Kenapa saya kena czer? Tak boleh ke saya nak bersalin normal? Mesti ramai yang ada persoalan macam ni kan?

Kelahiran czer ni ada 2 jenis iaitu elective czer dan emergency czer.

Elective czer ni, pembedahan yang dah memang dirancang dari awal. Untuk ibu macam ni, tidak ada harapan lagi nak bersalin secara normal. Antara sebabnya adalah:

  1. Uri dibawah yang menutup laluan bersalin. Kalau dah laluan bersalin tertutup, macam mana nak bersalin biasa kan? Jadi kena la czer.
  2. Masalah kesihatan seperti lemah jantung, darah tinggi yang tidak terkawal. Risiko berlaku komplikasi jika bersalinnormal adalah tinggi untuk ibu ni, jadi kenala juga plan czer dari awal.
  3. Dah 2 kali czer sebelum ni, so next delivery memang czer jugak la.

Doktor Bukan Saja-Saja Czer Masa Bersalin. Ada Sebabnya Walaupun Ibu Nak Cuba Normal

IKLAN

Emergency Czer ni pulak, dari awal memang Dr plan nak bagi bersalin macam biasa. Tapi pada masa nak bersalin atau sebelum bersalin, tiba-tiba berlaku masalah yang tidak mengizinkan ibu untuk bersalin normal. Contohnya :

  1. Baby lemas. Masa tengah 3-4 cm, nampak baby dah lemas. Jantung baby dah tak normal. So nak selamatkan baby, kena la czer.
  2. Eclampsia atau pre eclampsia. Eclampsia ni sawan, pre eclampsia ni sebelum jadi sawan, ada tanda2 seperti darah naik mendadak, protein dalam urine, kabur mata, pening2 dan pedih ulu hati. Kalau ada tanda2 ni, Dr takkan tunggu lagi. Terus je czer.
  3. Baby besar sangat dan mungkin tersangkut. Kalau masa nak bersalin tu, Dr scan nampak baby ni besar sangat, maknye pulak kecik comel je, so kemungkinan baby ni tersangkut adalah tinggi. Jadi untuk mengurangkan risiko komplikasi, cara terbaik adalah czer.
  4. Masalah dengan tali pusat. Bila pecah air ketuban, bukan kepala baby yang turun dulu, tapi tali pusat yang turun dulu. Jadilah cord prolapse. Ini pun kena la czer jugak.
  5. Waktu bersalin yang terlalu lama. Dah berjam2, tapi laluan masih lagi duk 4-5 cm. So tak tahu nak tunggu sampai bila. Dah lebih 12 jam duk dalam labour room. Ni dipanggil poor progress. So kes macam ni pun kena la czer juga.
  6. Fail induction of labour. Ibu kena induce, for any reason nak bagi bersalin cepat. Bila induce tak berjaya, jadi kenala czer jugak.

Doktor Bukan Saja-Saja Czer Masa Bersalin. Ada Sebabnya Walaupun Ibu Nak Cuba Normal

IKLAN

Ini antara kenapa czer dilakukan.

Tapi antara sebab lain kenapa czer dilakukan yang tidak termasuk dalam medical factor adalah patient request.

IKLAN

Ada juga ibu yang mati-mati suruh doktor bagi bersalin czer. Ini akan memeningkan kepala doktor. Biasanya kes macam ni, sebab mak nya nak tarikh lahir anak tarikh yang cantik. Pernah berlaku kes macam ni. Tapi tak banyak la.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI