Tidak semua kelahiran berlaku dengan mudah. Bagi sebahagian ibu, setiap kali melahirkan anak, mereka perlu melalui pembedahan caesarean (C-section) iaitu satu prosedur besar yang melibatkan risiko kepada rahim dan kesihatan keseluruhan.
Bila sudah tiga kali melalui pembedahan ini, ramai ibu tertanya-tanya mengapa doktor mula menasihati mereka untuk mempertimbangkan prosedur ikat selepas czer, atau nama perubatannya bilateral tubal ligation (BTL). Adakah ia bermaksud tidak boleh hamil lagi? Atau sekadar langkah keselamatan?
Dr. Malar & Dr. Lisa Terangkan Sebab Di Sebalik Saranan Ini
Baru-baru ini, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor dan pempengaruh kesihatan media sosial terkenal, berkongsi penjelasan penting di platform Threads bersama Dr. Lisa Eik Lee Cil Cah, pakar sakit puan dari sebuah hospital swasta di Cheras.
Mereka menjelaskan bahawa selepas tiga kali pembedahan caesarean, risiko komplikasi meningkat dengan ketara bukan sahaja semasa pembedahan, tetapi juga pada kehamilan seterusnya.
Ads
Menurut mereka, antara risiko utama yang sering menjadi pertimbangan doktor ialah:
Lekatan tisu (adhesion) yang semakin teruk dan boleh mencederakan organ berdekatan seperti pundi kencing atau usus.
Dinding rahim menjadi semakin nipis, meningkatkan risiko rahim pecah ketika hamil atau bersalin.
Uri melekat pada parut lama (placenta accreta), yang dalam kes serius boleh menyebabkan pendarahan teruk hingga memerlukan pembuangan rahim (histerektomi).
‘Ikat’ Bukan Nak Halang Rezeki Anak, Tapi Untuk Lindungi Ibu
Dr. Malar menjelaskan, saranan untuk melakukan ikat selepas czer bukan bertujuan menafikan rezeki atau menutup peluang hamil, sebaliknya demi keselamatan dan kesihatan ibu yang telah melalui banyak pembedahan besar.
“Atas faktor keselamatan ibu, kebanyakan doktor akan mencadangkan untuk melakukan BTL selepas pembedahan kali ketiga,” kata Dr. Malar.
“Namun, keputusan akhir tetap bergantung kepada ibu dan pasangan selepas berbincang dengan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (OBGYN).”
Prosedur BTL ini biasanya dilakukan serentak semasa pembedahan caesarean terakhir, bagi mengelakkan risiko pembedahan berulang. Ia bersifat kekal, jadi keputusan perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan persetujuan bersama pasangan.
Ads
Pengalaman Ibu-Ibu: Antara Keputusan & Keyakinan
Dalam ruangan komen perkongsian Dr. Malar, ramai wanita tampil berkongsi pengalaman peribadi mereka menjalani prosedur ikat selepas czer selepas tiga kali pembedahan caesarean.
“Kehamilan ketiga saya dirancang sebagai elective c-section dan doktor cadangkan BTL. Ramai terkejut sebab usia baru 30-an, tapi saya dan suami sepakat. Badan kita, kita yang jaga,” kongsi seorang pengguna.
Ads
“Saya pula dah tiga kali czer, tapi doktor tak mahu ikat sebab luka cantik dan sembuh elok. Katanya boleh cuba lagi sebab anak semua lelaki. Tapi saya rasa cukuplah tiga,” tulis seorang lagi ibu.
Ada juga ibu yang tidak disarankan melakukan BTL kerana keadaan rahim masih baik, dan mereka hanya dinasihatkan menggunakan peranti intrauterin (IUD) untuk menjarakkan kehamilan.
Ilmu Reproduktif Patut Didedahkan Lebih Awal
Menariknya, ramai warganet berpendapat bahawa topik seperti risiko selepas banyak kali caesarean dan pilihan perancangan keluarga ini sepatutnya diterangkan lebih awal — contohnya ketika kursus praperkahwinan atau sesi kaunseling keibubapaan.
“Dicadangkan ketika kursus kahwin diselitkan penerangan begini supaya bakal suami dan isteri sama-sama faham. Bukan sekadar topik ringan yang buat peserta segan,” tulis seorang pengguna Threads.
Pesanan Pa&Ma
Setiap ibu berhak membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Prosedur ikat selepas czer bukanlah hukuman atau penafian terhadap rezeki anak, tetapi satu langkah keselamatan apabila risiko kehamilan semakin tinggi.
Bincanglah dengan doktor pakar, fahami kondisi tubuh dan buat keputusan dengan tenang. Apa jua pilihan, yang paling utama adalah nyawa dan kesihatan ibu kerana di situlah bermulanya kasih, kekuatan dan kebahagiaan seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja melahirkan anak keduanya lima bulan yang lalu, aksi berani dan lasak penyanyi Ayda Jebat menerusi persembahan untuk sebuah program nyanyian menarik perhatian ramai.
Tambah membuatkan wargamaya risau bila mana Ayda melahirkan cahaya mata keduanya itu menerusi kaedah pembedahan.
Malah ada wargamaya yang menganggap aksi stunt yang dilakukan Ayda agak berbahaya buat wanita yang baru sahaja melahirkan secara pembedahan atau caesarean.
“Dah la baru 5 bulan beranak czer ni. Harap-harap tak terceduk macam nila malam ni. Bismillah. Doakan tau,” tulis Ayda menerusi satu entri kapsyennya baru-baru ini.
Enggan membuatkan wargamaya terus bimbang dan begitu prihatin dengan dirinya, Ayda terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktornya.
“Doktor sudah beritahu senaman apa yang perlu dibuat sebelum saya buat stunt tu.
“Kadang-kadang adalah rasa sakit di bahagian perut, kalau nak ikutkan yang paling hardest persembahan saya untuk minggu kedua ni, ketika saya nak masuk ke pentas dan diangkat oleh gorilla tu.
“Adalah saya nak buat tapi tak boleh kerana ada batasannya dan saya juga baru lepas czer kan, belum baik sepenuhnya.
“Apa-apa pun saya dah dapatkan nasihat daripada doktor,” katanya berkongsi.
Kelahiran cahaya mata sememangnya menjadi penambah kasih sayang keluarga. Berkongsi berita gembira di laman instagram, pengacara dan penyampai radio, AG Azmeer memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke-5 mereka pada tanggal 10 September lalu.
Kata AG di dalam entrinya, kehadiran anak kelimanya ini menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraannya dan keluarga. Malah melalui entri yang sama, suami dan bapa penyayang ini juga turut berkongsi wajah comel anak kelimanya. Comel sekali.
Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini , AG nak share berita gembira. Pada 10 Sept 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu.. tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.
Kehadiran buah hati ke 5 AG n wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga. Syukur…Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk di beri kesempatan mendidik anak-anak kita untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah … Aminnnn,” katanya berkongsi gembira.
Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga turut berkongsi nama indah yang dipilih buat putera kelimanya ini. Penyampai radio Kool.fm sebelum ini memiliki empat anak lelaki sebagai pelengkap hidupnya bersama isteri tercinta.
Meskipun masih belum dikurniakan anak perempuan, namun AG tetap bersyukur dengan kurniaan dan rezeki Allah buatnya.
“Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir .. daddy, mama n abang love u soooo much!!” ❤️❤️❤️
Suami penyayang ini tidak ketinggalan mengucapkan rasa syukur malah berterima kasih kepada bidadari hatinya yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak kelimanya ini. Malah katanya lagi, biarpun tidak dikurniakan anak perempuan, dia berbangga mempunyai lima cahaya mata lelaki yang bakal mengangkat jenazahnya kelak.
“@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati 🌹💋.. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki. Inshaallah , jika diizinkan Allah, ke 5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah”.
“Pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan semua. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata AG lagi.
Dalam pada itu, para pengikut AG serta rakan-rakan artis tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas kelahiran ini.
Terdahulu, AG telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Emelda Amir pada tanggal 30 April 2005. Malah pasangan sepadan ini juga turut memiliki empat cahaya mata, Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar serta Muhammad Affan Afmar.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jumaat, tanggal 12 Februari, pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sejurus memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram, Scha dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan keduanya itu.
Hasil tinjauan Pa&Ma, hantaran yang dimuat naik Scha mengenai kelahiran bayi keduanya itu menerima lebih 5 ribu komen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Malah menerima lebih 306 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di Instagram.
Semalam menerusi Instagram, Scha tampil berkongsi gambar suami kesayangannya, Awal Ashaari yang setia menemaninya malah menjadi orang kuat menyokongnya saat menanti detik mencabar di hospital.
Kapsyen ringkas dari Scha namun cukup bermakna bagi menggambarkan betapa dia menghargai jasa yang dilakukan suaminya.
“Real heroes dont wear capes, they wear blankets.
“Thank you Daddy, we love you,” tulis Scha ringkas tapi cukup bermakna.
Perkongsian Scha dengan sekeping gambar Awal memangku bayi mereka itu mendapat pelbagai reaksi dari seluruh rakan selebriti juga peminat Scha.
Bukan itu sahaja malah Scha turut berkongsi video pendek Awal yang tidur di kerusi dengan hanya memakai selimut.
Lebih menarik lagi, Scha sempat mengusik ayah kepada dua cahaya mata itu di Instastorynya. Seronok melihat gelagat Awal di bilik khasnya, di hospital ketika menemani Scha.
“Cukup tidur tak?
“Sebab mommy tak kacau awak,” kongsi Scha.
“Mommy pulak bagus lah this time around, mommy boleh buat semua sendiri,” kata Awal berseloroh.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.