Kenapa saya kena czer? Tak boleh ke saya nak bersalin normal? Mesti ramai yang ada persoalan macam ni kan?
Kelahiran czer ni ada 2 jenis iaitu elective czer dan emergency czer.
Elective czer ni, pembedahan yang dah memang dirancang dari awal. Untuk ibu macam ni, tidak ada harapan lagi nak bersalin secara normal. Antara sebabnya adalah:
Uri dibawah yang menutup laluan bersalin. Kalau dah laluan bersalin tertutup, macam mana nak bersalin biasa kan? Jadi kena la czer.
Masalah kesihatan seperti lemah jantung, darah tinggi yang tidak terkawal. Risiko berlaku komplikasi jika bersalinnormal adalah tinggi untuk ibu ni, jadi kenala juga plan czer dari awal.
Dah 2 kali czer sebelum ni, so next delivery memang czer jugak la.
Ads
Emergency Czer ni pulak, dari awal memang Dr plan nak bagi bersalin macam biasa. Tapi pada masa nak bersalin atau sebelum bersalin, tiba-tiba berlaku masalah yang tidak mengizinkan ibu untuk bersalin normal. Contohnya :
Baby lemas. Masa tengah 3-4 cm, nampak baby dah lemas. Jantung baby dah tak normal. So nak selamatkan baby, kena la czer.
Eclampsia atau pre eclampsia. Eclampsia ni sawan, pre eclampsia ni sebelum jadi sawan, ada tanda2 seperti darah naik mendadak, protein dalam urine, kabur mata, pening2 dan pedih ulu hati. Kalau ada tanda2 ni, Dr takkan tunggu lagi. Terus je czer.
Baby besar sangat dan mungkin tersangkut. Kalau masa nak bersalin tu, Dr scan nampak baby ni besar sangat, maknye pulak kecik comel je, so kemungkinan baby ni tersangkut adalah tinggi. Jadi untuk mengurangkan risiko komplikasi, cara terbaik adalah czer.
Masalah dengan tali pusat. Bila pecah air ketuban, bukan kepala baby yang turun dulu, tapi tali pusat yang turun dulu. Jadilah cord prolapse. Ini pun kena la czer jugak.
Waktu bersalin yang terlalu lama. Dah berjam2, tapi laluan masih lagi duk 4-5 cm. So tak tahu nak tunggu sampai bila. Dah lebih 12 jam duk dalam labour room. Ni dipanggil poor progress. So kes macam ni pun kena la czer juga.
Fail induction of labour. Ibu kena induce, for any reason nak bagi bersalin cepat. Bila induce tak berjaya, jadi kenala czer jugak.
Ads
Ini antara kenapa czer dilakukan.
Tapi antara sebab lain kenapa czer dilakukan yang tidak termasuk dalam medical factor adalah patient request.
Ads
Ada juga ibu yang mati-mati suruh doktor bagi bersalin czer. Ini akan memeningkan kepala doktor. Biasanya kes macam ni, sebab mak nya nak tarikh lahir anak tarikh yang cantik. Pernah berlaku kes macam ni. Tapi tak banyak la.
Penjagaan gigi anak sememangnya perlu bermula dari awal usia malah sebelum mereka mempunyai gigi pertama lagi. Ia penting untuk mendapatkan gigi yang sihat dan senyuman yang cantik.
Jika ibu atau ayah tidak mengambil berat akan penjagaan gigi anak-anak seawal mungkin risau akan mengakibatkan kerosakan yang teruk seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak bernama Ayden.
Ibunya, Leeya Yayya berkongsi tentang keadaan gigi Ayden yang terpaksa dicabut semuanya kerana masalah gigi sejak dari kecil. menurut ibu ini, anaknya itu tidak makan dan hanya menyusu semata-mata.
Menurutnya lagi, punca keadaan gigi anaknya menjadi begitu adalah kerana menyusu pada waktu malam dan dia tidak pernah membersihkan gigi anaknya itu.
Tak makan, minum susu sahaja
Ayden baru 2 tahun 4 bulan tp kenapa kena operation cabut semua gigi dia???
Ramai yg dm mama, wsap mama tanya pasal ni.. izinkan mama share kt sini ye moga bermanfaat untuk ibu2 semua..
Ayden ni dari kecik gigi dia problem, nk gosok gigi punya la payah (paksa je cara berkesan).. gusi slalu darah bila gosok gigi, bila nangis pun boleh darah gusi dia.. & dia slalu ngadu sakit gigi tapi on off.. Untuk pengetahuan ibu2, ayden ni sejenis tak makan lgsung just minum susu je tiap2 hari.. bila makan dia tak pandai nk gigit (mungkin sebab gigi dia sakit).. bila tengok org lain makan dia mintak jgk. Tapi bila mama suap dia kemam2 pastu keluarkan balik.. Jadi makanan dia hanya la susu tiap2 hari.. Mama pernah bawak ke klinik gigi krajaan untuk mintak refer ke pakar, tp sebabkan giliran yg menunggu ramai sangat jd doc bagi ubat tahan sakit je.. Doc cakap kalau sakit lagi baru dia akan refer pakar.. Kebiasaannya bila dh makan ubat tahan sakit dia akan ok..
Problem gigi dari kecil
Minggu lepas ayden ngadu sakit gigi lagi menangis sampai tak boleh tido mlm.. 2 3 malam jgk dia nangis, masa tu kebetulan hari cuti klinik gigi krjaan tutup.. Mama bawak pergi emergency sbb buntu tak tahu nk buat apa, bagi paracetamol pun tak jalan, tapi tak membantu sbb takde doc gigi yg on call.. esoknya mama bwak pergi klinik swasta, doc ckp kena pergi klinik gigi gomen jgk & kena mintak jgk refer pakar sebab gusi ayden dh bengkak.. kemungkinan kena cabut semua gigi dia.. trpaksa tunggu lagi 1 hari sbb hari cuti.. Esoknya pagi2 lg mama bawak ayden pergi kk bukit tunggal & doc terus refer kes ayden ni ke ke pakar bedah mulut..
Jumpa pakar bedah mulut dia mintak habiskan antibiotik.. Nk buat terus tak boleh sbbkan kes menunggu ramai sangat (pkp baru2 ni kan jd banyak kes delay).. tp doc dh buat star (*) kt kes ayden ni jadi kalau ada patient yg demam tak boleh proceed operation dia, doc akan call terus mama.. mama ada tny jgk punca gigi ayden ni reput semua knp..
Menyusu masa tidur jadi punca gigi rosak
Doc cakap punca utama menyusu time tido.. memang ayden kuat menyusu time tido, 2/3 botol malam2.. lagi2 dia tak makan lgsung jadi susu memang byk dia mnum.. Patutnya kena bilas dgn air masak lepas menyusu & kena lap dgn kain basah gigi dia.. tp silap mama sebab tak pernah buat.. maafkan mama ye nak sbb tak pernah ambil tahu.. moga2 jadi panduan untuk ibu2 semua..
2 hari selepas tu, mama dpt call dari doc pakar bedah mulut, alhamdulillah Allah permudahkan urusan ank mama, kebetulan ada patient yg demam & trpksa postpone.. jadi doc booked terus date tu untuk ayden..
Doktor cabut semua gigi
17/6/2020..
ayden dh kena puasa stat 2 am semalam.. jam 7 pagi mama dh trpacak kt klinik pakar.. 8 pagi doc panggil ayden ke bilik bedah, mama dibenarkan masuk ke dlm sampai la ayden tak sedar (bius penuh) then baru mama keluar.. Lebih kurang satu jam menunggu, doc panggil mama ke bilik pemerhatian.. alhamdulillah selesai semuanya, anak mama dh sedar skjap & tido lagi (kesan ubat bius tak hilang lagi).. mama tengok dlm mulut penuh darah & banyak kesan jahit.. Nk menangis mama tengok dik.. dh balik ke wad, adk still tido.. tudung mama dh penuh kesan darah, takpe la dik asal adik dh selamat.. doc cabut semua gigi adik.. nurse mari kejutkan adk nk bagi mnum air sejuk, adik nangis2 taknak.. tak selesa kot mulut penuh darah.. sejam lepas tu adk mintak susu, alhamdulillah adik boleh mnum mcm biasa.. habis sebotol (lapar sgt agaknya dri mlm td puasa)..
