Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim.

Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopaus. Semakin meningkat usia, maka semakin meningkat risiko rahim jatuh.

EMPAT TAHAP RAHIM JATUH

Pertama: Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1cm dari dalam ke pangkal rahim.

IKLAN

Kedua: Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1cm daripada pangkal rahim.

Ketiga: Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina.

IKLAN

Keempat: Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.

PUNCA RAHIM JATUH

IKLAN

Doktor Beritahu 11 Punca Rahim Jatuh. Jangan Ambil Mudah!

Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya seperti berikut;

  1. Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum.
  2. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar.
  3. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10cm.
  4. Wanita yang mempunyai ramai anak.
  5. Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam postur badan yang betul.
  6. Ibu yang mengalami obesiti.
  7. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan ke arah pelvis.
  8. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
  9. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
  10. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk yang berpanjangan.
  11. Sembelit yang berpanjangan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI