangan, puji-puji dia sikit. Peluk dia lepas habis makan dan ucap terima kasih. Jika kita teruskan begini setiap kali makan ubat, anak akan kurang rasa trauma nak makan ubat.
9) Kebanyakan ubat sekarang ade pelbagai flavor dan lebih sedap. Jika anak susah nak makan juga, siap-siap air yang anak suka kat sebelah. Air ribena ke, susu ke. Suap ubat sikit, terus suap air ribena. Suap ubat lagi, suap air ribena lagi.
Ads
10) Ataupun boleh campurkan ubat dengan bahan yang manis untuk kurangkan rasa tak sedap. Madu, sirap, dan sebagainya. Boleh bagi makan benda manis yang anak suka dulu, contoh bagi madu sikit lepastu bagi ubat, supaya kurangkan rasa pahit ubat dalam mulut.
11) Jika anak yang betul-betul susah dan meragam bila makan ubat, minta bantuan orang lain untuk pegangkan anak. Boleh cuba balut anak dengan selimut supaya tangannya di dalam. Minta maaf pada anak selepas beri ubat, ” Maaf ibu kena balut adik, ibu nak tengok adik sihat. Lepasni ibu tak balut kalau adik duduk diam-diam k”
12) Bincang dengan doktor jika anak sangat susah untuk makan ubat, supaya doktor boleh bantu dengan memberi ubat yang kurang kerap dan ubat yang perlu sahaja.
** Tak semua ubat boleh diberi ikut punggung atau cucuk. Cubalah untuk ajar juga anak makan ubat jika perlu ya
Dalam mendidik anak-anak, papa dan mama memainkan peranan masing-masing dalam cara yang berbeza. Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas, mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi.
Bagaikan ada faktor chemistry antara keduanya, nyata perbezaan cara mendidik itu yang membuatkan peranan papa dan mama saling memerlukan antara satu sama lain dalam menghadapi kerenah dan perilaku anak-anak yang membesar.
Biarpun papa terkenal dengan karektor tegas dan garang namun tidak bermakna papa tidak boleh menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak. Mari kita perhatikan apakah kebiasaan karektor papa saat mendidik anak-anak.
1. Papa lebih kepada bentuk fizikal
Cara papa membina ikatan erat dengan anak iaitu dengan cara bermain dan bergurau senda. Papa gemar mendukung, menimang dan pelbagai lagi aktiviti lasak dengan anak. Kedengaran seperti kasar tetapi itulah cara papa dan ia amat disukai oleh anak-anak.
Semakin anak membesar, semakin banyak aktiviti fizikal papa lakukan bersama anak. Misalnya, bermain bola sepak, layang-layang, berbasikal dan lain-lain. Sementara, mama lebih terkenal dengan kebolehan memberikan kata-kata pujukan yang membuatkan anak berasa tenang dan bahagia.
2. Papa lebih cerewet
Waktu anak berusia bayi, papa cenderung untuk segera memujuk anak yang sedang menangis. Memujuk dengan kata-kata sayang memang kepakaran papa. Ia seakan tidak mahu si anak berasa sedih. Sementara mama pula lebih kepada sentuhan dan membelai bayi.
3. Papa hebat mengajar anak berdikari
Karektor pemimpin dalam diri seorang papa membuatkan dia gemar mendidik si anak belajar berdikari. Kadang kala cara dan sentuhannya nampak kasar dan kurang kasihan kepada si anak.
Hakikatnya papa mahu anak pandai berdikari, bijak mengendalikan emosi dan berani menerima kekalahan. Ketegasan yang ada dalam diri papa membuatkan dia kelihatan sanggup membiarkan si anak menangis kecewa dalam mempelajari sesuatu kebolehan.
Namun sebenarnya dia melakukan semua itu supaya anak membesar sebagai anak yang cekal dan berkeyakinan tinggi.
Apa pun keduanya sama diperlukan oleh anak untuk membesar sebagai insan yang cemerlang dan berjaya. Bagaimanapun bukan bermakna anak-anak yang sudah kehilangan papa sejak kecil tidak boleh membesar sebagai anak yang berjaya. Dalam situasi ini, mama perlu bijak memainkan peranan sebagai seorang papa juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa menyentuh, memeluk, mengendong, mencium dan dapat pula ciuman dari anak-anak Syria ini, saya terkenang anak sendiri.
