Doktor di India melahirkan kebimbangan mengenai penemuan virus baharu yang digelar ‘demam tomato’ yang menjangkiti puluhan kanak-kanak di negara ini.
Jangkitan itu dikesan sejak Mei lalu, di selatan Kerala dan dikhuatiri sebagai varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.
Sehingga kini, seramai 82 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dikesan mempunyai demam tomato dan 26 mangsa lain berusia sehingga 10 tahun berisiko dijangkiti.
Jangkitan itu mendapat nama tersebut kerana berpunca dari demam menyebabkan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan pesakit dan kemudian menggelembung menjadi sebesar saiz tomato secara beransur-ansur.
Difahamkan, kebanyakan pesakit juga mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, keletihan serta cirit-birit.
Ads
“Demam ini sangat mudah berjangkit dan boleh merebak ke populasi dewasa jika wabak semasa tidak dikawal. Wabak ini muncul ketika dunia sedang bergelut dengan cacar monyet.
“Kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada demam tomato kerana jangkitan virus adalah perkara biasa dalam kumpulan umur ini serta penyebarannya melalui hubungan rapat.
“Mereka juga terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin, menyentuh permukaan tidak bersih serta memasukkan sebarang benda terus ke dalam mulut,” kata pakar perubatan menerusi jurnal perubatan The Lancet.
Buat masa sekarang tiada ujian atau rawatan khusus menangani virus tersebut.
Ads
Pakar perubatan berkata, semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom dan diarahkan berehat, minum banyak cecair dan mengambil paracetamol.
Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala 6 Mei lalu, dan kes terakhir dilaporkan pada 26 Julai.
Sejurus selepas melahirkan anak, kebiasaanya doktor ataupun bidan terlatih akan menyerahkan bayi kepada si ibu untuk disusukan dan kemudian penyusuan akan berlaku setiap dua jam iaitu lebih kerap untuk memenuhi keperluan si kecil.
Bukan mudah untuk menyusukan bayi lagi-lagi ketika berpantang. Penyusuan bayi sekurang-kurangnya mengambil masa 30 minit setiap sesi. Ditambah pula dengan keadaan si ibu yang dalam proses pulih daripada bersalin. Sakit melahirkan masih terasa, badan yang penat tidak dapat berehat secukupnya. Namun tetap ada kekuatan untuk menyusukan bayi.
Menatap wajah si comel yang asyik menghisap susu terus membuatkan ibu terleka dirinya sedang sakit. Terasa puas dapat melihat bayi dapat menyusu dengan baik. Doktor Zubaidi menyifatkan begitulah hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu.
KEKERAPAN SUSUAN IBU YANG BARU DILAHIRKAN
Saya sangat kagum dengan pengorbanan seorang ibu yang baru melahirkan anak. Tidak cukup tidur dan berasa lemah dan letih kerana menyusukan anak adalah perkara biasa.
Kebanyakan bayi baru lahir harus diberikan susu ibu sebanyak 8-15 kali sepanjang hari untuk tempoh seminggu selepas dilahirkan.
Ini bermakna untuk bayi diberikan susu secukupnya, para ibu tidak mendapat cukup tidur, dan terpaksa bangun setiap 2 jam. Selepas seminggu baru kekerapan menyusu berkurangan tetapi masih antara 8-10 kali sehari.
Patutlah “syurga di bawah telapak kaki ibu”. Tidak mampu kita membalas pengorbanannya. Ya Allah ampunilah ibubapaku sebagaimana mereka menyayanginya semasa kecil.
Saat melahirkan adalah waktu paling genting dalam hidup seorang wanita bergelar ibu. Banyak yang dipertaruhkan termasuk nyawa sendiri. Bukan mudah untuk melahirkan anak, ada yang diuji dengan kesukaran ketika mahu melahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Berkongsi detik kelahirannya yang ditemani suami, Instafamous yang juga ahli perniagaan, syima_eima memberitahu betapa dia menghargai kehadiran suami menemani sepanjang proses bersalin.
Turut menitipkan pesanan, kata Syima lagi untuk para suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin peganglah tangannya. Jangan dilepaskan kerana genggaman tangan suami memberi kekuatan kepada isteri untuk melahirkan bayi.
Untuk si isteri pula, janganlah sesekali membazir tenaga dengan mengeluarkan bunyi. Simpa tenaga sebaik mungkin untuk proses melahirkan anak.
Melihat pada video yang dikongsikan ini, jelas sekali wajah Syima sedang menahan sakit kontraksi. Dengan kehadiran suami, sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
Tahniah kepada Syima dan suami kerana dikurniakan seorang bayi yang sangat comel pada awal bulan Disember tempoh hari!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan bagaimana perasaan ibu ayah ini yang hampir kehilangan anaknya. Sekelip mata sahaja mereka diuji.
Syukur alhamdulillah kerana Allah bagi peluang kedua untuk mereka sekeluarga. Ikuti pengalaman sedih dilalui oleh Puan Farah Rahim yang hampir kehilangan anak tersayang gara-gara batuk berkahak!
Assalamualaikum harini baru mama ada kekuatan untuk cerita apa yang jadi pada 17/3.
17 Mac 2018 – lebih kurang pukul 3 harraz tetiba ja nafas dia bunyi kahak kuat sangat, nafas pun laju perut berombak.
Mama abah terus bawak harraz pergi klinik. Kat sana 3 kali kena neb still same dan doc advice terus pergi hospital.
Masa otw pergi hospital, harraz merengek nafas semakin laju dan tiba-tiba harraz macam lembik dengan mulut biru, mata ke atas, Mama panggil pun dah tak respond at the same time perut semakin laju.
Sampai hospital terus tolak masuk dlm zon kritikal. Dalam tu doc cuba macam-macam neb tapi still same, nasib masa tu doc pakar ada lagi.
Mama ni dah macam luruh jantung tengok harraz macam tu. Lastly doc intubate harraz dan terpaksa bagi ubat tidur. Tapi intubate manually sebab tak ada mesin ventilator. pH darah semakin menurun dari 7.4 ke 7, doc cakap kalau turun lagi bawah 7 maybe harraz dah tak ada.
Harraz Makin Tenat
Mama rasa macam nak mati je time tu. Air mata terus mengalir macam paip. Keadaan harraz tersangat-sangat tenat.
Doc try sedaya upaya untuk selamatkan anak mama sebab intubate, doc suruh mama panggil harraz. Tak henti-henti mama panggil tapi harraz dah tak respond kat mama.
Doc suruh mama duduk luar. Kat luar tak henti-henti mama nangis dah macam tak tentu arah dah, kaki tangan semua dah macam tak pijak kat bumi.
ni msa kt HKB, time ni harraz tenat sgt2, msa ni dh intubate, doc kat belakang terpksa buat manually sbb xdak mesin ventilator, so tpksa cri hsptl dgn cepat utk harraz.
Doc cakap harraz betul-betul tenat, masa dah dekat pukul 11 malam tapi still tak stabil. Doc call semua hospital yang ada PICU, sebab kat HKB tak ada mesin ventilator (alat bantuan pernafasan).
Saluran paru-paru harraz dah terlalu sempit sangat untuk dia bernafas so terpaksa bergantung pada mesin ventilator untuk support dia. Semua hospital sampai ke utara Perlis PICU dah penuh.
Sekelip Mata Harraz Terbaring Tak Sedar Diri
Hati mama ni tak berhenti-henti berdoa. Lastly Hospital Ipoh ada katil kosong untuk harraz.
Doc terpaksa tunggu keadaan harraz stabil untuk di transfer ke PICU Hospital Ipoh. Tapi anak mama tak stabil, tersangat kritikal dan risiko untuk perjalanan yang jauh ke Ipoh. Allahuakhbar
Doc suruh mama abah pergi ke sana dulu. Betapa sedihnya mama tak boleh nak naik ambulans dengan harraz. Doc pakar terpaksa follow sampai ke sana.
Dalam pukul 3.30 pagi mama abah sampai Ipoh, tapi mama tunggu harraz tak sampai-sampai lagi.
Ya Allah betapa risaunyaa mama, tunggu punya tunggu tengok-tengok harraz sampai pukul 4 pagi, terus ditolak ke PICU, Alhamdulillah sepanjang perjalanan harraz tidur lena.
18 Mac 2018 – Mama dengan abah tunggu pagi ni untuk tahu perkembangan harraz. Doc pakar cakap saluran paru-paru harraz sama juga still tak sempat walaupun dah diberi ubat yang kuat untuk lapangkan saluran dia. Allahuakhbar, beratnya hati mama dengar.
Mama tenung harraz. Dengan sekelip mata je harraz tidur tak sedar diri macam ni dengan wayar penuh 1 badan.
Betul ke harraz anak mama ni. Macam tak percaya yang ni anak mama yang terbaring macam ni.
Wayar berselirat satu badan harraz
Siang malam mama berdoa semoga harraz kuat untuk lawan. Mama tau anak mama seorang yang kuat semangat. Ramai sangat yang datang dari jauh untuk jenguk harraz.
Hebatnya seorang ibu tanggung semua Ujian Allah ni terhadap anak mama. Dua hari mama tak makan tak minum tapi mama kuat, mama kuat sebab anak mama pun kuat.
Melepasi Tahap Kritikal
20 Mac 2018 – Alhamdulillah keadaan harraz semakin baik, doc dah kurangkan ubat tidur harraz. Doc decide untuk extubate harraz.
Hari pertama kena extubate
Alhamdulillah leganyaa mama. Doc dah cabut bantuan pernafasan harraz. Indahnya dunia mama dapat dukung harraz, dpt tengok harraz bukak mata.
Malam ni mama dibenarkan bersama dengan harraz di wad. Harraz diam je tak banyak cakap, rengek-rengek ja.
Memang lemah sangat sampaikan nak angkat tangan pun tak larat sebab kesan ubat tidur banyak sangat kat harraz. Tapi setiap 4 jam nurse akan buat suction untuk sedut kahak harraz.
Masih lemah kesan ubat tidur yang banyak
Hari ke-6 baru la nampak harraz aktif sikit. Tapi still tak mau gelak-gelak main-main dengan mama. Hari ke-7 baru harraz boleh discaj. Seronok sungguh dia dapat main.
Punca Sebenar Haraz Sakit
Actually, harraz batuk kahak since masa lepas kenduri akikah 3/2. Tapi on off jugak la sampai 2 kali kena admit. Dah sebulan lebih nafas berbunyi kahak tu.
Lepas 3 hari tak sedarkan diri
Banyak sebab harraz batuk kahak. Tahun lepas rumah mak renovate time tu pun dah banyak sangat harraz, dan persekitaran yang tak elok dengan asap rokok.
Lepas ni biar la orang nak kata cewi anak ka apa ka, mama dah elakkan untuk bawak harraz tempat-tempat yag terbuka, tempat orang ramai.
Lepas ni dah tak boleh la kerap nak bawak harraz pi pasar malam ka, uptown ka, expo mana-mana ka, makan kat luaq, terdedah dengan segala asap-asap, bulu kucing dan habuk-habuk. Mama abah memang ada asma, dan now kena jaga anak yag dah ada asma.
Now alhamdulillah, nafas berbunyi tu terus tak ada, kahak pun dah kering. Mama abah nak jaga harraz betul-betul dan bagi sepenuh perhatian.
Hari last dah boleh balik rumah
Segala barang perabot dalam rumah lantai semua abah cuci-cuci dengan dettol. Rumah kena sentiasa bersih tak mau ada habuk-habuk, baju mainan harraz semua dibasuh dengan dettol. Botol susu 2 hari sekali kena rebus.
Doakan harraz sihat walafiat lepas ni. Mama bawak jugak harraz jalan-jalan tapi dalam keta ja heheheh. Sekali sekala boleh la.
Segera Rawat Kalau Anak Batuk Berkahak
So jaga la anak-anak jangan terlalu dedahkn anak dengan dunia luar, tambah-tambah tempat yang ramai orang, dekat playground. Kat luar sana banyak sangat penyakit. Beringat dulu sebelum kena.
Mama abah sayang Harraz Faliq bin Hilman Izzat, semoga anak mama abah sentiasa terus sihat.
Sekarang harraz dah kena pakai inhaler coklat setiap hari. Tapi alhamdulillah, harraz nafas dah ok dah tak laju, nafas dah tak bunyi, kahak dah kering, batuk dah ok, dah terlebih aktif dia lani.
p/s take note, jangan ambil mudah bila nampak anak dah bersin batuk selesema. Sebelum jadi kahak better pergi rawat cepat-cepat. Asal dari kahak la yang jadi macam ni. Kalau dah berkahak memang susah sangat nak kering. Dah macam-macam cara mama cuba rawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.