kesian anak mama.. mama takut sbnrnya bila adk dh habis bius takut adik sakit.. tp Allah permudahkan sungguh urusan adik, adk langsung tak merengek, adik kuat.. lgsung tak mengadu sakit dlm mulut cuma dia main2 gusi dia dgn lidah (mgkin rasa lain gigi dah takde).. sampai la doc pakar mari cek skali lg sebelum adk dibenarkan balik.. kt rumah adik aktif mcm biasa, malam td tido macam biasa.. mama syukur sangat2.. terima kasih Allah, terima kasih doc, terima kasih nurse baik hati semua kt wad tu.. takpe la sementara nk takde gigi dulu ye dik, nanti besar sikit tumbuh la gigi adik.. mama janji mama jaga gigi adik baik2.. sekian coretan mama..
Tq kwn2 mama yg doakan anak mama, hanya Allah yg dapat membalas kebaikan kalian.. moga coretan ni dijadikan panduan untuk ibu2 semua…
Semoga perkongsian yang dibuat ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa lain untuk menjaga kesihatan gigi anak-anak sejak dari kecil.
Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Kadang-kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri, tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah, berada jauh daripada ahli keluarga dan sebagainya. Jangan risau anda masih boleh berpantang sendiri, tetapi perlu menitikberatkan beberapa perkara bagi menjayakan proses penyembuhan itu.
Bagi anda yang ingin berpantang sendiri, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mencari pembantu rumah. Namun, jika gagal sebaik-baiknya suami mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga minggu bermula dari tarikh bersalin untuk membantu menguruskan anda, bayi dan anak-anak lain.
Buat stok rempah herba dan ikan yang boleh dimakan ketika berpantang. Sebaik-baiknya seminggu sebelum tarikh cadangan pembedahan, dapatkan stok ikan mentah, bersihkan dan simpan sebagai stok sejuk beku. Kemudian hanya perlu minta suami bakar atau kukus sahaja ikan yang ada untuk setiap kali waktu makan.
Apa Yang Boleh Kita Buat Untuk Memudahkan Urusan Berpantang?
Anda juga digalakkan membuat bekalan susu kambing. Minumlah setiap hari susu kambing kerana ia adalah makanan yang lengkap nutrisi dan membantu penyembuhan luka.
Pastikan habatus sauda juga dijadikan amalan ketika berpantang kerana ia membantu mengelakkan gejala sejuk dan kebas-kebas pada terutamanya pada bahagian kaki ibu bersalin.
Beli penyangkut pakaian di dalam rumah dan segala alatan yang menjimatkan masa untuk anda mengemas terutamanya pakaian anda dan anak-anak.
Pastikan anak yang lain mempunyai penjaga.
Sediakan tabung kewangan (tanpa perlu keluar ke bank) kerana jika perlu membeli barangan dapur, anda boleh menghubungi runner ketika suami sudah mula bekerja.
Buat tinjauan kedai yang menjual jenis lauk dan masakan yang boleh dimakan ketika di dalam pantang. Jika berlaku kecemasan, anda boleh terus tempah dari kedai tersebut.
Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon pembantu rumah yang bekerja separuh hari untuk dihubungi sekiranya sukar untuk mendapatkan pembantu rumah sepenuh masa.
Dari segi kesihatan pula, dapatkan perawat pantang atau terapis terbaik. Pastikan selain daripada urutan, perawat juga boleh memberikan anda khidmat nasihat atau tip untuk saat-saat tidak terduga seperti ketika anda susah dan sakit. Nasihat mereka yang berpengalaman sangat membantu.
Anda juga perlu menyimpan resipi berpantang selama 44 hari supaya tidak cepat bosan dengan menu yang sama setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Doktor maklumkan kakak perlu bantuan CPR
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
“Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah.
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
Sebelum ini Jahidah yang masih koma disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di HTJ berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini.
Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu.
Terdahulu, Jahidah dibenarkan pulang selepas selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.
Jahidah, 43, yang merupakan seorang penjawat dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.
Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.