Pernah semasa kecilnya mereka ada yang suka sangat merajuk, bila merajuk sempat pula hantar adik jadi posmen bagitahu ummi ayah yang dia merajuk, pandai pula bagi pesanan pada adik suruh ummi ayah pujuk dan peluk dia.
Cium & Peluk Anak
Sungguh! Anak-anak kita perlukan sentuhan kasih sayang, yang kita sentuh tangannya, yang tersentuh adalah hatinya. Yang kita cuit pipinya, yang tercuit adalah hatinya. Hati yang tersentuh ibarat pokok yang disirami air, akan subur, segar, hijau dan sihat. Sangat penting ada hati yang sihat ni, bukankah pada hati terletaknya sistem kawalan diri? Kalau hati kita tak sihat seluruh tubuh kita jadi rosak nilainya! Kalau hati kita sihat seluruh gerak tubuh kita akan murni tindak tanduknya.
Cuitlah lengan anak diikuti dengan kenyitan mata, cuitlah hidung mereka dan iringkan dengan doa, ciumlah ubun di kepalanya dan sebut, “I thank Allah for sending you in my life!” Saksikan sendiri apa yang akan berlaku pada anak kita nanti, lama kelamaan! Ya! Hati mereka ‘kenyang’! Macam perut yang kenyang dengan makanan, tak sibuk jeling makanan orang lain, tak sibuk merengek minta makanan, tak selalu sakit sebab kurang makanan. Anak kita ada Jiwa, Hati dan emosi yang sihat! Tak sibuk menagih perhatian kawan, tak harap pada cinta angau, tak risau muka tak macam retis Korea tak terfikir nak gediks, tak sanggup nak melajak merempit. Benih hero dan semangat Waja dah tumbuh subur dalam hatinya.
Mudah -mudahanlah… Cium dan peluk ni Sunnah nabi, siapa sayang nabi baik buat, kalau tak buat nabi kata “sesiapa tak menyayangi tak akan disayangi”.
p/s: bukan yang kecil je nak dipeluk dan dicium, yang besar ni pun sama juga…!
Bemain ialah fitrah kanak-kanak. Menerusi bermain anak mudah faham & ingat. Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham. Jadi ibu bapa jangan rimas kalau anak buat perkara sama berulang kali, itu tanda sel otak sedang berhubung.
Beliau menampilkan kajian yang dilakukan oleh saintis di mana pengulangan menerusi bermain jauh lebih berkesan kepada kanak-kanak!
KANAK-KANAK BELAJAR LEBIH EFEKTIF DENGAN PENGULANGAN
Secara umumnya kita sudah pun tahu bahawa kanak-kanak belajar dengan efektif apabila sesuatu pembelajaran itu berlaku secara berulang-ulang. Contohnya
pengulangan melalui latihan
pengulangan pergerakan
berulang-ulang didedahkan kepada sesuatu informasi
berulangkali berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat.
Tingkah laku yang positif juga boleh dipupuk jika dilatih dan diamalkan secara berulang-ulang.
BANTU BINA PERHUBUNGAN NEURON DALAM OTAK
Pengulangan atau ‘repetition’ ini sangat penting untuk proses pembelajaran kerana pengulangan inilah yang membina perhubungan neuron dalam otak. Perhubungan neuron ini diperkukuhkan lagi apabila pengulangan berlaku.
DENGAN BERMAIN, TAK PERLU ULANG BANYAK KALI UNTUK INGAT
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa BERMAIN tidak memerlukan pengulangan yang banyak bagi mewujudkan perhubungan neuron.
Ini kerana bermain itu sendiri adalah kaedah pembelajaran yang SANGAT EFEKTIF bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari pelbagai perkara melalui bermain, walaupun mereka kelihatan releks dan santai, kerana itulah tugas hakiki mereka.
PAKSA DUDUK DIAM BERTENTANG DENGAN PROSES PEMBELAJARAN
Memaksa kanak-kanak untuk duduk diam di meja pada satu jangkamasa yang lama tanpa sebarang pergerakan atau penerokaan adalah ‘counter productive’ bagi proses pembelajaran.
Ini merupakan satu penderaan intelektual kerana ia melawan fitrah semulajadi kanak-kanak.
Bandingkan 400 pengulangan dan 20.
Bezanya sungguh banyak.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.